Santai

Bowling Tournament : Strike Lagi Weyyy!!!

Malam tadi, Fiqqq dan geng2 Kelab Blogger Ben Ashaari main bowling di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Mula-mula, masing-masing simpan belang simpan taring. Tapi bila sekali baling, pin semua terpelanting. STRIKEEE!!! Power weyyy!!!

Masa tengah panas badan dan mencari bola yang bersesuaian sebelum game bowling bermula, selfie dulu. Hahaha. Part ni Fiqqq tengok memang win. Hulur je kamera telefon, ramai jer yang berkumpul. Hahaha 😀

Part ni Fiqqq suka. Makan. Woot woot. Terima kasih kepada K.Rogers Butter Cookies. Sedappp!!! Mula lah perangai tak senonoh. Sambil main, makan, mulut mengunyah. Mana tidaknya, sebab banyak perasa. Haruslah cuba semua! Mula-mula ambil seketul. lepas dah rasa satu. Hmmmm. Selamat. Satu balang Fiqqq pegang. Adehhh!!!

Tercabar bila lihat jiran sebelah kanan dan kiri asyik Strike je. Asal baling semua jatuh. Fiqqq ? Macam biasa. Ke longkang, ke depan dan ke kiri sikit. Strike ada juga. Kumpulan Fiqqq yang sebelah kanan dalam gambar. Monkey Team katanya; ST, Fiqqq, Maryam dan Zura. Sempoi habis.

Ada tiga game. Jadi, boleh lah lihat sendiri hasil tangkapan markah yang diperoleh. Tapi yang ini untuk game yang pertama. Bukan keseluruhan tau. Kalau keseluruhan memang melabung tinggi markah kumpulan Fiqqq
Apabila yang datang ada yang bawa keluarga. Dapat dokong seorang budak kecil yang comel dan sakit gigi dibuatnya. Tahan geram. Anak abang Lan Cerano, Aziff. Elok pula dia dengan Fiqqq malam tu sebab sebelum ni dia malu-malu. Huhuhu.

Fuhhhh. Penat sudah. Masa untuk umum pemenang dan pastinya Fiqqq tak dapat la ceritanya. Hahaha. Sebab masing-masing POWER.  Tahniah kepada pemenang yang berjaya. Yang geng macam Fiqqq tak dapat boleh cuba di masa akan datang. Dan … dan … dan … Terima kasih kepada semua yang terlibat dan pihak penganjur juga!!!
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

18 thoughts on “Bowling Tournament : Strike Lagi Weyyy!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top