ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat Coklat dan Mangga
Food

ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat

ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat ini merupakan makanan tambahan untuk lelaki dan perempuan. Terbahagi kepada dua jenis iaitu The King Formula dan The Queen Formula. Tapi ada satu extra iaitu Prince Formula. Rasanya mungkin sebab saiz kecil dan isi kandungan tablet kurang.

Perisa Tablet

ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat Sedap

Perisa coklat menjadikan salah satu faktor Fiqqq ambil makanan tambahan ini. Rasa coklat ibarat makan gula-gula coklat dan tidak rasa pahit yang menyebabkan tidak lalu untuk telan. Walaupun ada banyak bahan-bahan lain dalam satu tablet tersebut.

Bahan-bahan ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat

Dalam tablet tersebut mengandungi Mannitol, susu skim, serbuk malt, serbuk koko, ekstrak epimedium, ekstrak tongkat ali, campuran vitamin, campuran mineral, ekstrak guarana, ekstrak goshurak, ekstrak ginko biloba, ekstrak maca, ekstrak garcinia cambogia, ekstrak stevia dan juga yang terakhir acesulfame-k.

Jenuh taip satu per satu. Tapi perlu maklumkan. Supaya pengguna tahu nutrisi tambahan yang diambil dalam kehidupan seharian. Namun, bahan-bahan yang digunakan dalam Formula The King TIDAK SAMA dengan The Queen ya! Mungkin satu dua tiga sama namun ada perbezaan. Jangan tersalah makan. Takut tertimbul benda lain pula. Parah! Hahaha.

Kelebihan

Setiap bahan-bahan yang digunakan dalam ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat ada kelebihan tersendiri. Mungkin selepas baca, boleh agak mana yang diperlukan untuk kekal aktf dan bertenaga sepanjang hari.

EPIMEDIUM membantu pertumbuhan tulang, meningkatkan tenaga dan mengurangkan dementia. GUARANA bagus untuk kulit, meningkatkan kesihatan mental dan membantu menurunkan berat badan. Turun berat badan paling penting sebenarnya. Supaya berat Fiqqq sentiasa ideal. Hahaha.

GINKO BILOBA pula dapat membantu masalah mata dan pendengaran, melawan keradangan dan juga melindungi hati. Jadi, sesuailah untuk Fiqqq. Mana tahu boleh kurangkan sedikit silau dan sebagainya.

TRIBULUS dapat meningkatkan tahap insulin. GARCINIA CAMBOGIA membantu meningkatkan munisasi, menurunkan selera makan, boleh memperbaiki mood. Kiranya eloklah kurang sedikit selera makan. Kalau tidak, pantang dipelawa. Makan saja.

TONGKAT ALI dapat meningkatkan testosteron, meningkatkan tenaga, menurunkan tahap gula dalam darah dan bermacam-macam lagi.

Cara pengambilan

Kunyah dua biji sehari sebaik-baiknya pada waktu pagi. Walaupun Fiqqq ada gastrik tapi ambil juga sebelum sarapan. Tapi bagi yang memudaratkan, sila ambil selepas makan ya. Ikut perut masing-masing.

Paling penting ialah minum air secukupnya. Kebiasaannya, badan akan memerlukan air yang banyak setelah ambil makanan tambahan seperti ini. Tindak balas juga akan berbeza mengikut faktor umur dan metabolisme dalam badan.

Fiqqq terambil juga sebab hari-hari nampak posting sistur Nur lalu lalang di Facebook. Jadi, teruslah ringan tangan bertanya. Mana tidaknya, ada yang mula turun berat badan ke berat yang lebih ideal. Fiqqq pun mahu. Lebih mudah whatsapp sahaja di talian +6010-2200414. Boleh add Facebook Nur ni.

Jika badan sihat bertenaga, jom lah kita pergi layan trans mana-mana. Sebelum ini Fiqqq pergi ke Trans Naning.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “ALIPAPA Tablet Kunyah Coklat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top