Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Berbuka di Restoran Mohammad Chow : Kenyang Habis!

Berbuka di Restoran Mohammad Chow : Kenyang Habis!

June 8, 2016 by Afiq Halid 8 Comments

Berbuka di Restoran Mohammad Chow : Kenyang Habis!

Nikmatnya berpuasa di bulan Ramadan. Semua kebaikan yang kita lakukan adalah bonus sebab pahala berganda. Selain itu, boleh juga kita rasai nikmat berbuka pula. Jom pergi ke restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen. Baru-baru ni, Fiqqq dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari dapat jemputan reviu di sini. Cuma waktu pergi tu sehari sebelum puasa. Jadi, belum sampai lagi nikmat rasa berbuka. Hehehehe.

Cuma satu je Fiqqq nak pesan. Waktu berbuka nanti, pastikan menu apa yang teringin nak makan. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan cina yang sedap dan lazat. Bukan satu dan bukan dua. Kalau diberi perut jenis tong drum, Fiqqq gigih telan semua. Ingat tau. Baca bismillah sebelum tengok menu yang ada semasa di sana. Sebelum itu, jom Fiqqq kongsikan sedikit pengalaman di sana serta menu yang ada.

Alhamdulillah sebab layanan di sana sangat bagus. Sempat Fiqqq pasang telinga dan mata untuk melihat cara mereka melayan pelanggan. Ternyata, setiap menu yang ditanya, mereka akan jelaskan dengan lebih terperinci berserta cadangan. Baguskan! Sekurang-kurangnya, jika kita tidak makan pedas, tak de lah terkial-kial tahan pedas kerana tidak dimaklumkan. Restoran ini ada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Cuma, tempat duduk restoran ini agak terhad.

1. Ying Yong Kailan – RM15.00

Menu ini paling Fiqqq suka sebab rasa dia unik dan sangat sedap. Satu bahagian sayur ini dimasak garing dan satu lagi ditumis biasa. Sayur yang digoreng garing tu sangat rangut. Macam makan rumpai laut. Kalau penggemar sushi, mesti ratah sayur ni macam tu je. Silap-silap, terpaksa buat pesanan lagi satu pinggan.


2. Prawn Butter Floss – RM35.00

Kalau makan udang goreng butter ni, jangan buang kulitnya. Rugi. Jadi kena makan sekali dengan kulit-kulit dia. Baru rasa setiap rempah dan kemanisan butter yang digoreng garing bersama udang. Suka sebab tak berminyak. Jadi, Fiqqq memang ratah sehingga licin. Rempah-rempah dia pun Fiqqq ratah. Macam daun kari dia dan lain-lain. Memang sedap. Kalau buat pesanan menu ini, minta saiz besar. Khuatir tidak cukup. Hehehe.

3. HK Roasted Duck @ Rendang Itik 

Kalau datang restoran cina muslim, Fiqqq akan rasa itik panggang dia. Sini, ternyata sedap. Ditambah pula dengan sos istimewa yang disediakan. Cukup rasa. Memang sedap. Rendang itik pun sedap. Pertama kali Fiqqqb rasa. Cuma kalau masak sampai empuk sikit daging dia akan jadi lebih sedap. Kepada peminat itik. Wajib datang sini. Kalau belum pernah rasa, elok cuba di restoran ini.

4. Lak Chi Crab – RM 15.00 (setiap 100 gram)

Antara menjadi tumpuan mata-mata si pemakan. Ketam ini di masak dengan sos macam masak masam manis tapi memang rasa dia sedap. Daging ketam yang lembut, segar, dan sangat sedap. Fiqqq yakin bagi sesiapa yang makan, mesti tidak akan tinggalkan sedikit pun cebisan isi ketam. Wahhhh!!! Hahaha. Serius. Geng peminat ketam. Cuba menu ini.

5. Sotong Nyonya – RM18.00

Sotong ni tidak liat. Lembut je nak kunyah. Empuk. Sedap pula tu. Makan sotong pun rasa semua rempah dalam masakan. Bukan masakan sekadar celur je sotong tu dan dah siap. Kalau beli, rasa dan memang tidak rugi. Kuah sotong ni ada rasa macam tomyam sikit. Memang puas hati. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas. Kuah dia siram sikit atas nasi dan ngapppp!!! Haaaa.

6. Kerapu Ala Thai Fried – RM6.00 (setiap 100 gram)

Seronok betul tengok ikan ini berendam dalam kuah. Seronok lagi kalau dapat makan sambil menghirup kuah. Daging ikan ini sangat manis. Ikan baru mungkin. Dan rasa daging ikan yang sangat segar. Kuah yang cukup rasa, masam dan manis tapi bukan masak masam manis tau. Kalau makan, pasti akan tinggal tulang jer. Kalau boleh mesti nak makan kepala sekali. Tapi Fiqqq tak berapa pandai. Rugi rugi rugi…

7. Claypot Tofu – RM12.00

Fiqqq suka makan tahu lembut ni. Sedap. Dengan campuran pelbagai sayuran, rasa manis udang, kuah likat yang menyelerakan dan rasa yang mempersonakan. Haaaa. Makan panas-panas. Puas makan.

8. Fu Yong Omellete – RM10.00

Inilah dia telur dadar udang yang cukup rasa sedapnya. Cukup dengan cili potongnya, daun bawangnya, hirisan udangnya, dan bawangnya. Banyakkan lauk dalam telur dadar ni? Rasanya memang sedap.

Astaghfirullah. Huhuhu. Tertumpah sikit tapi ternyata teh ini memang sedap dan menyegarkan. Maklumlah, banyak kolestrol dan bermacam-macam hidangan yang telah masuk ke dalam perut. Jadi, kita perlukan sesuatu yang boleh mencerna semua makanan. Hahaha. Teh cina tanpa gula. Rasa teh asli. Lagi-lagi kita minum panas-panas dengan gelas yang direndam dengan air panas. Nikmat!

Penuhkan meja kami. Dengan pelbagai jenis makanan dan masakan juga pelbagai jenis minuman yang menyegarkan. Ohhhh. Kalau beli air jus atau mana-mana air yang manis, pesan air suam juga tau. Sebab air dia agak manis dan sedap. Bukan manis gula semata tapi manis asli daripada buah dan kombinasi buah-buahan. Huhuhu. Apa pun, makanan di sini bukan untuk pertama kali dan juga bukan untuk yang terakhir.

Makanan sedap dan meja terhad. Jadi, berikut adalah maklumat restoran ini.

RESTORAN MOHAMMAD CHOW CHINESE MUSLIM KITCHEN
Tel : 012-685 4101
Email : azim@mohammadchow.com
Alamat : No. 1A Lorong Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor.

SET RAMADAN
 
Set A – RM 98.00 (3 – 4 orang)
 
Chicken butter milk sauce
Fish fillet nyonya
Sotong salted egg
Chip choy soup
Set B – RM 198.00 (4 – 6 orang)
Rendang itik @ hk roasted duck
Prawn butter floss
Fish fillet ginger
Tomyam seafood
Brocolli mushroom oyster sauce
Set C – RM 298.00 (6 – 8 orang)
 
Siakap ala thai steam
Rendang itik @ hk roasted duck
Chicken ying yong
Hot plate tofo
Sotong salted egg
Prawn butter milk sauce
Tomyam seafood
Set D – RM 398.00 (8 – 10 orang)
 
Kerapu ala thai fried
Ketam nipah
Prawn nestum butter
Sotong nyonya
Tofo claypot
Mix vege garlic
Ying yong garlic
Omellte fu yong
Promosi Sahur
 
Kami sediakan set makan tengah hari yang sedia ada untuk sahur
Buka : 3.00 pagi – Imsak (setiap hari)
Servis penghantaran disediakan hanya untuk cawangan Damansara Perdana
Tapoww! XL
 
Penghantaran makanan untuk 8 – 10 orang
Minimum 3 tray
Perlu buat pesanan awal sehari sebelum 6.00 petang.
Cadangan Menu
 
Chicken buttermilk sauce – RM32
Fish fillet sweet sour – RM 35
Sotong salted egg – RM35
Prawn butter floss – 35
Beef kam heong – RM32
Soft shell nestum salted egg – RM78
Loh han zai – RM25
Hot plate tofu – RM 25
Yam basket beef kung po – RM32
Siakap ala thai (ikut berat)
Fiqqq belanja satu gambar. Huhuhu. Semua senang hati sebab makanan memang sedap kat sini. Nanti cuba tau. Fiqqq ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. 😀

Filed Under: Food

Comments

  1. Yanty Lee says

    June 8, 2016 at 11:33 am

    Serious memang kenyang makan kat sini. Portion dia memamg berbaloiiiiii

    Reply
  2. Afiq Halid says

    June 8, 2016 at 12:11 pm

    Sesuai bagi jenis yg kuat makan. Sedap dan banyak

    Reply
  3. Emarieys says

    June 8, 2016 at 1:48 pm

    kena scroll laju-laju..banyak sangat gambar makanan.hehehe

    Reply
  4. Afiq Halid says

    June 8, 2016 at 2:58 pm

    Hehehe. Tapi nanti tau nak pilih menu apa. 😊

    Reply
  5. Putery Memory says

    June 9, 2016 at 11:32 pm

    Sedapnyaaa , nanti belanja Marrr sini .

    Reply
  6. Afiq Halid says

    June 10, 2016 at 12:32 am

    Terima kasih 😄

    Reply
  7. Wayangland says

    June 10, 2016 at 9:02 am

    alahai buka pagi-pagi, dah,lapar balik..fuhh menyelerakan…

    Reply
  8. Afiq Halid says

    June 10, 2016 at 3:13 pm

    Dugaan. Hehe 😁

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim