Food

“Kita macam ‘Ular Sawa’. Semua kita makan. JANGAN!” – Datuk Chef Wan.

“Kita macam ‘Ular Sawa’. Semua kita makan. JANGAN!” – Datuk Chef Wan.

“Kita macam ‘Ular Sawa’. Semua kita makan. JANGAN!” – Datuk Chef Wan. Datuk Chef Wan memang ‘laser’ sikit bab ‘sound’ orang ni. Terutama berkaitan apa yang kita makan. Tapi, ada betulnya juga. Asal SEDAP! MURAH! BANYAK! semua kita sumbat dalam perut. Maka, Fiqqq cuba lah makan di BMS Organics yang menyediakan makanan organik bersama rakan-rakan KBBA9. Rasa makanan di BMS Organics ada sedikit kelainan dengan rasa asal makanan tersebut kerana menggunakan banyak herba-herba terpilih.
1 – Menu

Menu 1 : Nasi Lemak

Nasi lemak ni guna beras perang. Ditambah dengan rempah segar seperti lengkuas untuk mencegah readikal bebas, serai untuk metabolisma dan menggantikan santan dengan susu soya organik supaya dapat mengelakkan kolestrol tinggi. Ada kulit tauhu organik (Tou Bau) sebagai pengganti daging. dan … dan … dan … sambal nasi lemak di sini memang TERBAIK! Rasa memang lain daripada nasi lemak asal yang selalu kita beli. Harga : RM 16.90

Menu 2 : Mee Kari Laksa dengan Susu Soya Organik (Organic Soya Milk Curry Laksa Noodles)

Mee kari ni menggunakan pes kari yang diperbuat daripada lengkuas, kunyit dan cili kering. Masak dengan minyak kelapa (virgin oil) untuk menggalakkan metabolisma dan menambah aroma kelapa halus untuk hidangan.

Kuah mee kari ni tidak menggunakan santan. Maka, digantikan dengan susu soya organik untuk mengurangkan pengambilan kolestrol dalam satu hidangan. Mee dia pula menggunakan beras perang dan rasa dia memang SEDAP!!! Harga : RM 18.90

Menu 3 : Sup Bihun Asam Laksa (Assam Lasa Vermicelli Soup)

Tomato segar, puri tomato dan cuka epal digunakan untuk menggantikan rasa asam keping dalam kuah. Cuka apel ni kaya dengan enzim aktif, kalium dan mineral untuk melancarkan sistem penghadaman dan detoksifikasi. Bihun pula menggunakan bihun beras perang. Rasa menu ni pelik sikit. Rasa yang baru untuk Fiqqq cuba. Harga : RM 17.90
2 – Keperluan Mengambil Makanan yang Sihat
Kalau ada beli surat khabar The Star tempoh hari, boleh la lebih banyak info yang ingin Datuk Chef Wan ingin sampaikan. Apa pun, Datuk Chef Wan memang ‘sporting’ habis. ‘Pose’ sikit!!! Hahahaha.

3 – Info Tambahan

BMS Organics juga menyediakan produk yang organik untuk anda beli. Dah tentulah semua untuk kesihatan dari dalaman sampai luaran. Senang cerita, nak cantik kacak lagi bergaya kulit licin bercahaya, boleh la singgah-singgah.
4 – Dan … Gambar – gambar !!! Nahhh. Fiqqq belanja.
‘Alamak, mahal la makanan yang organik ni!’
Belajar untuk masak sendiri di rumah. Banyakkan makan makanan yang berwarna hijau. Pelbagaikan sayur dalam makanan. Kita cuba perlahan-lahan.
“Kalau kita sayang diri kita, kita kena jaga apa yang kita makan”, Datuk Chef Wan. Semoga kita sama-sama menjaga kesihatan. Dan … dan … dan … Amalkan gaya hidup sihat bukan sahaja bersenam 3 kali seminggu tapi kena jaga pemakanan juga. Bye.
“Every morning, when I wake up, I feel very beautiful,” Datuk Chef Wan.
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

12 thoughts on ““Kita macam ‘Ular Sawa’. Semua kita makan. JANGAN!” – Datuk Chef Wan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top