Food

Aku terkena di kedai ini …

Kalau berjalan pergi ke negeri lain, Fiqqq lebih suka makan masakan tempatan. Dari situ, Fiqqq dapat rasa masakan asli neger tersebut. Cuma kali ini, Fiqqq tak cerita berkenaan nasi kuning atau nasi dagang yang sememangnya popular di Terengganu.
Tiga hari-hari berturut Fiqqq makan tengah hari di sini. Makan nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Alaina di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kedai nombor 9. Terkena betul ni … Mana tidaknya. Makanan dia nampak biasa tapi rasa memang luar biasa.
Nasi, ayam, sambal dan kicap beri satu kombinasi yang sedap dalam mulut Fiqqq waktu mengunyah makanan. Nasi lembut, begitu juga dengan ayam. Kalau makan nasi ayam, Fiqqq akan rasa sambal dia sebagai penentu sedap atau pun tidak. Tapi rasa sambal nasi ayam dia memang sedap. Tidak terlalu pedas dan ‘just nice‘. Sup ayam pun tidak terlalu banyak perasa tambahan. Harga nasi ayam adalah RM5.50.
Benda utama yang buat Fiqqq datang banyak kali di kedai Nasi Ayam Alaina ni ialah air dia. Rasa dia memang KAWWW!!! Hari pertama datang di kedai ini, Fiqqq buat pesanan Teh Ais. Rasa dia memang terbaik. Kalah teh mamak. Dan hari-hari berikutnya, Fiqqq buat pesanan Nescafe Ais. Fuhhhhhh!!! Harga air adalah RM2.00. Sangat berbaloi. Mana tidaknya, paling murah air di kedai ala-ala hipster pun RM4.00.
Bagi yang pergi bercuti ke Terengganu, kalau cari kedai makan untuk makan tengah hari, cubalah di sini. Dan … dan … dan … kedai ini juga ada menyediakan keropok lekor. Sedappp!!!
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Aku terkena di kedai ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top