Bukit Kodiang Kedah
Travel/Hiking

Bukit Kodiang Kedah

Bukit Kodiang Kedah ini juga dikenali sebagai Bukit Mok Cun. Beberapa kali Fiqqq rancang untuk ke sini namun tidak berkesempatan. Jarak merupakan salah satu faktor tidak dapat datang kerana sangat jauh dari Selangor. Kebetulan ada urusan di Penang dan ambil masa dalam 1 jam 35 minit untuk ke sana maka Fiqqq dengan langkah panjang teruskan perjalanan ke sana awal paginya. Sila gunakan aplikasi Waze atau Google Map dan taip Bukit Kodiang. Bukan sebab apa, ada nama lain untuk bukit ini iaitu Bukit Mok Cun.

Rasanya perjalanan untuk ke puncak lebih kurang mendaki Bukit Batu Chondong di Ampang, Selangor. Jalan-jalan tahu-tahu sudah sampai. Hahaha.

Laluan ke puncak Bukit Kodiang Kedah

Kawasan lapang ini merupakan lokasi permulaan. Boleh buat aktiviti regangan dan sebagainya. Walaupun bukit ini kelihatan tidak tinggi namun Fiqqq tidak pernah terus mendaki tanpa buat aktiviti panas badan. Bukan apa, kadang tersalah step boleh terseliuh dan sebagainya. Untuk elakkan perkara begitu berlaku, baik kita cegah terlebih dahulu. Tak gitu?

Oleh kerana bukit ini ibarat seketul batu besar yang terletak di kawasan sawah, permulaan untuk mendaki terus mendaki tinggi. Boleh gunakan tali untuk mendaki. Kalau terlebih yakin, jalan seperti biasa pun boleh. Pijak pada akar-akar kayu mahupun batu yang kukuh.

Perjalanan mendaki ambil masa dalam 15 minit sahaja. Selepas laluan ini akan jumpa ala-ala kawasan gua. Mungkin boleh rehat sebentar sebelum memulakan laluan yang bertangga pula. Cuma yang ini agak bahaya sedikit.

Laluan bertangga

Risau juga apabila guna tangga begini. Fiqqq pula jenis gayat. Baru lihat pada keadaan tangga sudah berpeluh tapak tangan. Hahaha. Perlu bawa bertenang untuk hilangkan rasa gemuruh.

Ada tangga yang nampak selamat untuk kita gunakan. Ada yang tegak hampir 90 darjah. Waktu naik rasa biasa tapi apabila tertengok bahagian bawah terus melekat dengan tangga. Gayat. Terus pandang atas dan naik perlahan-lahan.

Kawasan sini perlu berhati-hati. Waktu naik Fiqqq sudah terfikir apa akan jadi masa turun nanti. Andai kata naik sudah rasa gayat yang amat. Inikan pula ketika turun nanti. Ada beberapa bahagian perlu tahu menggunakan tali dan jaga langkah untuk memanjat. Ibarat rock climbing. Hahaha. Tapi okey sahaja. Fiqqq yang gayat boleh sampai puncak, inikan pula yang tidak ada gayat. Mungkin lebih senang untuk sampai puncak.

Dinasihatkan pakai sarung tangan sebab banyak batu yang tajam. Kasut juga guna yang sesuai.

Permit dan tempat letak kereta

Tiada caj untuk permit menaiki bukit ini. Buat masa ini lah. Fiqqq tidak pasti pada masa akan datang macam mana. Cuma perlu membayar RM2.00 untuk letak kendaraan di tempat yang disediakan. Boleh dikatakan dalam 30 buah kenderaan juga boleh muat dalam satu masa yang sama. Kalau penuh, pandai-pandailah nanti orang sana aturkan. Kita tidak boleh parking di bahu jalan kerana muat untuk satu kereta sahaja lalu. Tambahan, tandas ada disediakan cuma perlu membayar RM0.50 untuk menggunakannya. Tandas tersebut berkunci, selepas bayar baru boleh dapat kunci tandas tersebut.

Video

Fiqqq kongsikan beberapa video pemandangan yang sempat ambil semasa di puncak.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

4 thoughts on “Bukit Kodiang Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top