Fiqqq kagum dengan lakonan si cilik Puteri Balqis Azizi. Tidak sah kalau air mata tidak keluar. Puteri Balqis sangat pandai menjiwai watak yang dibawa. Fiqqq pasti penonton yang lihat video ini pasti akan mengalirkan air mata. Tahniah Puteri Balqis.
Filem pendek ini merupakan sebuah terbitan daripada Syarikat Penerbitan PTS Media Group dengan kerjasama pihak LOULPOP Picture. Cerita asal oleh penulis terkenal PTS iaitu Bahruddin Bekri dan di arah oleh Khairul Hazwan sepanjang sesi penggambaran di Sekolah Agama Hajjah Fatimah, Bukit Badak, Klang.
Beberapa coretan Bahruddin Bekri:
“Sebagaimana pentingnya ibu bapa kepada kita, begitu juga kita di mata mereka. Bahagiakanlah mereka selagi masih ada waktu.
Pulanglah . “
Fiqqq sediakan link https://youtu.be/7ycbqjOjeT8 atau boleh lihat di sini. Fiqqq ucapkan selamat menonton, selamat berpuasa dan selamat hari raya.
Jangan lupa ibu bapa yang telah banyak bekorban untuk kita. Mungkin kita rasa sudah banyak kita beri namun tidak cukup untuk membalas jasa mereka.
– Syafiqa 1 –
– Dalam kelas –
– Kredit kepada krew –
Leave a Reply