Makanan Sihat untuk Kulit dan Awet Muda antara makanan yang popular dicari untuk mengekalkan kesihatan kulit dan kelihatan muda sentiasa. Fiqqq sendiri banyak amalkan pengambilan makanan yang sihat untuk menjaga kulit. Bukan untuk nampak kacak semata tetapi untuk kurangkan masalah jerawat dan kulit kusam. Perjalanan Fiqqq untuk mendapatkan kulit yang sihat melalui fasa berbeza dan mencabar.
Pelbagai cara yang Fiqqq pernah cuba lakukan dan ternyata ada yang berkesan dan ada yang kurang berkesan. Mana yang berkesan Fiqqq kekalkan dan mana yang membuatkan kulit bertambah teruk boleh hentikan. Beruntung bagi mereka yang berjaya jumpa cara rawatan yang tepat lebih awal. Tidak perlu bertukar kaedah. Boleh cuba lihat entry Fiqqq yang terdahulu berkenaan antara ‘rawatan alternatif‘ yang dilakukan.
Crystal Skin Suplement Makanan Sihat untuk Kulit dan Awet Muda
Walaupun secara am Fiqqq makan banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai vitamin, makanan tambahan juga perlu bagi menambah keberkesanan dalam menjaga kulit. Kalau setakat jus tomato, jus beetroot, jus daun pegaga dan sebagainya boleh dikatakan setiap minggu Fiqqq minum. Tapi untuk dapatkan collagen dan juga ekstrak biji anggur macam beli buah oren di pasaraya agak sukar. Jadi, elok adanya makanan tambahan seperti Crystal Skin.
Kandungan utama dalam suplemen ialah tomato kristal, kolagen, ekstrak biji anggur, habbatus sauda, vitamin C dan juga jus blackcurrant. Setiap bahan yang digunakan mempunyai khasiat yang berbeza:
# TOMATO KRISTAL – anti-oksidan terkuat, kurangkan jeragat dan melindungi kulit daripada kerosakan sinar matahari
# HABBATUS SAUDA – anti-radang, kurangkan jerawat dan membunuh kuman
# KOLAGEN – menambah keanjalan dan cegah kedutan pada kulit
# EKSTRAK BIJI ANGGUR – anti-oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan/merawat kesan luka jerawat pada kulit
# VITAMIN C – melindungi sel dan menjaga kulit agar sentiasa sihat
# JUS BLACKCURRANT – anti-oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan
Senang cerita, lebih mudah dengan ambil satu sachet Crystal Skin yang dicampurkan dengan 150ml sebelum sarapan dan peroleh semua khasiat yang ada. Campurkan dengan air sejuk untuk rasa yang lebih sedap. Memandangkan makanan tambahan seperti ini perlu mengikut sukatan yang telah ditetapkan maka ambil seperti yang disarankan. Jangan ambil berlebihan. Paling penting apabila ambil suplemen ini perlu perbanyakkan minum air mineral.
Seronok rasanya apabila bergambar tanpa kelihatan jerawat yang jelas di muka. Almaklum sebab muka Fiqqq pun sedang beransur pulih. Dulu penuh satu muka. Sekarang tidak lagi. Dengan ada Crystal Skin ini akan bertambah-tambahlah licin nanti insyaAllah. Hehehe. Ramai yang telah mencuba dan ikhtiar dengan produk ini dan alhamdulillah menunjukkan kesan yang baik. Untuk makluman lanjut, boleh layari Rishbeauty atau Facebook mereka di Rish Beauty HQ.
Sekarang semua membeli di Shopee atau Lazada kan? Jadi, ini link terus untuk add to cart and buy.
- Lazada : https://s.lazada.com.my/s.dKesX
- Shopee : https://shopee.com.my/product/399622599/11521935690?smtt=0.33754352-1628817228.9
Testimoni daripada pengguna
Ini antara testimoni daripada pengguna yang sebelum ini. Fiqqq harap kulit akan bertambah sihat seperti mereka yang lain.
Leave a Reply