Food

Teringin Spaghetti !

Boleh tahan juga si Arsyad ni. Mentang-mentang bulan ni birthday dia. Habis semua dia nak order. Tak cukup dengan special surprise belikan kek Baskin Robin. Dia minta nak makan spaghetti. Wahh wahhhh wahhhh!!! Hahahah …
Lagipun, Fiqqq ada adik sorang ni je. Kadang-kadang bab makan ni, layankan saja. Alang-alang, boleh makan malam sekeluarga. Hmmm … Macam biasa, ibu, kalau makan kat luar nak cari kedai makan yang mengenyangkan, sedap dan murah. Jadi, Fiqqq pon terus suruh mereka semua siap-siap. Gerak ke The Sumbs 😀
Spaghetti Carbonara – RM 9.90

Steaky Pasta – RM 22.50

Chicken Parmagiana – RM 15.00

Chicken The Sumbs – RM 12.50

Churros – RM 4.90
Penuh jugalah meja dengan makanan. Hahaha. Nampak sedapkan makanan dia? Cuba rasa. Mesti bukan untuk yang pertama kali dan bukan juga yang terakhir kali. Apabila makanan semua sedap dan okey, mood makan malam tu macam ceria sikit. Itu yang penting sebenarnya. Moment seronok makan malam bersama keluarga. Pemilihan kedai makan dan menu atas pinggan juga main peranan. Wahhh!!! 😀
Apa pun, Fiqqq akan cari kedai makan yang terbaik dan masakan yang sedap-sedap. Bukan selalu dapat bawa semua makan di luar. Ada rezeki sikit, baru leh belanja. Huhuhu. Dan … dan … dan … sebelum terlupa … Selamat Hari Lahir Arsyad yang ke – 10 tahun. Semoga sihat, bijak, pandai, taat pada perintah Allah, dengar cakap ibu abah, abang Afiq sekali, rajin solat, mengaji, jadi anak yang soleh. Hahaha. Panjang betul wish. Yang penting, semua yang baik-baik untuk ko dik!
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

8 thoughts on “Teringin Spaghetti !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top