Food

Jagung … Jagung !!!

Setiap kali hujung minggu, Fiqqq jarang terlepas beli jagung daripada Pak Cik Jagung yang selalu lalu depan rumah dalam pukul 2.00 petang – 3.00 petang. Jagung pak cik ni memang terbaik. Kalau ada tetamu datang rumah, mesti Fiqqq beli lebih sikit untuk makan bersama. Makanan yang sedap, perlu kongsi bersama. Kan … kan … Kan !!!
Apa yang sedap sangat sampai tiap-tiap minggu WAJIB beli?

Jagungnya manis. Ada rasa lemak jagung sikit. Saiz besar dan puas makan. Kemudian, makan waktu jagung masih panas lagi. Kalau nak diikutkan, Fiqqq bukan peminat jagung tapi selepas makan jagung ini terus jadi favourite. Hahahaha.

Inilah Pak Cik Jagung tu. Bunyi motor dia dah kenal sangat. Asal dengar saja, kelam kabut lari cari duit bergegas keluar suruh berhenti. Hahahaha. Walaupun tahu waktu-waktu pak cik ini lalu tapi tetap kelam kabut juga. Pak Cik!!!!! Hahaha. Ada hari-hari, pak cik jagung ni akan perlahankan sikit motor dia apabila lalu depan rumah Fiqqq.
Harga sangat berpatutan. Kadang-kadang rasa lagi murah daripada beli di mana-mana kedai. Jimat masa pula tu. Tidak perlu siap-siap keluar rumah dan pergi cari jagung. Tahu-tahu pak cik ni dah jerit Jagung … Jagung !!! Huhuhu.
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

6 thoughts on “Jagung … Jagung !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top