Food

Hokkaido Baked Cheese Tart : RM 29.90 untuk 6 pcs

Selalu nampak kedai Hokkaido Baked Cheese Tart tapi tiada keinginan untuk beli. Cuma, pada hari tersebut terberhenti dan tersinggah sebentar lantas memerhatikan tart bercheese yang tersusun rapi itu. Ambil masa juga untuk buat pilihan. Bukan apa, berbaloikah?
Alang-alang sudah sampai depan kedai maka Fiqqq belilah satu set yang berharga RM 29.90 dan dapatlah 6 biji tart berkeju itu. Boleh pilih mana-mana perasa atau inti. Jadi, Fiqqq pilih 2 perisa biasa, 2 perisa coklat dan 2 perisa durian.
Setelah dapat segigit cheese tart Hokkaido ni, barulah Fiqqq tahu kenapa harga dia agak istimewa. Rasa keju dia sangat sedap. Dengan pastri yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu keras membuatkan kita dapat menikmati rasa kombinasi pastri dan inti keju tersebut. Apabila dapat makan sesuatu yang sedap, Fiqqq akan cuba untuk memperlahankan kunyahan agar dapat menikmati setiap rasa yang ada pada tart tersebut.
Andai perisa tart biasa sudah sedap, maka perisa yang ada campuran perisa akan jadi lebih sedap. Fiqqq pula suka coklat dan tart coklat ini tidak mengecewakan. Kombinasi coklat dan keju yang sangat sedap. Lebih-lebih lagi tart yang berperisa durian. Ini paling terangkat rasa dia. Bagi yang minat durian, sila rasa! Hahahaha.
Rasa rugi pula beli satu set sahaja waktu itu. Makanan yang sedap memang selalu tidak pernah cukup. Lebih-lebih lagi kalau kongsi dengan satu keluarga. Paling-paling 3 biji seorang. Jadi, Fiqqq akan beli lebih sedikit untuk makan puas-puas. Hahaha.
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top