Food

Kenapa aku baru tahu kewujudan buah ini?

Kenapa aku baru tahu kewujudan buah ini?

Kenapa aku baru tahu kewujudan buah ini? Siapa tahu nama buah ini? Hahaha. Maaflah ya! Fiqqq baru tahu kewujudan buah ini. Mungkin sebelum ini pernah nampak cuma buat tidak endah. Maka, tidak tahu menahu bentuk dan rupa. Rasa memang jauh lah cerita dia.
Nama buah ini ialah buah gajus atau dikenali oleh orang tempatan negeri Terengganu sebagai “Jambu Golok”. Kalau tidak silap, orang Kelantan panggil buah ni ketere. Gigih tau buat research dan tanya orang. Teruja terlebih.

Rasa buah ni agak ‘unik’. Macam bergetah sikit buah ni. Susah juga nak telan tapi memandangkan nak tahu juga rasa buah ni maka relakan juga tekak untuk menerima. Sejujurnya, Fiqqq makan buah ni tak habis. Sebiji je yang mampu. Itu pun separuh. Cuma buah ni sangat juicy. Meleleh-leleh jus dia.
Terima kasih lah kepada yang memperkenalkan buah ni kepada Fiqqq. Kalau tidak, sia-sia je tak tahu. Tapi, pucuk gajus yang buat ulam tu Fiqqq tahu. Hahaha! Apa pun, Fiqqq dapat juga rasa dan tahu kewujudan buah ni. Dan … dan … dan … Fiqqq tak berapa suka bau buah ni. Macam bau jambu air yang dah benyek di bawah pokok. Hahaha.
Kepada yang belum rasa buah ni, cuba tau!!! Hehehe 😀
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

5 thoughts on “Kenapa aku baru tahu kewujudan buah ini?

1. Heeee.. akak pun baru tahu..mula-mula tengok gambar agak2 macam jambu… Sungguhla..orang ganu pun panggil jambu golok… Tq for sharing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top