Santai

Ramadan 38 Hari Lagi : Bersama sahabat di PEYAKIN

Ramadan 38 Hari Lagi : Bersama sahabat di PEYAKIN

Ramadan 38 Hari Lagi : Bersama sahabat di PEYAKIN. Alhamdulillah …
Fiqqq serta ahli keluarga semua dapat bersama mereka di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN) dalam Majlis tahlil dan bacaan doa selamat sempena sambut ramadan yang bakal tiba. Ya Allah … Tak sabar rasanya nak bertemu dengan Ramadan. 38 hari sahaja lagi. Ramadan bulan penuh barakah. Banyak bazar. Banyak makanan dan juadah. Eh! Ingat! Ramadan bulan bonus untuk kita dalam menjalani dan melakukan ibadah. Kan … kan … kan ???
Majlis dibuat secara bersederhana. Berjemaah waktu maghrib. Sesudah itu, baca yasin dan tahlil bersama-sama. Selesai aminkan doa-doa. Isya’ berjemaah dan sedikit makan-makan sebagai penutup. Seronok dapat peluang untuk makan bersama mereka. Fiqqq lebih suka luangkan masa bersama mereka atau lakukan kerja-kerja amal bersama mereka. Kita dapat kongsi cerita yang berbeza. Cerita yang buat kita bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun sedikit, kita tetap kena bersyukur sebab tidak semua orang boleh miliki.

Fiqqq doakan kalian berjaya dan sukses di masa hadapan. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain hari. Dan … dan … dan … semoga kita semua dapat berpuasa di bulan Ramadan yang bakal tiba tahun ini dan mendapat keampunan daripada-Nya. Amin 😀
Sebarang pertanyaan:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN)
KM3, Jalan Haji Sirat Off Jalan Meru,
Batu Belah,
41050 Klang, Selangor.
Tel/Fax : +603-33412513
Email: pengurusan@peyakinklangselangor.org
(Penyelia: Puan Siti Zaleha Bt. Malik)
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Ramadan 38 Hari Lagi : Bersama sahabat di PEYAKIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top