Food

Sambal Belacan Resipi Ibu: Sedappp!!!

Waktu sarapan pagi, mata tertumpu pada satu bekas. Bekas itu kosong. Oh tidak!!! Tak boleh jadi. Kena buat sesuatu. Kalau tak, hilang selera makan tengah hari, makan malam, semua lah senang cerita..
“Ibu, sambal belacan dah habis!!!”
“Buatlah.” (Ringkas je ibu jawab)
Hahaha.
Baiklah. Dengan itu Fiqqq dengan gelojoh menghabiskan segala hidangan sarapan pagi. Lalu bingkas bangun daripada tempat duduk dan kemas meja. Siapa yang makan terakhir kena kemaskan? Huhuhu. Dah … dah … Jom buat sambal belacan resipi ibu. 😀
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Belacan
2) Cili padi
3) Cili merah (dibuang biji)
4) Sebiji tomato
5) Minyak zaiton
Lepas panaskan kuali, letak sikit minyak zaiton. Sikit je tau. Jangan banyak-banyak. Tunggulah sampai minyak tu panas dan masukkan bahan utama iaitu belacan.
Golek-golekkan belacan tu sampai garing. Masa ni, dia punya bau memang perghhh. Sedap betul. Kadang-kadang gatal tangan pergi amik bahagian belacan yang rangup tu buat ratah. Siapa pernah buat? Cubalah, Sedappp!!!
Belacan tu Fiqqq suka goreng sampai dia dah garing dan ala-ala rangup serta sedikit rapuh. Lepas tu letaklah cili padi, cili merah sikit dan tomato. Kalau guna kuali yang boleh terbalik-terbalik tu senang. Tutup. Balik-balikkan dia. Sekejap je. Jangan lama-lama. Asal bahan-bahan tergoreng sikit.
Masa untuk menumbuk. Kalau memasak, Fiqqq lebih suka tumbuk guna lesung batu bahan-bahan perasa ni. Bau harum waktu masak tu lebih menyengat. Rasa dia pon lebih sedap. Jarang guna pengisar. Melainkan masak untuk kenduri la. Gigih nak menumbuk berkilo-kilo bawang semua. Hahaha. Jom lah kita menumbuk ya!!! 😀
Sesudah lumat semua biji cili (Fiqqq akan tumbuk semua biji cili sampai hancur), masukkan tomato pula. Tomato ni Fiqqq gantikan masam limau purut. Abah kurang gemar kalau sambal belacan ada air asam limau purut ni. Jadi, untuk membuka selera satu keluarga, kena kreatif. Huhuhu.
Setelah selesai menumbuk, simpan lah dalam bekas. Sedap ni kalau dapat makan dengan nasi panas. Senang cerita, lepas masak tu terus hidang dan makan dengan keluarga. Cuit sikit-sikit sambal belacan. Agak-agak pedas, minum teh o panas atau air suam. Sedapppnyaa!!!
Selamat mencuba ya sambal belacan resipi ibu 😀 Huhuhu
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

17 thoughts on “Sambal Belacan Resipi Ibu: Sedappp!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top