Santai

“Maryam … mama datang sayang.”

Fiqqq sudah baca separuh coretan manuskrip buku ini. Ternyata amat menyentuh hati. Bukan setakat tersentuh, menitis jugalah air mata. Fiqqq yang sekadar baca sahaja sudah merasakan beratnya ujian Allah untuk mereka. Bagaimana rasanya jika kita yang mengalami sendiri.
Fiqqq tidak mahu tulis banyak. Jadi, Fiqqq akan kongsikan serba sedikit nukilan yang bakal anda baca bila sudah beli buku tersebut.
p/s: Sila sediakan tisu sebelum membaca.
“Maryam berada di bilik itu. Apabila masuk, aku melihat dari jauh ada tiga orang doktor yang ada di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Terus laju air mataku mengalir, aku sebak. Muka Maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar daripada mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.”
“Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar, dan lap air mata yang keluar. Mulut menyebut, ‘Astaghfirullah. Astaghfirullah. Maryam … Maryam … mama datang sayang.’ Aku memanggil-manggil nama Maryam sambil memegang jemarinya yang sudah kebiru-biruan. Masih terdengar bunyi saki baki nafasnya sedikit.”
“Maryam bangunlah. Mama datang. Mama reda sayang, mama terima apa yang Allah sudah tentukan. Mama tahu Maryam kuat, Maryam sudah berjaya terus ke syurga. Maryam doakanlah mama. Mama sayang Maryam.”
Kemudian, Doktor Sumi yang berbangsa India itu memberitahuku, “Didn’t come back,.
Itulah dia yang boleh Fiqqq kongsikan tentang buku “Maryam Anak Syurga”. Menitis air mata sambil menaip di blog. Sebak. Fiqqq galakkan anda untuk dapatkan satu.
https://goo.gl/UnSYSw
Bacalah. Ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan. Ada pengajaran yang ingin Allah berikan kepada kita.
“Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu daripada rahimku, dan mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami sedar yang anak itu hanyalah pinjaman untuk kami. Engkau ya Allah, yang berhak untuk mengambilnya kembali.”
Al-Fatihah …
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top