Santai

Analisis Kulit Secara Percuma bersama COSMODERM

Analisis Kulit Secara Percuma bersama COSMODERM di (MIHAS)

Kulit bermasalah macam Fiqqq sesuai untuk buat analisis kulit. Mana tahu boleh hilangkan segala jerawat yang berkampung dan kesan jerawat yang ada. Kebetulan Cosmoderm akan beri analisis kulit secara PERCUMA di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS). Ya … Percuma seperti yang di maklumkan.

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)

Malaysia International Halal Showcase atau dikenali sebagai MIHAS merupakan sebuah ekspo perdagangan halal terbesar di dunia yang akan diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. MIHAS edisi ke-15 ini dijangka akan menarik perhatian global kerana lebih daripada 800 peserta pameran dari 40 negara yang menyertai ekspo ini. Pameran 4 hari yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 April 2018 ini menampilkan pelbagai jenis produk halal tempatan dan antarabangsa dari 7 sektor iaitu farmaseutikal, makanan & minuman, kewangan, pelancongan, e-dagang, logistik dan kosmetik.

Analisis kulit secara PERCUMA

Tahun ini merupakan tahun kedua penyertaan Cosmoderm di dalam pameran MIHAS. Pameran ini akan dibuka kepada orang awam pada hari terakhir penganjuran, iaitu pada hari Sabtu, 7 April 2018. Bersempena dengan pameran ini, orang ramai berpeluang untuk melakukan analisis kulit di booth Cosmoderm secara percuma. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan produk-produk Cosmoderm dengan harga promosi yang sangat berbaloi.

Ingat tarikh yang telah dinyatakan. Takut-takut tersalah tarikh, melepas untuk buat analisis kulit secara percuma. Walau bagaimanapun, masih boleh menikmati diskaun yang Cosmoderm sediakan.

Lokasi

Berminat untuk ke pameran MIHAS? MITEC mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama dan ianya terletak kira-kira 9km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 65km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pengunjung juga boleh memilih untuk menggunakan shuttle bus yang disediakan oleh pihak MIHAS di empat pick-up point yang berbeza (sila rujuk di Instagram MIHAS) atau anda boleh memilih untuk melanggan GrabCar menggunakan kod promosi GRABMIHAS18.

Jangan lupa untuk singgah ke booth Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd. yang berada di dewan 11, booth 3700 dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam pada 7hb April ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sampel percuma dan analisis kulit secara percuma bersama Cosmoderm di (MIHAS).

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Analisis Kulit Secara Percuma bersama COSMODERM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top