Santai

Raikan Mereka : Tanggungjawab Kita …

Selain daripada kita wajib menjaga hubungan dengan Maha Pencipta, kita juga perlu menjaga hubungan sesama manusia. Bagi Fiqqq adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang diberi sedikit kesenangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Mereka mungkin ada yang tiada ibu atau bapa dan mungkin kedua-duanya. Kepada siapa mereka ingin bergantung harap?
Beberapa hari lalu, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) meraikan lebih kurang 80 orang kanak-kanak terpilih dari YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) yang terdiri daripada golongan yatim, asnaf dan mualaf dalam majlis berbuka puasa di Cafe@ PICC. Lebih daripada 300 juadah makanan bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya” yang Cafe@PICC sediakan untuk mereka berbuka puasa. Termasuk ala-ala warung di beberapa lokasi di luar dewan.
YAKIN Malaysia ini merupakan satu badan kebajikan yang berperanan sebagai “Pusat Rundingan Cara Harian”. Lebih kurang macam One Stop Centre. Pusat jagaan tidak berkediaman yang menjadi pusat khidmat nasihat, penyelaras dan penyalur maklumat dalam pelbagai aspek seperti bantuan kewangan, makanan, kebajikan, perubatan, perumahan dan sebagainya.
RUKESA pula adalah sebuah pusat jagaan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menaungi lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan anak fakir miskin yang berusia dalam linkungan antara 3 hingga 12 tahun. Jadi, andai terbuka hati untuk memberi sumbangan pada mereka atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk maklumat yang Fiqqq kongsikan di bawah.
YAKIN Malaysia
Alamat : BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA,
99-3 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-9201 6695 / 012-208 1547
Fax : 03-9285 0853 / 03-9282 3853
Email : malaysia_yakin@yakinmalaysia.com
Sebelum majlis berbuka puasa bermula, anak-anak terpilih ini dapat duit raya tau. Disampaikan oleh YBhg. Dato Badlishah Hj. Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X). Nampak senyuman mereka terukir apabila terima duit raya. Awal tau dapat duit raya. Huhuhu. Rezeki mereka.
Waktu di sana, Fiqqq sempat berbual dengan beberapa kanak-kanak ini. Termasuk adik Amirul yang istimewa. Sayu hati melihat cara dia makan, bercakap dan tertawa. Fiqqq kalau bab-bab macam ni tak boleh lama-lama. Hati tisu. Kena kuat semangat sikit sebab mereka sedang bergembira menikmati juadah berbuka. Semoga sihat dan ceria-ceria ya Amirul dan Fiqqq doakan agar Allah sentiasa melindungi dan merahmati Amirul. 😀
Selepas itu, nak dijadikan cerita. Fiqqq ada ternampak seorang kanak-kanak ni makan aiskrim. Selera sungguh dan Fiqqq pula terliur. Aiskrim teh tarik. Hahaha. Pergi lah tegur tanya mana dapat. Dia terus bangun, tarik tangan bawa Fiqqq ke lokasi ambil aiskrim. Alaaaaa, baiknya hati. Sebab selalunya kita hanya tunjuk dan beri arahan je. Lepas tu pandai-pandai lah cari sendiri. Kan … kan … kan ??? Terus terdetik yang Fiqqq kena ringankan tulang untuk membantu. Huhuhu. Lokasi yang dekat-dekat lah.
Kalau ada majlis bersama mereka lagi teringin nak join. Lagi-lagi kalau dapat bergotong-royong buat persiapan raya bersama mereka. Belum pernah rasa lagi pengalaman itu. Huhuhu. Apa pun, Fiqqq harap kita sebagai masyarakat prihatin dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak perlu banyak sumbangan yang diberikan. Sikit pun memadai. Andai ada 10 orang dan setiap orang beri RM1. Dah jadi RM10. Betul tak? Apa pun yang penting adalah ikhlas.
Andai ada yang memerlukan bantuan, harap kita dapat panjang-panjangkan maklumat agar sampai ke pengetahuan mereka yang benar-benar ingin menyumbang. Bulan ramadan ni pesta ibadah. Banyakkan bersedekah dan amal jariah. In Shaa Allah kalau kita buat baik, Allah beri kebaikan juga pada yang memberi. Begitu sebaliknya. Jadi, pilih!
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

6 thoughts on “Raikan Mereka : Tanggungjawab Kita …

1. Hablumminallah, Habluminannas..

Anak yatim insan istimewa.. InsyaAllah.. ganjaran buat mereka yang berbuat kebaikan kepada mereka.. Termasuklah yang meraikan dalam gambar ni..

Tapi.. napa aiskrim teh tarik tu macam sedap jak.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top