Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Bekam sebagai rawatan alternatif

Bekam sebagai rawatan alternatif

February 28, 2016 by Afiq Halid 3 Comments

Bekam sebagai rawatan alternatif yang pernah Fiqqq buat adalah bertujuan untuk menghilangkan jerawat di muka yang berpunca daripada resdung. Kalau diikutkan resdung ini bergantung kepada individu. Ada yang sekadar gatal hidung atau sering bersin. Namun, Fiqqq mengalami jerawat yang agak teruk. Rawatan ini sekadar mencuba awalnya atas nasihat daripada orang tua-tua. Mana tahu berkesan atau dapat kurangkan.

Pelbagai pencuci muka yang pernah Fiqqq guna untuk hilangkan jerawat. Namun, macam sama sahaja. Tiada pengurangan. Malah ada yang tidak sesuai dengan kulit muka menjadikan muka lebih teruk berbanding sebelumnya. Selain daripada menggunakan produk pencuci muka, apabila ada rezeki, Fiqqq cuba pergi ke klinik pakar kulit. Cuma kos rawatan agak mahal. Namun, tidak salah mencuba sebab kita akan tahu mana satu rawatan yang ‘rasi’ dengan kita untuk mengurangkan atau menghilangkan penyakit tersebut.

Jenis Rawatan Bekam

Awal dahulu cuba rawatan bekam dengan menggunakan lintah. Geli dengar. Tapi fikir ingin sihat maka cuba juga. Tidak silap, lintah yang digunakan adalah lintah gunung/bukit. Ada jalur kuning di badan. Fiqqq simpan lintah tersebut dalam bekas dan ambil dua ekor untuk sekali rawatan. Ambil lintah tersebut dan letakkan di permukaan muka. Seronoknya apabila lintah tersebut akan pergi di bahagian permukaan muka yang paling banyak jerawat. Hahaha.

Tunggu dalam 30 minit atau lebih lintah tersebut tergantung di muka sehingga gemuk dan dia akan jatuh sendiri apabila sudah kenyang hidap darah kotor. Waktu ambil kurus macam lidi, selepas hisap darah besar macam ibu jari kaki. Lintah tersebut Fiqqq beli dengan harga RM5 seekor. Sebulan sekali buat rawatan ini. Pernah cuba selang dua minggu untuk buat tapi lintah tersebut tidak mahu lekat di permukaan muka. Cuba banyak kali pun masih tidak mahu.

Bekam sebagai rawatan alternatif

Fiqqq belanja muka waktu tahun 2008. Boleh bayang bahagian mana lintah itu akan hidap darah. Mungkin tunggu betul-betul banyak darah kotor baru disedut habis agaknya. Selepas buat, esok harinya akan kelihatan gelap pada jerawat yang merah-merah. Ibarat sudah tidak ada darah. Kalau geli yang ini, ada cara yang lebih mudah.

Bekam dengan cara menoreh sedikit permukaan muka dengan pisau kecil atau cucuk menggunakan pen jarum. Kemudian, mereka akan letakkan bekas atau mereka panggil cup untuk mengeluarkan darah-darah kotor. Rawatan yang ini agak pedih sedikit semasa ditoreh. Kalau tidak berani lihat, pejam mata. Sebab kita akan nampak orang yang merawat memegang pen jarum atau pisau kecil. Kaedah ini Fiqqq pernah buat dua kali sahaja kerana bekas torehan pisau di muka lambat hilang. Jadi ada kesan parut di muka.

Lagi satu bekam di bahagian badan untuk tujuan melancarkan peredaran darah dalam badan. Dikatakan apabila darah berjalan lancar dalam tubuh badan, bukan sekadar menyihatkan badan malah jerawat juga boleh berkurang. Ada bahagian-bahagian yang mereka akan fokuskan. Fiqqq suka untuk maklumkan tujuan ingin berbekam. Memudahkan kerja mereka untuk beri rawatan apa yang sesuai. Selepas buat bekam kadang rasa ringan badan. Cuma tidak boleh buat selalu. Apa pun ikut badan masing-masing.

Rawatan Resdung

Selain bekam, ini sekadar tambahan makluman sahaja ya. Fiqqq pernah cuba corong asap ini agak mahal juga sebenarnya. Kebiasaan akan ada di mana-mana saloon atau kedai rawatan kecantikan. Agak mahal sebab selepas membuat rawatan resdung, mereka akan buat facial treatment dan sebagainya bergantung kepada khidmat yang mereka sediakan. Fiqqq selalu buat sekali semua. Jika ingin buat sendiri juga boleh kerana corong asap tersebut boleh didapati di kedai-kedai jamu berhampiran.

Fiqqq tiada simpan gambar-gambar contoh ketika buat rawatan tersebut kerana buat entry ini untuk kenangan muka masuk dalam akhbar. Hahaha. Lagipun zaman 2008 guna telefon Sony Cybershot. Ambil gambar entah apa rupanya pun tidak tahu. Sekarang macam-macam sudah kamera keluara sony.

Jaga pengambilan makanan

Selain daripada bekam sebagai rawatan alternatif, ini paling susah jaga. Fiqqq banyak juga pantangnya. Pantang nampak, pantang jumpa dan pantang ada depan mata. Semua makanan ingin rasa walaupun tahu makanan tersebut tidak sesuai untuk Fiqqq. Lain orang lain pantangnya. Fiqqq perlu elakkan makan belacan, makanan yang sudah lama atau makanan yang extra manis seperti coklat dan lain-lain. Air berkarbonat paling cepat nampak kesannya. Ada makanan yang boleh dielak dan ada yang kurangkan sahaja kuantiti pengambilan. Mana boleh kalau tidak makan coklat. My all time favourite. Hahaha

Jadi, Fiqqq amalkan banyak makan ulam-ulam seperti ulam raja, daun pegaga, peria katak, pucuk ubi, pucuk betik, dan lain-lain. Ada kalanya buat jus dan minum setiap pagi. Jangan tambah gula sebab akan hilangkan khasiat yang ada pada bahan-bahan yang dikisar.

Banyakkan minum air mineral. Elakkan minuman yang manis dan berkarbonat. Air 100 plus boleh tolak tepi mungkin sebab Fiqqq akan minum ketika mendaki bukit atau bersukan.

Secara tidak langsung, Fiqqq perlu aktif dalam melakukan aktiviti sukan sama ada berlari atau mendaki untuk mengeluarkan peluh dan toksin dalam badan. Sambil-sambil boleh lihat pemandangan dari puncak bukit seperti Bukit Batu Sawa. Cantik juga. Membuatkan ingin pergi bukit atau gunung lain pula. Hahaha.

Filed Under: Santai Tagged With: Bekam, Bekam lintah

Comments

  1. Umminani says

    December 24, 2020 at 7:06 pm

    Terbaik..alhamdulillah dah banyak baik.

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 24, 2020 at 7:18 pm

      Alhamdulillah . Syukur sgt . Cuma skrg kena jaga pemakanan . Takut dtg balik , entah bila nak baik . hehe

      Reply

Trackbacks

  1. Makanan Sihat untuk Kulit dan Awet Muda - Afiq Halid says:
    August 20, 2021 at 10:26 am

    […] Tidak perlu bertukar kaedah. Boleh cuba lihat entry Fiqqq yang terdahulu berkenaan antara ‘rawatan alternatif‘ yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim