Santai

Untuk Aku : Si Pendosa

Teringin juga nak ikut cara kawan-kawan yang ringan tulang mengerjakan ibadah. Ringan je kaki melangkah ke masjid. Ringan je tolong orang sana sini. Teringin. Kenapa? Sebab Fiqqq berat tulang. Kadang-kadang cuma. Itu pun kena ikut mood. Setiap kali melangkah menuju jalan untuk dekatkan diri dengan DIA. Mesti ada dugaan yang menduga.
Jalan menuju ke arah kebaikan memang mencabar. Sangat-sangat mencabar. Orang cakap jalan tu berliku. Walhal kita menuju ke jalan yang lurus. Tidak termasuk hasutan ‘geng jahat’ kita yang sering berbisik. Tidak termasuk dengan cacian daripada rakan-rakan yang mengeji perilaku untuk berubah. Kan … kan … kan ??? Payah. Sebab ujian yang DIA bagi itu untuk menguji. Sama ada kita ni sabar atau terus putus asa dan putus harapan. Lalu tidak bergantung harap. Putus doa. JANGAN!!!
Disaat diuji. Kita memerlukan keluarga untuk beri sokongan. Sahabat yang rapat. Orang sekeliling pun jangan terlalu cabul mengata. Andai hidayah anda belum sampai, janganlah hancurkan hidayah orang yang baru menyinggah. Jadi, susah.
Kenapa nampak payah? Lagi kita kuat untuk berubah, lagi banyak ujian yang datang terjah.
Pernah sahabat berkongsi.
“Kenapa kita rasa berat untuk beramal? Sebab banyak solat yang kita tinggal, kita lupa untuk buat amal, kurang doa dan sebagainya. Senang cerita. Jadi berat sebab banyak dosa.”
Pernah juga seorang sahabat beri nasihat.
Fiqqq, kita nak buat baik ni memang susah. Bila kita buat ada orang mengata. Katanya menunjuk. Apabila kita tak tahan. Kita berhenti buat kebaikan. Walaupun kebaikan itu cuba dah kita sembunyi. Mulut orang yang nak menjatuhkan. Kena banyak bersabar.”
Pernah arwah nenek berpesan.
“Tidak kisahlah orang nak cakap apa. Janji kita jaga solat. Hormat ibu abah. Hormat orang yang lebih tua. Biar orang buat kita tapi JANGAN kita buat orang. Kalau kita balas perbuatan orang, jadi, apa yang membezakan kita dengan mereka?”
Hati kena kuat. Kena cekal. Payah itu memang tidak boleh disangkal. Tapi tak kan nak tunggu ajal. Baru nak menyesal. Hmmm. Apa pun niat kena jaga. Kita kenal diri kita. Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus doa dan beri semangat. Tidak pernah Fiqqq lupa jasa kalian.
Semoga ramadan kali ini beri peluang untuk jadi lebih baik. Peduli mulut orang. Jadi satu kerja pula nak jaga mulut mereka. Adalah lebih baik kita jaga ibadah kita. Hubungan kita dengan DIA. Hubungan kita dengan keluarga dan semua yang ada di sekeliling.
Kalau ada sebarang doa yang boleh diamalkan, Fiqqq  mohon kongsikan. Harap Fiqqq dan sesiapa yang baca boleh hafal dan amalkan. Terima kasih.
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

3 thoughts on “Untuk Aku : Si Pendosa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top