Travel/Hiking

Bukit Senaling Negeri Sembilan

Bukit Senaling Negeri Sembilan terletak di daerah Kuala Pilah. Ketinggian hanya 394M / 1293FT dan akan mengambil masa mendaki secara santai dalam 1 jam perjalanan. Senang cerita tidak perlu terburu-buru kerana tidak jauh pun puncak yang dikejar. Apabila sampai di atas, ada kelihatan sedikit seperti di Bukit Berekeh. Cuma di Berekeh lebih banyak turun naiknya. Sini hanya mendatar sahaja.

Laluan ke puncak Bukit Senaling Negeri Sembilan

Permulaan mendaki lebih kepada jalan mendatar di kawasan ladang pokok getah dan diikuti dengan ladang kelapa sawit. Ada juga naik turun cuma biasa sahaja. Ambil masa dalam 10 minit berjalan dalam kawasan ladang ini. Selepas berjalan melepasi ladang kelapa sawit, laluan mendaki bermula.

Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki adalah mudah. Jadi tidak perlu risau berkenaan pacak atau yang lain-lain. Hanya menaiki bukit biasa sahaja. Laluan terbuka luas. Agak banyak persimpangan untuk ke puncak. Tapi jangan khuatir kerana mereka sudah meletakkan tanda menuju ke puncak di setiap persimpangan.

Sekiranya sudah sampai di tangga ini bermakna ada lagi separuh jalan untuk ke puncak. Cuma lebih banyak mendaki berbanding jalan yang sebelumnya. Mereka ada meletakkan papan tanda awas kerana cerun di bahagian tepi. Apa pun, sila berhati-hati semasa melalui kawasan cerun.

Permit

Permit untuk seorang berharga RM15.00. Kira harga untuk guide sekali. Bagi Fiqqq harga ini agak mahal juga lah. Hahaha. Kami ketika itu berenam dan naik agak lambat sedikit. Jadi, senang cerita naik sendiri dengan ikut tanda arah yang disediakan. Turunpun sendiri juga. Tapi tidak mengapalah. Janji sudah sampai puncak. Hahaha.

Sekiranya datang secara kumpulan, lebih senang buat satu senarai nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan awal. Semasa ingin membuat pembayaran permit, boleh serah sahaja senarai nama dan tidak perlu tulis satu per satu dalam buku log mereka. Jimat masa.

Tempat letak kenderaan

Tidak jauh dari tempat permulaan untuk mendaki. Letak kenderaan di bahu jalan kawasan rumah perkampungan di situ. Kalau boleh jangan sampai block jalan kerana jalan kampung agak sempit. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk meletak kenderaan.

Lokasi

Fiqqq berjumpa dengan tuan guide di Petronas Senaling terlebih dahulu. Kemudian, bergerak ke lokasi permulaan untuk mendaki bukit di sini. Bagi mereka yang ingin menunaikan solat subuh, boleh solat di surau dalam kawasan kampung tersebut. Satu jalan untuk ke lokasi permulaan mendaki. Jarak surau dengan lokasi permulaan dalam 2 minit sahaja.

Video Bukit Senaling Negeri Sembilan

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

3 thoughts on “Bukit Senaling Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top