Food

Steak oleh Chef Zubir memang perghhh!!! Eh, Chef! Kenapa percuma?

Fiqqq teringin nak makan steak ala-ala hotel yang dimasak oleh chef terkemuka tapi dengan harga yang berpatutan. Jadi, Fiqqq pon singgah di Laman Grill Steak & Bar-B-Que. Jom!

1 – Tempat

Lokasi Laman Grill Steak & Bar-B-Que dalam kawasan Laman Seni, Shah Alam. Kalau guna Google Maps or Waze tak jumpa, taip Laman Seni, Shah Alam. Ada lagi satu cawangan di Kajang. Suasana kedai sangat menarik. Tak bising. Sangat sesuai untuk makan malam bersama keluarga. Kalau inginkan suasana sejuk, boleh duduk makan di bahagian dalam sebab ada pendingin hawa. Ikut pada keselesaan masing-masing.

2 – Menu

Menu dia ‘best’. Nama mungkin lebih kurang sama tapi dari aspek penyediaan di atas pinggan sangat berbeza dan mempunyi keunikan rasa tersendiri.
Menu 1 : Australian Baby Lamb Foreshank.
Rasa daging kambing ni lain sikit sebab ada aroma jus tersendiri. Dagingnya lembut dan tak liat. Disertakan dengan Potato Cheese Cake dan sautéed vegie. Dalam pinggan nampak sikit tapi sangat mengenyangkan. Harga RM38.50

Menu 2: Marbled Chicken Chop.
Ada 4 jenis hidangan. Peha ayam goreng disalut dengan cornflakes (chop), quiche kentang, lapisan ayam dan cendawan yang dibakar, sayuran beserta sos cendawan. Lainkan Chicken Chop sini dengan kedai-kedai lain? Huhuhu. Ayam dia sangat rangup dan sedap. Harga RM29.90.

Menu 3: Signature Dish – Meat Lover’s Combo Platter.
Dimaklumkan, ini merupakan resipi Chef Zubir sendiri khas untuk penggemar daging. Setiap satu yang terhidang memiliki keunikan rasa tersendiri. Daging ayam, lembu dan kambing. Tak liat, sedap, berjus dan tak terlalu kering. Boleh cicah dengan dua sos cendawan. Tidak lupa dengan sayur. Memang sedap!!!  Harga RM69.50

Untuk minuman pula, Fiqqq pilih jus oren dan sangat menyegarkan. Rasa manis oren itu ada dan tidak rasa manis gula semata-mata. Harga RM9.50.

3 – Dessert

Fiqqq rasa pencuci mulut di sini biasa saja. Tiada yang ‘wow’. Fiqqq ingat dalam coklat kek ada coklat lava yang meleleh tapi ada sikittt je dan tak meleleh. Hahaha. Hanya sekadar kek coklat dan ada la sedikit coklat cair dalam tu, sesenduk ais-krim dan beberapa buah segar. Yang ini Chef bagi percuma …
Eh, kenapa percuma???

Nak dijadikan cerita, Chef belanja dessert tanda mohon maaf atas kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. Fiqqq terjumpa sesuatu (cebisan berus dawai) dalam sos cendawan. Nasib baik Fiqqq ni jenis makan perlahan. Hurmmmm.

Fiqqq cuma maklumkan kepada pelayan supaya hati-hati dan teliti dalam penyediaan makanan. Mana yang tidak boleh makan, Fiqqq letak tepi. Hurmmmm. Kecewa juga la. Sikit je la tapi.

4 – Layanan Baik

Layanan sangat profesional. Sebab sesetengah kedai makan yang kononnya ‘up’ sikit ni suka pandang rendah dengan pelanggan yang datang. Macam pelanggan ni hina sangat dan tak berduit nak makan. Sini tidak begitu. Daripada datang, samapailah balik dilayan macam makan di hotel. Bagus! Tepuk sikit. Sikit je la tapi. Huhuhu.

Apa pun, Laman Grill Steak & Bar-B-Que menyediakan hidangan bertaraf hotel dengan harga yang berpatutan. Semoga pihak Laman Grill sentiasa memastikan kebersihan dan teliti sebelum hidangkan makanan kepada pelanggan yang datang.

Selamat mencuba dan menjamu selera 😀

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top