Food

Laman Kayangan Buffet Ramadan 2016 : 6 Negara, 1 Dewan

Ramadan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Betul-betul tak sabar nak sambut ramadan. Banyak persiapan yang perlu kita buat. Daripada aspek ibadah, rohani dan semualah. Untuk berbuka juga menjadi perkara penting waktu bulan puasa nanti. Sesekali, nak juga kita berbuka dengan juadah yang berbeza kan?
Apa kata cuba di Laman Kayangan yang terletak di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Beberapa hari yang lalu Fiqqq dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari terpanggil untuk lihat previu Buffet Ramadan Laman Kayangan 2016.
Mula-mula, Fiqqq ingat salah tempat. Almaklum, Dewan Laman Kayangan dihias megah ibarat ada majlis kahwin secara besar-besaran. Dengan rasa kecil diri ini terus melangkah masuk. Apabila masuk terus teruja. Sangat meriah. Meriah dengan pelbagai makanan.
Buffet Ramadan Laman Kayangan 2016 bertemakan ‘Santapan Kayangan’ dan terdapat pelbagai menu yang berasal daripada enam buah negara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam, Indonesia, Brunei dan negara kita yang tercinta; Malaysia. Fiqqq rasa ibarat di dalam syurga makanan.

Ni yang sempat amik. Jujur tak cukup tangan nak ambil semua. Fiqqq macam biasa. Apabila makanan semua atas meja, depan mata. Terus Bismillah. Hahahaha. Mana boleh lambat-lambat. Nantikan, waktu bulan puasa, Fiqqq sarankan untuk sampai lebih awal. Jadi, boleh dapatkan makanan yang diidamkan.

Buffet Ramadan Laman Kayangan 2016 tahun ini memang berbaloi. Makanan semua sedap. Ikut tekak Fiqqq la. Huhuhu. Lagipun, banyak pilihan yang boleh dibuat. Andai suka masakan Singapura, pergi saja di bahagian Singapura dan sebagainya. Dengan pelbagai juadah daripada pelbagai negara dalam satu harga. Dan … dan … dan … sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera.
Harga Dewasa : RM 59 seorang
Harga Kanak-kanak : RM 35 seorang

Website : www.segiseri.com/ramadan2016
Facebook : www.facebook.com/LamanKayangan
Instagram : www.instagram.com/lamankayanganshahalam
Telefon : 013-4357936 / 017-5563711 / 019-311
Tempah awal ya … Selalunya penuh kalau datang Walk-in . Selamat menjalani ibadah puasa 😀
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Laman Kayangan Buffet Ramadan 2016 : 6 Negara, 1 Dewan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top