Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Buffet Ramadan D’Kayangan BBQ & Grill Steamboat: Makan Puas-Puas dengan RM49.90

Buffet Ramadan D’Kayangan BBQ & Grill Steamboat: Makan Puas-Puas dengan RM49.90

May 26, 2016 by Afiq Halid 16 Comments

Ramadan tinggal berapa hari sahaja lagi. Tak sabarnyaaa. Rindu bulan itu. Hehehe. Baiklah, Fiqqq nak cakap berkenaan cerita semalam. Main masak-masak bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari di D’Kayangan BBQ & Grill Steamboat yang terletak di Shah Alam. Persediaan untuk set lokasi berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan. Sini? Mesti puas makan.
Fiqqq seronok makan. Menu dia sampai tak cukup tangan dan pinggan. Kenapa? Sebab ada bermacam-macam. Menu utama dia kambing panggang. Hidangan istimewa dia pula seperti ayam berempah, gulai kawah, patin tempoyak, sup tulang dan juga nasi beriyani gam.

 

Nampak sedapkan? Selain itu, ada juga nasi putih, bihun goreng, kuetiau goreng dan kentang goreng. Nasi putih tu macam wajiblah bagi Fiqqq. Sikit pun jadilah.

 

 

Nanti!!! Ada lagi. Bahagian ini paling Fiqqq suka. Huhu. Untuk kita grill dan ‘steamboat’kan makanan itu. Antaranya ialah sotong berempah, daging kicap, kepak ayam, daging ayam, udang, ketam, dan ikan yang bermacam-macam.

 

 

 

 

 

 

 

Fiqqq belum habis lagi kongsikan menu di sini. Hehehe. Banyak lagi ni. Cuma menu yang ini, kita boleh bakar atas arang. Mereka ada sediakan tempat bakar yang comel jer. Huhu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi kepada yang tidak berapa gemar untuk makan nasi, boleh cuba pelbagai jenis mee yang boleh direbus. Kalau nak makan dengan sup tulang pon sedap juga. Sayur jangan lupa ya. Hehehe. Ada pencuci mulut juga. 😀

 

 

 

 

Letih scroll? Maafkan Fiqqq ya. Sebab menu di sini memang banyak. Semua Fiqqq tak nak terlepas tuk masuk ke dalam perut. Mana tidaknya. Dengan harga RM49.90 untuk orang dewasa dan kanak-kanak RM24.00 (5 hingga 11 tahun) kita boleh makan semua. Murah dan tak baik sia-siakan. Kan … kan … kan …!

 

Tempat makan pula ada di bahagian dalam dan luar. Dinasihatkan, datang awal. Lebih senang, tempah awal. Fiqqq dah masuk round ke dua, kelihatan orang berpusu-pusu datang memenuhi segenap ruang yang ada. Kerusi kosong semua terisi. Wahhh! Hahaha. Surau ada disediakan. Jadi, boleh maghrib lepas berbuka. Tempat letak kereta percuma. 😀

Tempah awal ya!!! Set tarikh dan masa baik-baik!!!

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh layari atau hubungi maklumat berikut:

Facebook: Buffet Ramadan D’Kayangan BBQ & Grill Steamboat
Instagram: @dkayangansteamboat
Alamat: No 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam.
No Telefon: 012-2971091 / 017-5076274 / 03-55234979

Filed Under: Food

Comments

  1. YB Shehan says

    May 26, 2016 at 3:25 pm

    alahai.. kalau la dekat. leh join skaki..

    Jemput ke my blog..

    Reply
  2. Afiq Halid says

    May 26, 2016 at 3:26 pm

    Huhu. Okey2 😁

    Reply
  3. Shiqeen Sattar says

    May 26, 2016 at 3:32 pm

    Wahh bestnya kalo dpt join

    Reply
  4. Afiq Halid says

    May 26, 2016 at 3:55 pm

    Boleh join masak sesama. Hehe.

    Reply
  5. Fatihah Fazlin says

    May 26, 2016 at 4:07 pm

    Perghhhhh..kenyang duk tengok gambar je ni. .. bestnyaa makanan..

    Reply
  6. mas saari says

    May 26, 2016 at 4:51 pm

    harga berpatutan dan menu pun menarik.. nanti nak cuba pi makan kat sana..

    Reply
  7. Afiq Halid says

    May 26, 2016 at 4:57 pm

    👍🏻👍🏻👏🏻

    Reply
  8. Afiq Halid says

    May 26, 2016 at 4:58 pm

    Betul. Harga dia murah dan menu sedap dan banyak.

    Reply
  9. Aku Penghibur says

    May 26, 2016 at 6:06 pm

    alooo terliur sudah.. harga reasonable..

    Reply
  10. Afiq Halid says

    May 26, 2016 at 6:18 pm

    Haha. Nanti try la. Memang berbaloi. 😄

    Reply
  11. yanie yusuf says

    May 27, 2016 at 1:18 am

    memang enjoy makan smlm.. puas hati makan seafood… lapar lak rasanya tgk gambar balik huhuh

    Reply
  12. Afiq Halid says

    May 27, 2016 at 8:18 am

    Makan sampai termenung. Huhu. Alhamdulillah rezeki malam tu.

    Reply
  13. shazillahsani.com says

    May 27, 2016 at 11:05 am

    terliur pulak tengok makan pagi-pagi ini…haishhhh macam hendak pergi lagi…hihihih

    Reply
  14. Faizal Fredley says

    May 27, 2016 at 11:34 am

    wahh dah macam seoul garden ni…..byk sedap lak seafood dia…

    Reply
  15. Afiq Halid says

    May 27, 2016 at 3:55 pm

    Cuma seoul garden xde kambing panggang je. Haha

    Reply
  16. Afiq Halid says

    May 27, 2016 at 3:57 pm

    Nanti puasa kena tempah terus. Huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim