Santai

Seronok ya beli-beli di NSK !!!

Puasa tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. Selain kita mengejar ibadah untuk 10 malam terakhir, persiapan untuk menyambut kemenangan kita berjaya berpuasa sebulan juga tidak dilupakan. Persiapan kena buat awal juga. Takut-takut banyak barang yang habis. Kesian tetamu yang datang. Sebolehnya, ingin jamu yang terbaik bagi mereka yang menziarah rumah kita. Kan … kan … kan ???
“Seronok ya Afiq beli barang kat sini!”, atok.

Bukan main seronok lagi atok aku beli-beli kat sini. Bukan apa. Satu, dekat dengan rumah. Dua, semua ada. Kalau nak beli satu-satu ada, nak beli borong pon ada. Harga memang berpatutan. Cerita berkenaan harga, Fiqqq sangat detail. Sebolehnya, buat survey untuk bandingkan harga. Kena bijak membeli. Kenapa perlu bayar lebih untuk produk yang sama. Betul tak?

Jadi, Fiqqq akan beritahu atok siap-siap. Harga dan kuantiti. Atok ni jimat orangnya dan tidak suka membazir. Kalau arwah nenek dulu, sebolehnya semua dia nak beli. Huhuhu. Apa pun, dalam keadaan ekonomi sekarang, kena buat kira-kira perbelanjaan dengan bijak.
Boleh dikatakan, Fiqqq dah macam jadi jurujual. Mana tidaknya, setiap barang Fiqqq akan terangkan pada atok. Buat perbandingan tapi biar atok yang pilih.  Akhirnya, ikut cakap Fiqqq juga sebab nanti cucu-cucu yang minum air banyak-banyak tu. Hahaha.
Dan … dan … dan … jangan lupa untuk lihat tarikh luput makanan mahupun minuman yang dibeli nanti. Membazir nanti. Selamat membeli-belah. Berbelanja ikut kemampuan ya. 😀
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

8 thoughts on “Seronok ya beli-beli di NSK !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top