RAWATAN JERAWAT DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR ada banyak sebenarnya. Tapi Fiqqq sarankan untuk ke Klinik Dr Bazillah. Servis dan kepakaran mereka mengendalikan pesakit dengan cekap dan berkesan. Apabila bercerita berkenaan jerawat ini agak unik sebab punca setiap orang berbeza-beza jerawat itu muncul. Fiqqq pula suatu ketika dahulu, muka penuh dengan jerawat berpunca daripada resdung yang agak teruk.
APA ITU JERAWAT?
Kebanyakkan ramai yang pernah mengalami dan berpengalaman muka berjerawat. Fiqqq sendiri kurang berkeyakinan untuk menonjol apabila jerawat penuh satu muka. Lebih-lebih lagi yang timbul dan kemerah-merahan. Asalnya terfikir juga sama ada salah makan atau memang genetik keturunan. Boleh ke jadi macam itu?
Jerawat juga dikenali sebagai acne vulgaris iaitu keadaan kulit yang berlaku apabila folikel rambut anda menjadi tersumbat dengan kulit mati dan minyak mengakibatkan keradangan. Doktor Jerawat Bertauliah, KL
Kelenjar yang menghasilkan minyak di bawah kulit dipanggil kelenjar sebaceous dan lubang di kulit dipanggil liang (pore). Folikel rambut adalah komponen yang menghubungkan liang kepada kelenjar sebum.
PUNCA JERAWAT TERBENTUK
Ada banyak punca jerawat ini tumbuh di muka. Fiqqq sendiri terkejut antara punca utama jerawat penuh di bahagian muka dan tidak berkurang disebabkan makan makanan kegemaran iaitu coklat dan ‘process food’. Setiap orang lain-lain ya. Jom, kita lihat antara jerawat tumbuh.
1. Alahan kepada makanan
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat. Semua yang ada dalam senarai ini kegemaran Fiqqq yang agak susah untuk tinggalkan. Lagi-lagi coklat.
Minum air yang tidak mencukupi mengurangkan pengaliran darah badan. Oleh yang demikian, toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
2. Tidur
Sistem pembaikan sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kekurangan tidur. Kita harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sistem imunisasi yang optimum. Jam pukul 12mlm-3pagi merupakan masa penting untuk badan kita memperbaiki sel sel badan.
Sebelum tidur akan main game terlebih dahulu sehingga terlajak waktu tidur. Kalau ikutkan, sebaiknya tidur lebih awal supaya dapat bangun lebih awal dan mandi.
3. Pemilihan produk yang salah
Produk kulit yang tidak sesuai seperti terlalu berminyak, barangan kosmetik yang boleh menyumbat liang roma merupakan faktor utama menyebabkan jerawat. Tabiat sering bertukar produk kulit juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
4. Bakteria
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang lebih banyak bakteria menjangkit kulit sebenarnya. Tapi, Fiqqq juga tidak boleh elak gatal tangan untuk memicit. Memicit jerawat yang berjangkit boleh menyebarkan jangkitan di sekelilingnya. Itu yang jadi sekampung jerawat di muka dan akan menjejaskan pemulihan jerawat serta menyebabkan parut hitam selepas jerawat.
5. Hormon tidak seimbang
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat. Ia terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak. Hai ini sering berlaku dalam keadaan tekanan hidup, kurang tidur atau hormon dalaman yang tidak seimbang.
6. Penjagaan muka yang tidak berterusan
Fiqqq perlu disiplin dalam hal ini. Berterusan menjaga atau mencuci menggunakan produk yang bersesuaian. Agak renyah sebenatnya untuk lelaki untuk memakai toner, sun-block dan sebagainya. Rasa cukup sekadar cuci sahaja.
7. Terdedah dengan persekitaran yang kotor
Antara perkara yang Fiqqq tidak boleh elak ialah terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan mencetuskan “free radical” dalam kulit, menjadi kulit lambat pulih dan menjadi kusam. Disebabkan Fiqqq banyak terlibat dengan kerja di kawasan pembinaan dan lain-lain.
JENIS-JENIS JERAWAT
Rupanya ada banyak jenis jerawat yang perlu tahu supaya tidak tersalah menggunakan produk untuk menghalang pembentukan jerawat. Bukan itu sahaja, ada jenis jerawat yang tidak meninggalkan kesan atau parut. Namun, ada yang memberi kesan jangka masa yang lama.
1. Blackead (Bintik Hitam)
Kumpulan minyak dan sel kulit mati yang terbuka dan teroksidasi dengan udara yang menyebabkan ia berwarna hitam. Hitam yang kelihatan itu bukanlah kotoran tetapi pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
Merupakan jenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan.
2. Whitehead (Bintik Putih)
Merupakan keadaan di mana kumpulan minyak dan sel kulit mati bercampur dan menyumbat liang pori. Situasi ini seterusnya akan memerangkap sebum (minyak), dan bakteria. Anda akan melihat bintik putih di atas permukaan kulit anda.
Juga merupakan jenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan.
3. Papule
Ia merupakan jerawat blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat dan dijangkiti bakteria. Ia membentuk benjolan merah atau merah muda pada kulit.
Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Memicitnya akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut.
4. Pustule
Jerawat ini berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati dan akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang.
Elakkan daripada memicit atau meremas jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin kronik.
5. Nodule
Jenis jerawat ini dikenali sebagai jerawat batu. Keadaan jerawat ini adalah besar dan terdapat benjolan meradang. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah. Doktor Jerawat Bertauliah,Shah Alam
Selalunya jerawat ini adalah serius sekiranya tidak dirawat. Keadaan ini sudah pastinya menyebabkan keyakinan diri individu semakin berkurangan.
Cara merawat kulit muka berjerawat
Ada banyak cara untuk menjaga muka dan hindarkan kulit muka daripada berjerawat yang berterusan. Cuma Fiqqq sarankan untuk dapatkan nasihat daripada doktor kulit. Rawatan Jerawat di Shah Alam. Sekurang-kurangnya, rutin penjagaan yang kita lakukan untuk menghilangkan jerawat dan kesan parut tidak sia-sia.
Fiqqq sendiri dapatkan daripada khidmat pakar agar tidak rugi dalam membeli produk serta tahu lebih terperinci punca dan cara merawat. Berpendapat adalah lebih baik laburkan sedikit wang untuk tahu daripada membazir wang dengan produk dan perkara yang salah.
Paling penting, amalkan gaya hidup sihat seperti hiking dan melakukan aktiviti mengeluarkan peluh.
Untuk pertanyaan, boleh dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan dengan hubungi Klinik Dr Bazilah
Whatsapp Kami Sekarang: wa.me/60196571563
Temujanji: ttp:temujanjidrbazilah.wasap.my
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
TikTok: @klinikdrbazilah
Cawangan Klinik Dr. Bazilah
Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931
Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76613950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara
Leave a Reply