Gunung Nuang : 4, 898 ft
Akhirnyaaaaaa … Fiqqq berjaya juga menjejakkan kaki di puncak Gunung Nuang dengan ketinggian 4,898 ft. Dengar cerita, Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Negeri Selangor. Antara gunung yang sangat mencabar mental dan fizikal. Bangga sekejap untuk diri ini yang bukan kaki hiking dapat menjejakkan kaki di puncak. Tapi, sedikit azab untuk sampai ke puncak.
Hiking bermula …
Kami berkumpul di Pangsun dalam pukul 2.10 pagi. Seperti biasa, perasaan teruja itu mesti ada. Lebih-lebih lagi tempat yang belum pernah Fiqqq pergi. Kita selalu dengar orang bercerita jadi Fiqqq tekad untuk pergi dan dapatkan pengalaman sendiri. Baru ada feel. Betul tak? Hahaha. Selepas semua ada. Baca doa sikit supaya selamat mendaki dan selamat pulang. Maka, kami mulakan perjalanan pada pukul 2.45 pagi.
Kem Lolo
Kami tiba di Kem Lolo pada pukul 4.51 pagi. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih. Bagi Fiqqq, laluan daripada tempat permulaan ke Kem Lolo hanya jalan biasa. Bermula dengan yang berturap dan selepas beberapa kilometer mula dengan jalan tanah merah. Cuma yang meletihkan sebab perlu naik dan turun bukit serta ambil masa yang lama. Nasib baik gelap. Jadi, tidak terasa sangat jalan jauh.
Bagi mereka yang nak bermalam, boleh pacak khemah di sini. Sejuk dan bersebelahan dengan sungai. Super eksited apabila Fiqqq bercakap dan ada keluar asap-asap. Sebab sejuk. Hahaha. Selepas rehat dalam 5 minit, kami teruskan pendakian kerana bercadang untuk berehat di Dataran Pacat.
Dataran Pacat
Perjalanan daripada Kem Lolo ke Dataran Pacat mula sedikit sukar. Sedikit je lah tapi. Sedikit-sedikit pun, semput juga lah. Hahaha. Adakalanya Fiqqq terasa lama untuk sampai ke kem seterusnya. Maka, bermulalah ada Trust Issue dengan perkataan ’10 minit je lagi ni’. Setiap kali tanya, itulah jawapan yang diberikan. Hahahaha.
Apabila dengar jawapan lagi 10 minit tu, terus rasa semangat sikit untuk gunakan kudrat yang ada sebab fikir nak rehat. Tapi, 10 minit tu selepas kali ke 10 baru betul-betul sampai. Hahahaha. Apabila fikirkan balik, bagus juga sebab apabila kita dengar lagi 10 minit, kita akan percepatkan langkah sebab nak cepat sampai. Dalam keadaan itu, sesemput nak tarik nafas, gagahkan juga untuk teruskan perjalanan.
Tiba di Dataran Pacat pada pukul 7.11 pagi. Cari tempat rata, subuh terlebih dahulu. Bentang kain, terus lelapkan mata. Tak fikir apa dah. Serius penat. Dapat rehat sekejap pun jadilah. Si Johnny pun rehat sama. Sibuk je orang nak tido, dia duduk di kaki. Nasib baik dia behave.
Sepanjang perjalanan kami daripada tempat permulaan sampai lah di Kem Pacat, mereka ikut sama. Ada lagi satu, nama dia John tapi macam garang sikit. Jadi Fiqqq tidak berapa berani untuk dekat. Comel je. Hahaha.
Ada satu pesanan khidmat masyarakat. Mereka (Johnny dan John) ini binatang tau. Waktu perjalanan Fiqqq ke Kem Lolo, mereka ikut sama. Waktu berjalan dan Fiqqq terperasan bahawa si Johnny gonggong botol kosong yang manusia buang. Dia bawa sampai satu tempat dan letakkan di tepi jalan. Guys, tolonglah jaga kebersihan bersama. Elok-elok tempat itu cantik, boleh jadi sakit mata melihatnya sebab sampah yang kalian buang merata. Simpan sampah tu dalam beg. Bawa turun tau.
Selepas berehat beberapa jam, kami teruskan perjalanan untuk ke Gunung Nuang pada pukul 9.15 pagi. Cabaran untuk mental dan fizikal pun bermula. Banyak jalan yang berbatu dan mencanak tingginya. Satu dua mungkin boleh tahan lagi tapi malangnya nasib sebab banyak halangan yang sama.
Menjadikan ianya bahaya apabila jalan itu licin. Mudah tergelincir. Mengah juga nak naik kalau bertubi-tubi halangannya. Bukan takat mengah, hilang kudrat semua ada. Senang cerita, sekali Fiqqq perah baju yang dipakai macam baju lepas dibasuh. Lencun habis. Hahahah.
Puncak Pengasih
Dalam pukul 10.31 pagi, kami tiba di Puncak Pengasih. Puncak sebelum sampai ke puncak Gunung Nuang. Fiqqq paling suka pemandangan di sini. Sangat cantik sebab banyak hijau, sejuk mata memandang dan lepak lama sedikit di sini. Macam taman di puncak gunung. Selepas puas rehat dan bergambar segala, kami mengorak langkah untuk ke puncak Gunung Nuang.
Sepanjang perjalanan daripada Puncak Pengasih ke Puncak Gunung Nuang keadaan sangat redup dan hijau. Batu-batu besar yang seolah tersusun. Pokok-pokok dan semualah. Ada satu situasi di mana Fiqqq dan yang lain berehat, tiba-tiba kabus lalu. Ibarat berada di alam fantasi. Hahaha. Teruja lah sebab baru pertama kali nikmati suasana seperti itu. Hahaha.
Agak lama juga kami berjalan. Turun dan mendaki semula. Seksa. Hahaha. Sampai tersasul-sasul cakap dengan geng semua. Adoiyai. Adakalanya Fiqqq rasa macam tidak mahu teruskan perjalanan sebab rasa tersangatlah penat.
Kemudian, seorang geng ni beritahu “Rugi kalau rasa nak give-up sekarang sebab dah lebih daripada separuh perjalanan.” Jadi, terus jalan. Mana tahu memang betul-betul lagi 10 minit dan …… kami sampai.
Puncak Gunung Nuang
Fuhhhhhhhh. Gembira + teruja + seronok + rasa macam tidak percaya semua ada sebab beberapa kali Fiqqq rasa give-up. Lebih daripada sekali. Lebih-lebih lagi waktu daripada Kem Pacat nak ke Puncak Gunung Nuang. Apabila sampai di atas, terus ajak mereka yang ada disekeliling untuk bergambar sama. Buat tambah kenalan.
Memang seronok dan rasa sangat puas apabila tiba di puncak. Terima kasih kepada semua yang bagi semangat dan bersabar layan karenah Fiqqq saat hilang semangat. Lebih-lebih lagi waktu turun. Dengan hujannya, dengan mula rasa tidak larat, rasa macam nak pitam, semua ada. Terus #seriknakhiking.
Fiqqq berada di sana secara keseluruhan dalam 14 jam. Tiba di tempat permulaan pada pukul 6.35 petang. Kaki, badan dan mental semua barai. Hahaha. Apapun, pengalaman yang tidak akan Fiqqq lupakan. Rugi kalau tidak cuba. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sihat untuk ke atas. Sekali pun cukup lah kan???
Bella Idura says
Kena bersenam selalu sebelum naik… nanti ajak akak plak. Akak ada khemah.
Afiq Halid says
Betul. Kena training betul2. Kalau tak memang barai kaki mental semua.
mas saari says
fuhhh akak baca pun teruja, rasa nak pergi daki terus. hehehee!
anyway tahniah Fiq, berjaya kuatkan semangat untuk sampai ke puncak. memang satu kepuasan yang sukar digambarkan bila berjaya sampai kan?
Afiq Halid says
Memang susah nak naik. Sangat mencabar. Apabila sampai kat atas terus rasa super eksited. Tapi cabaran tidak berakhir di situ. Sambung waktu nak turun pula. Hahaha. Terima kasih Kak Mas.
cik karmila says
wahhh…december lepas saya pun baru naik nuang…memang koyak mental woo…tapi bila sampai puncak memang puas tak terkata ! lepas ni bole try naik gunung gap kat hulu selangor pulak…dekat ngan bukit fraser..yang ni kurang rabak macam naik nuang tapi view lagi nice ^^
Afiq Halid says
Wahhhhh. Gunung Gap ea. Thank you for the info. Lepas pulih semangat baru gi hiking balik. Bila dgr ada view nice mcm x sabar lak. Hahaha