Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Photoshoot KBBA : Gambar lagi satu boleh?

Photoshoot KBBA : Gambar lagi satu boleh?

June 7, 2016 by Afiq Halid 12 Comments

Photoshoot KBBA : Gambar lagi satu boleh?

Photoshoot KBBA : Gambar lagi satu boleh? Beberapa hari yang lepas, sebelum puasa, sempat juga Fiqqq meluangkan masa seharian untuk bersama-sama geng Kelab Blogger Ben Ashaari dalam sesi photoshoot berhari raya tahun 2016. Seronokkan dengar? Hahaha. Alhamdulillah seronok. Macam jumpa sedara-mara waktu raya di kampung. Haaaaa. Cuma penat sikit. Tapi rugilah kalau tak berhuha-huha. Kan … kan … kan ???
Ini baru satu. Sebelum itu, Fiqqq nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Malaysian Tourism Centre bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana sudi menyediakan tempat untuk kami berphotoshoot. Tempat ini buat pertama kali Fiqqq jejak kaki. Sangat menarik. Dengan gubahan bunga, landskap dan binaan yang unik memang sesuai untuk dijadikan tempat tarikan pelancong dan orang tempatan untuk bergambar. Terima kasih juga beri tempat yang berpendingin hawa, luas dan selesa untuk kami bersiap dan rehat.
Benda yang Fiqqq tak biasa ialah make-up. Hahaha. Apa pun, Fiqqq ucapkan ribuan terima kasih kepada MUA : Rita Rahman dan Artistic Team. Dan yang touch-up Fiqqq ialah Wanie ( @Wanie_Touch ). Tiba-tiba flawless. Serba serbi licin. Tiba-tiba seronok kemain. Hahaha. 😀
Kemudian, disajikan pula makanan tengah hari yang sangat lah sedap. Sedap weyyyy. Tiba-tiba menyesal amik satu je. Memandangkan fikir orang yang belum makan lagi, maka Fiqqqb tabahkan hati. Walau apapun, boleh makan dikedai Cafe Cerita Kambing yang terletak di Plaza Anggerik, Shah Alam. Dekat je dengan rumah Fiqqq. Hehehe. Boleh la beli untuk berbuka nanti.
Haaaa. Terima kasih juga kepada Dalizgrafix kerana menyediakan segala props, banner dan banting sempena photoshoot KBBA9. Dan tidak lupa juga kepada juru gambar kami iaitu Dino.alhamd dan Lalaland91 yang sanggup berpanasan dan banyak bersabar melayan karenah seorang demi seorang untuk mendapatkan gambar yang terbaik untuk kami semua.
Ada gaya tak? Boleh pergi jauh tak? Ke sekadar boleh jalan je? Hahaha. Oh, baju sendiri punya. Waktu tu, nampak ramai orang tempatan pakai jubah dan smart-smart belaka. Tiba-tiba Fiqqq macam teringin sangat nak ada satu dan carilah masa yang terluang. Lari kejap ke Menara Jam dan tempah. Alhamdulillah sempat siap sebelum balik. Huhuhu.
Kemainkan kami? Nak gambar lagi satu boleh? Redha je lah siapa yang amikkan gambar. Hehehe.
Apabila cameraman di depan sedang setting ISO semua, maka Fiqqq pon segera keluar phone dan snap gambar. Mana boleh lepaskan peluang yang ada. Bukan senang untuk berjumpa dengan semua.
Dan … dan … dan … Apabila camera ready, kami pose ramai-ramai.
Inilah dia barisan yang banyak beri tunjuk ajar dalam banyak perkara. Serba-serbi Fiqqq belajar. Terima kasih kerana sentiasa beri galakan, tunjuk ajar dan tip untuk lebih berjaya. Ilmu tu. Kalau boleh nak sebanyak yang mungkin. Huhuhu. Ucapan raya nantilah ya.
Fiqqq ucapkan selamat berpuasa untuk tahun ini. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan kemaafan daripada yang ESA dan dipermudahkan segala urusan agar diredhai-NYA dunia dan akhirat. 😀

Filed Under: Santai

Comments

  1. YB Shehan says

    June 7, 2016 at 9:47 am

    Cool! Nak satu lagi gambar boleh? Hehehe

    Reply
  2. Shiqeen Sattar says

    June 7, 2016 at 9:53 am

    Nak video catwalk aii

    Reply
  3. Afiq Halid says

    June 7, 2016 at 9:56 am

    Boleh2. Huhu

    Reply
  4. Afiq Halid says

    June 7, 2016 at 9:57 am

    jom cari lokasi dan tema. Huhu

    Reply
  5. Fieza Sani says

    June 7, 2016 at 10:18 am

    Fiq, ada gaya model la..gambar yang dengan Mar tu, kemaheenn..macam padan je berdua..haha

    Reply
  6. Yanty Lee says

    June 7, 2016 at 10:36 am

    Kemain … best tgok korang.. really njoy the session.

    Reply
  7. Cikk Mimin says

    June 7, 2016 at 10:36 am

    Ramaindpt MUA dia nim ensem .. haha

    Reply
  8. Afiq Halid says

    June 7, 2016 at 10:45 am

    Nanti nak cuba2 lah jadi model. Hehehe

    Reply
  9. Afiq Halid says

    June 7, 2016 at 10:51 am

    Semua kemain pose2. Huhu

    Reply
  10. Afiq Halid says

    June 7, 2016 at 10:52 am

    Biasa saja. Haha

    Reply
  11. shazillahsani.com says

    June 7, 2016 at 10:58 am

    afiq,, your video terbaik…hihihi

    Reply
  12. Afiq Halid says

    June 7, 2016 at 12:34 pm

    Hehe. Terima kasih. Banyak lagi kena belajar tu. 😁

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim