Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / 6 Kafe Wajib Singgah di Bangsar Bersama Ketchup Blogger Speed Run

6 Kafe Wajib Singgah di Bangsar Bersama Ketchup Blogger Speed Run

March 28, 2016 by Afiq Halid 25 Comments

6 Kafe Wajib Singgah di Bangsar : Bersama Ketchup Blogger Speed Run

Fiqqq bersama rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (eh! family baru Fiqqq :D) dan geng baru dalam program KetchUp Blogger Speed Run sempat berlari dan berkejaran di sekitar Bangsar untuk memenuhi permintaan Mr Tekak dan Mr Perut.

Apa yang KetchUp ni?
Merupakan sebuah kumpulan yang mengumpulkan – mengolah – menyampaikan maklumat berkenaan kafe/restoran yang menarik di kawasan sekitar. Maka, penggemar kafe/restoran yang mencari tempat untuk lepak/makan/bersantai dan sebagainya, boleh la layari ketchup.com.my.
36 Kafe . 36 Blogger . 6 Hari . 6 Kawasan . 1 Cerita .
Fiqqq dimaklumkan bahawa sebagai permulaan perjalanan Ketchup ni, Kelab Blogger Ben Ashaari merupakan Rakan Sosial Rasmi dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti Blogger Speed Run yang dijalankan. Fiqqq sertai pasukan penutup tirai untuk 6 hari (setiap hujung minggu). Jom kita jalan sama-sama:
1 – PULP by Papa Palheta
 
Pulp merupakan kafe yang menyediakan pelbagai jenis kopi dan mempunyai keunikan tersendiri. Apa yang unik? Haaaa, ni Fiqqq nak cakap. Kopi yang dihasilkan menggunakan antara kopi terbaik dan cara penyediaan yang sangat teliti. Mana tidaknya, pelbagai jenis mesin kopi yang anda boleh lihat sendiri di sini. Sudah pasti dengan menggunakan mesin yang baik dapat menghasilkan rasa kopi yang terbaik. Selain itu, Fiqqq suka konsep kafe dan dekorasi yang ringkas dan cantik. Ada ‘class’ weyyy kedai ni. Huhuhu
Jom datang sini dan cuba sendiri.

 

 

 

 

 
 
2 – Roost
 
Kalau inginkan tempat makan dan minum yang selesa, menarik dan santai, Fiqqq cadangkan Roost. Di sini juga dapat lihat secara langsung penyediaan makanan kerana dapur mereka terbuka. Kenapa terbuka? Seperti yang dimaklumkan, Roost menyediakan makanan yang terbaik dan segar. Jadi untuk membuktikan kesegaran dan keenakan yang dijanjikan apabila masuk ke dalam mulut, mereka tayangkan semua cara penyediaan makanan.
Contoh lah nantikan. Jika kita ingin buat majlis dan tidak sempat untuk membuat persediaan atau sebagainya, anda boleh beri kepercayaan kepada Roost kesemuanya dan anda cuma tinggal datang dan ‘Have Funnnn !!!”

 

 

 

 

 

 

[Fiqqq *****]

 

 

 

 
 
3 – Hanbing
 
Annyeong!!!
Hahahaha. Fiqqq tidak perlu ke Korea untuk menikmati makanan sana. Cukup sekadar pergi ke Hanbing Korean Dessert Cafe. Pelbagai jenis makanan korea yang Hanbing hidangkan dan pasti tidak mengecewakan. Lebih-lebih lagi apabila mereka masak beberapa makanan Korea di hadapan anda dan boleh terus dihidang dan makan.
Memang menguji kesabaran apabila kita lihat mereka masak di hadapan kita. Mana tidaknya, bau dia memang perghhhh!!!! Huhuhu.
Ingat makanan Korea, ingat Hanbing!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[Fiqqq *****]
 
 
4 – Ashley’s
 
Andai anda jenis yang menjaga pengambilan makanan seharian, Ashley’s adalah tempat yang perlu anda kunjungi. Kenapa? Kerana mereka menyediakan makanan organik dan tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan dan sebagainya. Tidak perlu risau atau khuatir kerana mereka memilih bahan dan makanan yang terbaik untuk hidangan anda.
Jom kita sihat bersama Ashley’s by Living Food!

 

 

 

 

 

 
5 – Tedboy Bakery
 
Tedboy Bakery akan membuka selera anda sejurus melangkah masuk ke dalam kedai. Mana tidaknya, pelbagai bentuk/jenis/rasa roti dan pastri yang tersangatlah sedap yang ada di Tedboy Bakery. Yup! Sangat sedapppp! dan kepada anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, boleh bagi mereka main di ruang kanak-kanak. Huhuhu.
Fiqqq hilang kata-kata untuk menu di sini sebab sedappppp!!!! Hahaha 😀

 

 

 

 

 

 

[Fiqqq *****]

 

 

 

 

 

 
 
6 – Ojo Coffee
‘Less is better’.
Fiqqq suka konsep kafe Ojo yang sangat ringkas dan luas serta selesa. Susun atur meja agak berbeza daripada kafe yang lain dan membuatkan Fiqqq rasa ‘WOW’ setiba melangkah masuk di kafe ini. Berkenaan dengan minuman yang disediakan memang berbeza kerana ibarat kita memesan kek ataupun makanan. Mana tidaknya, kopi red velvet. Hahahaha.
Jika inginkan sesuana yang berbeza, rasa kopi yang berbeza, Jom datang sini! JOM!!!!!

 

 

 

 

 

 

 

Okey. Fiqqq rasa lapar semula dek kerana menulis entri berkaitan makanan. Dugaan betul. Dah ada idea mana nak lepak hujung minggu ni area Bangsar? Sebarang maklumat boleh dapatkan di ketchup.com.my.
Mana menu yang Fiqqq tanda [Fiqqq *****], memang Fiqqq akan datang dan pesan lagi menu tu. Sedappppp!!! Ada yang sampai tak boleh move on. Hahahaha. Dan … dan … dan …
Boleh cuba layari :
Laman Web : http://ketchup.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/ketchup_my/
Facebook : https://www.facebook.com/KetchUpCommunity/

Filed Under: Food

Comments

  1. Saidila Abdul Rahman says

    March 28, 2016 at 2:32 pm

    memang unik kesemua cafe yg korang gi….hidangan dan presentation semua cafe tu sangat menarik perhatian…..

    Reply
  2. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 2:41 pm

    Sgt best if nak lepak2 dgn kawan2. And ada menu yg nak repeat lagi. Sbb sedappp! Huhu

    Reply
  3. Normi Nieza says

    March 28, 2016 at 2:52 pm

    Syoknya klu smua tu ada kt kelantan…huhu

    Reply
  4. Bonda Zahra says

    March 28, 2016 at 3:01 pm

    teringin nak p Ojo Coffee, sebab saya peminat coffee;)

    Reply
  5. cls telecomunication says

    March 28, 2016 at 3:01 pm

    menggugat selera sungguh menu makanan diatas tu

    Reply
  6. Bonda Zahra says

    March 28, 2016 at 3:02 pm

    teringin nak p Ojo Coffee, sebab saya peminat coffee;)

    Reply
  7. Aku Penghibur says

    March 28, 2016 at 3:05 pm

    Mengugat betul..adehh terliur sudah

    Reply
  8. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 3:06 pm

    Nanti kalau bercuti di area KL Selangor boleh singgah. Huhu

    Reply
  9. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 3:07 pm

    Ojo Coffee ada flavor lain drpd yg lain. Ada satu ni Fiqqq nak try tapi x jadi. Bublegum coffee if x silap. Huhu

    Reply
  10. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 3:08 pm

    hahaha. Ada masa leh menyinggah.

    Reply
  11. razzwey razz says

    March 28, 2016 at 3:09 pm

    jom gi tedboy bakery!!!

    Reply
  12. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 3:09 pm

    Jommmmm!!!! Omggggg. Weekend kita g…

    Reply
  13. Nooraini Ali. says

    March 28, 2016 at 3:27 pm

    Syok nya boleh serbu nanti ni

    Reply
  14. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 6:42 pm

    Sila2. If minat yg manis2 or dessert, boleh singgah TedBoy Bakery. 🙂

    Reply
  15. anazarin dotcom says

    March 28, 2016 at 9:34 pm

    Terasa lapar gila lak malam nie pas tengok semua makanan…ko kena belanja nie.hehehe

    Reply
  16. Ahmad Afiq says

    March 28, 2016 at 10:15 pm

    Belanja gambar boleh la. Huhu. In Shaa Allah ada rezeki, belanja sepotong kek. Okey? Hahaha

    Reply
  17. Mama Kembar 3 says

    March 29, 2016 at 8:14 am

    Terliur tgk pics makanan tu semua! Banyak juga tempat makan yang best best kat bangsar ye

    Reply
  18. Ahmad Afiq says

    March 29, 2016 at 9:04 am

    Yup. Byk dan dekat. Boleh jalan kaki je dari satu kedai ke satu kedai. Huhu

    Reply
  19. yanie yusuf says

    March 30, 2016 at 8:42 am

    wahh teruja yanie tengok menu cafe yang korang terjah ni.. Nak jugakkk

    Reply
  20. Julia Johari says

    March 30, 2016 at 10:47 am

    Bertuah Fiqq tau… kak juju suka tgk semua gambar hidangan di atas…nanti nak terjah lah cafe berkenaan sgt tempting

    Reply
  21. Ahmad Afiq says

    March 31, 2016 at 11:46 am

    Sila lah free kan diri untuk cuba. huhu

    Reply
  22. Ahmad Afiq says

    March 31, 2016 at 11:47 am

    Baru tgk gambar, if tgk depan2 lagi menguji. huhu. rasa mcm nak rasa semua yg ada kat kedai. 😀

    Reply
  23. Taufulou says

    April 3, 2016 at 12:08 pm

    nice to meet you at the event bro..

    last 2 maciam best!

    Reply
  24. Ahmad Afiq says

    April 3, 2016 at 5:07 pm

    Nice to meet you too. Haha. Memang best bro… 👍🏻

    Reply
  25. firas qoid says

    September 30, 2016 at 11:42 pm

    Hanbing tue halal dah ke?
    Hari tue ada tnye kt page fb. Dyorg kata takde certificate halal just pork free. Tapi masih rasa was-was bahan2 dyorg dari sumber yg halal atau tak. Huhu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim