Di panggil untuk berkongsi sedikit pengalaman kepada junior adalah satu penghargaan bagi Fiqqq kerana diberi kepercayaan oleh pensyarah. Sebelum ini, Fiqqq hanya menyokong mana-mana rakan yang pernah melakukan perkara yang sama. Akhirnya, Fiqqq juga terpanggil sama. Bukan Fiqqq seorang tapi bersama mereka yang hebat-hebat belaka dalam industri penerbitan iaitu Amirah Hassan, Azizul Hashim, Ariana, Marwan Zaharuddin, dan Iqbal Ikhwandy.
Dalam sesi perkongsian pengalaman, Fiqqq rasa sangat kerdil berbanding mereka. Mana tidaknya, pengalaman mereka cukup banyak dalam industri. Apabila mendengar mereka berbicara, Fiqqq seolah perlu dengar dengan teliti sebab banyak perkara yang perlu Fiqqq perbaiki dan ambil iktibar daripada perkongsian mereka. Rasa ‘student’ pula. Hahahaha. Tidak hilang kredibiliti seseorang jika mendengar pendapat dan perkongsian juga teguran daripada orang lain. Kan … kan … Kan???
Ada diantara mereka yang Fiqqq pernah bekerja dalam satu pasukan. Melihat kesungguhan dan ketelitian menyelesaikan sesuatu kerja membuatkan Fiqqq meletakkan satu benchmark untuk jadi terbaik seperti mereka. Kadang-kala Fiqqq suka bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih berjaya, serba serbi lebih. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada tapi menjadi satu pembakar semangat untuk lebih berjaya.
Banyak perkara yang dikongsi oleh barisan senior dan juga jawapan yang diberikan kepada junior yang bertanyakan soalan. Jadi, Fiqqq nak berkongsi tip-tip berkenaan soalan yang diajukan semasa sesi berlangsung. Tip ini merangkumi pendapat daripada semua yang memberi jawapan.
Tip 1 : Editor dan Pereka Desain
Desain adalah sesuatu yang abstrak. Walaubagaimanapun, kita boleh menilai sama ada ia terbaik atau sebaliknya. Sebagai editor, anda perlu terangkan secara terperinci apa yang perlu ada dalam sesuatu desain untuk kulit buku dan sebagainya. Jangan anggap pereka desain akan boleh buat apa yang bermain di fikiran, mereka juga manusia biasa. Jika takut berlaku permasalahan, minta untuk hasilkan desain lebih daripada satu. Berbincang, buat perbandingan dan pilih ikut kata sepakat.
Tip 2 : Pemilihan tempat Latihan Amali
Buat kajian berkenaan syarikat yang ingin anda pergi menjalani latihan amali. Sesuai dengan apa yang kita belajar atau tidak. Takut kalau lari jauh sangat dengan bidang yang kita ambil akan berlaku permasalahan dalam penyediaan report dan kerja-kerja yang dilakukan semasa latihan amali. Pilih lah yang ada kaitan.
Tip 3 : Cuba untuk belajar
Apabila berada di tempat latihan amali, anda akan diberi banyak task. Edit manuskrip, desain, atau turut serta untuk jualan (pemasaran). Kalau tidak mahir dalam desain, cuba. Kadang-kadang benda yang kita tidak suka buat akan jadi kita punya kerjaya. Belajar sebanyak yang mungkin. Tidak tahu, tanya! Biar kita banyak bertanya daripada diam, buat kerja salah. Kemudian, buat semula.
Tip 4 : Penerbitan bukan pilihan Pertama
Sedih sikit yang ini. Hahaha. Kalau ‘ter’dapat kursus penerbitan, cuba belajar. Anda sudah ada skil dalam kursus lain dan rasa boleh pergi jauh. Jadikan sebagai satu cabaran untuk belajar benda baharu. Letak value added dalam diri untuk menjadikan diri anda ada skil tambahan. Menjadikan resume anda lain daripada yang lain. Susah fokus dalam kelas? Sebab tak minat? Belajar apa pun tidak ada yang senang. Lagi-lagi benda baru.
Ni saja yang Fiqqq nak kongsi. Malas nak kongsi banyak-banyak sebab dah cakap sepanjang sesi. Mula-mula dah cakap dengan rakan-rakan lain, malas lah nak cakap lama-lama. Apabila pegang mic , harapan. Masing-masing tak lepas mic. Dasar Masscomm. Hahaha. Baik, selebihnya, cari. Jumpa pensyarah, tanya pendapat. Tanya senior. Tak ada contact? Cari. Jangan hanya duduk, tunggu sampai reput. Hahaha.
Seronok dapat jumpa mereka terutama pensyarah yang mengajar kita. Mana tidaknya, dialah yang paling banyak bersabar dengan karenah pelajar. Orang yang mendidik sehingga Fiqqq berjaya. Eh! bukan Fiqqq seorang. Kami semua berjaya. Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak berjasa dan semualah. Huhuhu.
Semoga berjaya kepada semua junior. Jauh lagi perjalanan anda. Jangan malu untuk bertanya dan jangan segan untuk bertegur sapa. Apa pun, ATTITUDE tolong jaga. Lagi-lagi apabila berurusan dengan mana-mana pihak. Profesional sikit! Bina networking. Eh! terbanyak pula. Jangan rasa diri terlalu hebat sebab kita ada kelemahan masing-masing.
Berjalan tidak boleh terlalu mendongak selalu, takut-takut tersepak batu lalu tersungkur. Dan … dan … dan … Ingatlah mereka-mereka yang banyak membantu. Kita mungkin bukan di tempat sekarang tanpa bantuan mereka. Betul ada usaha sendiri tapi mereka juga turut membantu.
Hai. Saya Afiq Halid. Bekas Pelajar UiTM. Jurusan Penerbitan. Hahaha.
razzwey razz says
garang lah abang senior ni, takut kite…
Afiq Halid says
Mana garang. Bhahaha.
yanie yusuf says
wow…tahniah…
Afiq Halid says
Terima kasih. 😀
raihanah says
tahniah encik
Afiq Halid says
Terima kasih 🙂