Food

Domino’s ‘Express Card’ : Puas makan macam ni!!!

Betul-betul puas makan kalau macam ni. Beli satu, percuma satu. Satu harga dapat dua pizza. Perghhh, terbaik kan? Selalunya, Fiqqq akan tunggu promosi ini baru beli. Kalau tidak pun, tunggu Dominos hantar ‘sms’ untuk promosi yang sedang berjalan. Mungkin selalu sangat beli, maka dicadangkan untuk daftar ‘Express Card‘. Jimat banyak kalau ada kad ini.
Aaaaa. Kad ini perlu beli ya. Nampak tak ada RM50? Sebenarnya, bukan bermaksud dalam kad itu ada RM50 tapi harga belian kad. Jika tidak silap, masa Fiqqq beli bukan harga tu pun. Jauh lebih murah sebab ada promosi tapi tak ingat berapa ringgit. Boleh daftar waktu pembelian pizza. Tanya dulu sebelum beli pizza. Selepas daftar, baru beli. Daripada nak beli dua, dapat empat pizza.
Maka, segeralah Fiqqq memilih pizza dengan penuh kesabaran. Hahahaha. Almaklum, pantang nampak makanan. Hilang pedoman. Cuma kali ini, Fiqqq teringin rasa pizza yang jarang dibeli.
Smoky Pepperoni Mushroom

Tropical Sambal Prawn

Chicken Perfection

Spicy Sambal

Sengaja minta potong lebih sikit. Kalau saiz ‘large’ akan ada 8 potongan tapi kali ini minta jadikan 16 potongan. Sebabnya konon bila potong kecil-kecil akan rasa makan banyak. Nak diet katanya tapi teringin dominos. Malangnya, lagi banyak yang Fiqqq makan sebab rasa kecil untuk satu potongan. Lantas, tidak terkira jumlah yang Fiqqq ambil.
Banyak jugalah jimat. Nak kata selalu makan itu tidak lah. Bila teringin, pergi lah beli. Ada pula Express Card ni. Maka, secara tidak langsung merajinkan diri. Hahahaha.
Bismillah.
Jemput makan semua !!!
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

6 thoughts on “Domino’s ‘Express Card’ : Puas makan macam ni!!!

1. Wow RM50 ye dik…baiklah…nanti nak gosok suami beli kad ni…nanti bulan depan dapat gaji boleh beli pizza buy 1 free 1…berbaloinya dik…kot alang2 nak belanja family dan kawan2 guna cara ni syokkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top