Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Pretz n’ Beanz Kini di Bangsar

Pretz n’ Beanz Kini di Bangsar

April 21, 2016 by Afiq Halid 30 Comments

Dek kerana mendapat sambutan diluar jangkaan, Pretz n’ Beanz buka cawangan baharu. Lokasi kali ini di Bangsar. Jadi, Fiqqq bersama rakan-rakan daripada Kelab Blogger Ben Ashaari bertandang di sini. Sebenarnya, Fiqqq pun baru nak cuba try test rasa makanan di sini. Jadi macam letak harapan tinggi sikit. Almaklumlah, ramai yang beri komen positif untuk cawangan di Solari Mont Kiara.
Jadi, apa yang istimewanya Pretz n’ Beanz ni? Jom baca sampai habis … Huhu
Pretz n’ Beanz baharu ni terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar Baru. Sebenarnya, senang je kalau nak cari kedai ni. Guna saja Waze atau Google Map. Huhuhu. Baiklah, Fiqqq suka dekorasi kedai ini yang tidak menggunakan banyak perabut. Jadi, kita ada ruang yang selesa untuk makan bersama keluarga atau lepak bersama kawan-kawan. Almaklumlah, Fiqqq yakin semua suka ada own space apabila makan di kedai. Kalau meja terlalu rapat pasti akan rasa tidak selesa. Kan … kan … kan … ?
Sini? Memang best!!!

 

Sejurus melangkah masuk, mata terus tertumpu dengan kek-kek di tepi pintu masuk. Haishhh, Fiqqq memang pantang sikit nampak kek. Lebih-lebih lagi yang ada coklat. Tak boleh tahan nafsu makan. Huhuhu.

 

 

Sebelum Fiqqq cuba beberapa menu istimewa di sini, sedikit perkongsian daripada Abam Aliff berkenaan Pretz n’ Beanz. Sudah tentu dia akan cerita perihal makanan dan keistimewaan Pretz n’ Beanz yang tidak ada di kedai-kedai lain. Jadi, scroll ke bawah untuk lihat makanan yang mengiurkan. Woot woot!!! Huhu.

 

 

Menu pertama Fiqqq cuba ialah Continental Breakfast. Menu ni sangat ringkas tapi mengenyangkan. Untuk menu ni, Fiqqqb suka cendawan dalam bekas comel tu. Buat ratah. Hahaha.

 

[****]
Nama menu ni ialah Champignon Baked Egg. Bunyi pelik kan? Hahaha. Jangan risau. Apapun, menu ni sangattttttt lah sedap. Dia punya keju, telur yang dibakar beserta hirisan cendawan, ayam, tomato dan macam-macam dalam satu rasa yang perghhhhhh!!!! Syurga. Hhmmmm.

 

 

[****]
Pizza Pretzel adalah menu pertama dan hanya ada di Pretz n’ Beanz je. Ketebalan pretzel dan juga keju yang meleleh, ditambah pula dengan hirisan daging, bawang, sos dan bahan-bahan lain yang menaikkan selera untuk habiskan semua. Memang nikmat habis. Terbaik!!!!
[****]
Grilled Fish dengan spaghetti sangat creamy. Dan sudah tentu, Pretzel di sini sangat sedapppp. Wajib cuba. Fuhhhhh! sambung menu air pula.

 

 

Fiqqq pesan air Cookies n Cream with Topping. Tidak terlalu manis dan rasa dia memang sedap je kita minum. Hilang haus. Huhu. Sempat juga rasa Green Tea with Topping dan Caffee Latte. Semuanya sedap. Cubalah nanti!!!

 

 

 

 

[****]
Fiqqq tunggu masa untuk yang ni. Tak lengkap jika lepas makan tak makan pencuci mulut. Fiqqq senaraikan satu per satu. Black Sesame Mille Creap, Blueberry Cheese Cake, Rainbow Chilled Cheese dan Volcano Chocolate Cake. Semua sedap. Fiqqq rasa macam sayang untuk makan laju-laju. Nikmat makan kek di Pretz n’ Beanz memang luar biasa.
Senang cerita, Pretz n’ Beanz memang terbaik. Daripada aspek konsep kedai hingga makanan yang disediakan. Fiqqq ada tanda [****] di beberapa gambar makanan. Itu antara kesukaan Fiqqq dan kalau datang memang wajib pesan yang tu. Makanan di sini halal. In Shaa Allah. Huhuhu.
Dan … dan … dan … untuk maklumat lanjut berkenaan Pretz n’ Beanz, boleh layari
 
Facebook : www.facebook.com/pretznbeanz
Instagram : pretznbeanz
Email : pretznbeanz@pretznbeanz.com
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon : 03-22019026

 

Filed Under: Food

Comments

  1. lisa nurul ain says

    April 21, 2016 at 1:34 pm

    deserttu lisa suka makan.. yang kek tisue lapis2 tu..sedapppp

    Reply
  2. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 5:33 pm

    Fiqqq paling suka volcano choc dia. Mmg terbaik!!!

    Reply
  3. Ezza Azlan says

    April 21, 2016 at 9:32 pm

    Wah..blh cuba ni yg dkt sni..

    Reply
  4. Ezza Azlan says

    April 21, 2016 at 9:33 pm

    Wah..blh cuba ni yg dkt sni..

    Reply
  5. Shiqeen Sattar says

    April 21, 2016 at 9:34 pm

    Afiq bila hg nk belanja ceq makan nih

    Reply
  6. Shiqeen Sattar says

    April 21, 2016 at 9:34 pm

    Afiq bila hg nk belanja ceq makan nih

    Reply
  7. Yanty Lee says

    April 21, 2016 at 9:34 pm

    Teringin nk mkn kek pelangi tu… Mmg terliur jap tgok pizza tu.. kn try nnt ni..

    Reply
  8. Kak Sue says

    April 21, 2016 at 9:38 pm

    Kak Sue paling suka volcano chocolate cake tu..sedap gila..ehehe..

    Reply
  9. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:40 pm

    Silakan. Ada menu baru bakal menyusul.

    Reply
  10. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:41 pm

    Ada rezeki jom. Sepotong kek pelangi. Huhu

    Reply
  11. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:41 pm

    Kek pelangi dia sedap. Kena cuba. Pizza pretzel dia mmg unik. Kat sini je ada.

    Reply
  12. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:42 pm

    Samaaa!!!

    Tengok choc lava dia meleleh. Gugur iman nak diet.

    Reply
  13. lyana ishak says

    April 21, 2016 at 9:47 pm

    Adeh sambil scroll dah berapa kali telan air liur .. haha .. nice sharing afiq

    Reply
  14. Putery Memory says

    April 21, 2016 at 9:49 pm

    Ok set , nak pegi la kat sini

    Reply
  15. PCL says

    April 21, 2016 at 9:52 pm

    Waaa sedap2 tu, aku jarang dpt makan macam ni.. tp musykil yg **** tu ingatkan dah x ingat harga makanan..

    Reply
  16. Aku Penghibur says

    April 21, 2016 at 9:53 pm

    ok air mengences dah… sedapnya pizza

    Reply
  17. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:54 pm

    Hahaha. Belanja gambar je mampu.

    Reply
  18. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:54 pm

    Best kat sini. Makan best. Buat tempat lepak pon best

    Reply
  19. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:55 pm

    Tanda tu buat remark menu pilihan. Menu wajib cuba. Haha

    Reply
  20. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 9:56 pm

    Pizza Pretzel dia mmg terbaik. Puas hati makan. Haha

    Reply
  21. Fieza Sani says

    April 21, 2016 at 10:04 pm

    tengok gambaq, dah terliur..

    Reply
  22. Ahmad Afiq says

    April 21, 2016 at 11:57 pm

    If tgk depan mata, rasa nak order semua

    Reply
  23. Hanim Hashim says

    April 22, 2016 at 8:56 am

    banyak yang sedap ni! pizza, carbonara ngan kek tu …perghhhh!

    Reply
  24. iffah hussin says

    April 22, 2016 at 9:18 am

    Afiq.. pagi-pagi dah buat boleh lapar ni kenapa??
    sedapnye belanja plzzzz

    Reply
  25. Ahmad Afiq says

    April 22, 2016 at 10:25 am

    itu semua kena cuba if datang sini. 😀

    Reply
  26. Ahmad Afiq says

    April 22, 2016 at 10:26 am

    dah belanja gambar ni. kira okey kan? Hehe

    Reply
  27. Julia Johari says

    April 22, 2016 at 10:56 am

    Afiq, sedapnya…kek pelangi tu betul2 win!

    Reply
  28. Rabiatul Adawiyah says

    April 22, 2016 at 11:10 am

    Sedapnyaaaa tengok pizza tu!! :p

    Reply
  29. Ahmad Afiq says

    April 22, 2016 at 6:31 pm

    setiap warna ada rasa yg berbeza. Haaa. Menarikkan?

    Reply
  30. Ahmad Afiq says

    April 22, 2016 at 6:32 pm

    Pizza dia x sama dgn pizza lain sbb guna doh pretzel. Sgt unik.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim