Food

Domino’s Pizza : Beli 1 Percuma 1

Yeayyyyyyyyyyy!!!

Pantang nampak ada promosi Beli 1 Percuma 1. Lebih-lebih lagi berkenaan dengan makanan. Mungkin sebab tidak selalu makan jadi Fiqqq punya teruja terlebih tu lain macam sikit. Lagipun, promosi begini lah yang selalu Fiqqq tunggu. Mana tidaknya, dapat extra setiap pembelian. Jimat jimat jimat. Hahaha.

Beli terus yang extra large. Seorang satu. Makan sampai puas. Hahaha. Kalau nak diikutkan ada banyak jenis topping yang boleh kita pilih. Semua ikut citarasa masing-masing. Ada yang lebih keju, pedas, makanan laut, ayam, sayur dan sebagainya. Cuma kalau Domino’s, Fiqqq selalu beli topping yang selalu makan jer. Hehehe.

Tuna Temptation – All Time Favourite

Fiqqq paling suka tuna temptation. Rasa keju dalam pizza sangat banyak dan sedap. Ditambah pula dengan hirisan ketam dan lain-lain. Sangat penambat selera. Sekali makan, tak boleh nak berhenti. Hihihi.

Simply Cheese

Boleh dikatakan untuk pizza yang ini penuh dengan keju semata. Adalah sedikit rasa sos istimewa supaya menaikkan lagi selera. Pertama kali cuba topping yang ini. Sedap juga. Lebih-lebih lagi ditabur dengan enping cili. Fuhhhhh.

Aloha Chicken

Nikmatilah keseronokan makan pizza beserta hirisan ayam dan nenas. Ditambah pula dengan keju yang banyak. Boleh dinikmati dalam setiap gigitan pizza. Kecuali hujung crust. Hahaha.

Flaming Tuna

Bagi yang suka pedas, boleh cuba topping yang ini. Tidak lah terlalu pedas cuma ada juga rasa pedas. Kalau inginkan lebih pedas, tabur emping cili yang disediakan. Mungkin baru ada ummmhhh!!!

Cepat … Cepat … Cepat pergi layari https://www.dominos.com.my/  untuk buat pesanan. Boleh hidang untuk jamuan makan-makan dihari raya yang mulia ini. Paling tidak pun, buat pesanan untuk makan sendiri. Beli 1 Percuma 1 kot!!! Dan … dan … dan … Cuba sign up untuk dapatkan lebih banyak promosi yang ada. Huhuhu.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Domino’s Pizza : Beli 1 Percuma 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top