Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Hanbing Korean Dessert Cafe : Sanggup beratur panjang !

Hanbing Korean Dessert Cafe : Sanggup beratur panjang !

June 11, 2016 by Afiq Halid 14 Comments

Hanbing Korean Dessert Cafe : Sanggup beratur panjang !

Hanbing Korean Dessert Cafe : Sanggup beratur panjang ! Fuhhhh … Panjang betul orang beratur depan kedai Hanbing! Ada harapan ke? Pusing lagi Jalan Telawi 3, Bangsar tu. Ehhhh! Lagi panjang orang beratur. Tak boleh jadi ni. Tekad. Lepas ni nampak kosong je memang kena terus masuk. Kebetulan mulut masin, ada kereta keluar. Boleh sujud syukur rasanya. Kepada sesiapa yang selalu lepak di Bangsar, akan tahu bagaimana seronoknya mencari parking. Hahaha.

Fiqqq dan beberapa geng Kelab Blogger Ben Ashaari bernasib baik kerana meja sudah di reserved lebih awal. Kalau tak, jenuh beratur. Kenapa penuh? Haaaa. Ini semua penangan daripada kesedapan dan kelazatan berganda Durian Snow Ice istimewa kerana menggunakan durian musang king dalam hidangan. Merupakan bingsu perasa baharu yang diperkenalkan di sini.
Durian Snow Ice – RM 33
Kehalusan ais yang dikisar buatkan ia cair dengan sendirinya dalam mulut apabila kita makan. Dicampur dengan susu dan beberapa perisa menaikkan kelazatan bingsu ni. Kriuk kriukkk rangup daripada emping jagung dan kepingan badam membuatkan kita seronok mengunyah. Ditambah pula dengan potongan durian musang king dan ais krim durian yang sejuk lagi menyelerekan membuatkan kita terdiam menikmati setiap rasa yang ada dalam mulut. Haaaaa. Fiqqq hilang kata-kata sejurus rasa sesudu bingsu durian musang king ini. Wajib cuba!

Setiap bingsu yang ada di sini memang sedap-sedap belaka. Lagi-lagi kalau kita dapat makan waktu berbuka puasa. Mesti hilang segala haus dan lesu badan. Dengan sejuknya, sedapnya, pelbagai perasanya, lemaknya, manisnya dan lain-lain. Rugi kalau tidak cuba. Nikmatnya berbuka dengan bingsu di Hanbing. Hehehe.

Mango Snow Ice – RM 24

 

Blueberry Cheese Snow Ice – RM26


Oreo Snow Ice – RM 24


Injeolmi Snow Ice – RM 22


Sungguh Fiqqq cakap. Kalau inginkan benda sejuk, cuba makan bingsu ni. Cuma siapa yang ingin rasa bingsu ikut tekak Korea, cuba yang Injeolmi Snow Ice. Dimaklumkan, Injeolmi ini merupakan rasa asli bingsu orang Korea kerana hanya rasa manis soya yang dikisar halus. Selepas makan Injeolmi ni boleh lah ber Annyeong!!! Hahaha.

Set Ramadan – Table Cooked Topokki


Sempena Ramadan, Hanbing sediakan satu set lengkap makanan Korea untuk berbuka puasa. Semua set ini adalah sama cuma yang membezakan set ini ialah Table Cooked Topokki. Kita boleh pilih ikut selera masing-masing sama ada nak daging lembu, ayam atau makanan laut.

Table Cooked Topokki – Beef

Table Cooked Topokki – Seafood

Masak topokki ni mudah sahaja. Cuma tambah air dan kuah yang disediakan. Sekejap jer. Dalam 3 minit. Kalau nampak dah mendidih tu, kira dah boleh makan. Tapi, masa masak tu bawa bertenang dan bawa bersabar sebab bau air rebusan dan bahan-bahan membuatkan kita gugur iman seketika. Hahaha. Kena masak sendiri tau semua ni. Hanbing ada menyediakan tutorial atau langkah-langkah untuk masak. Boleh lah merasa jadi Korean Chef! 😀

Untuk set topokki ni belum habis lagi tau. Selepas habis makan set topokki, tinggalkan sikit kuah dia untuk masak nasi dia pula. Memang jadi chef dan memasak je di Hanbing ni. Cara memasak untuk menu nasi yang diberi nama Fish Roe Fried Rice juga ada disediakan. Ikut sahaja langkah-langkah mudah itu. Cook like a chef!

Fish Roe Fried Rice

 

Table cooked topokki tu sedap. Ditambah pula Fish Roe Fried Rice ni. Kesedapan berganda. Perut pun kenyang. Maka, hati pun riang. Banyak senang. Hahaha. Memang puas makan. Lagipun, sambil-sambil masak, kita boleh jamah menu-menu yang lain. Kalau nak makan sekali pun lagi terbaik.

Trio Korean Chicken

Ayam yang digoreng garing dan mempunyai tiga rasa yang berbeza iaitu pedas, goreng biasa dan lagu satu dicurahkan mayonis . Fiqqq lebih suka ratah macam tu saja sebab dapat rasa keunikan setiap rempah yang ada pada ayam.

Big Bowl Bibimbap

Peminat makanan Korea mesti suka Bibimbap. Kena cuba yang ni. Perlu campurkan sos yang diberi dan gaul rata. Siapa yang suka makan telur kuning cair memang seronok lah kalian menggaul bahan-bahan ini sebelum dimakan. Selesai gaul rata, baru leh makan. Rasa memang terbaik. Dengan rasa sedap telur yang digaul, ketulan daging dan sayur-sayuran yang sangat sedap beserta sos istimewa.

Kimci Nachos

Sebagai penutup, Fiqqq makan Kimci Nachos ni. Sedap. Rasa dia. Rangup lagi. Sos dikoreakan sikit sebab guna Kimci. Hahaha. Makan kimci macam tu je pon dah sedap.

Minuman di Hanbing memang beri satu kelainan yang tidak ada di kedai lain. Air yang Fiqqq minum ni memang boleh hilangkan haus dan menyegarkan. Tak cukup. Terpaksa buat pesanan air yang lain. Bulan Ramadan ni memang Fiqqq kalah sikit dengan air. Hahaha. Ke sama juga?

Tarikh : 6 Jun – 7 Julai 2016
Masa : 7.00 petang – 11.00 malam
Tel : +603 2202 0238
Lokasi : 33, Jalan Telawi 3, Bangsar
Facebook : Hanbing Korean Dessert Cafe
Instagram : hanbingmy

Fiqqq cadangkan buat tempahan lebih awal kerana tempat duduk adalah terhad. Orang pula ramai yang datang. Sekurang-kurangnya boleh elak beratur panjang. Fiqqq pasti Hanbing tidak akan mengecewakan pelanggan yang datang dan buatkan kita nak datang untuk cuba menu lain pula. Huhuhu.

Filed Under: Food

Comments

  1. Yanty Lee says

    June 11, 2016 at 2:05 pm

    Teringin nak makan makanan Korea tapi tak berapa tahu. Kena ajak Fiq and the geng ni next time..

    Reply
  2. lyana ishak says

    June 11, 2016 at 2:07 pm

    Haaa kan dah kata akan tergugat iman kita nie .. nice review lah afiq . Makanan semua awesome2 .. especially ais krim tu ..

    Reply
  3. Afiq Halid says

    June 11, 2016 at 2:09 pm

    Sini Best Ty, wajib rasa Bingsu Durian. Hehe

    Reply
  4. Afiq Halid says

    June 11, 2016 at 2:10 pm

    Bingsu Durian tu wajib rasa. Haha

    Reply
  5. farah farhana mohamad sanusi says

    June 11, 2016 at 2:13 pm

    Aish..2 3 harini org asyik dok wat jeles je ngn makan best2 niii

    Reply
  6. Afiq Halid says

    June 11, 2016 at 2:23 pm

    Ampun. Tapi nanti try tau makanan Korean kat sini. 😁

    Reply
  7. Nur Yusuf says

    June 11, 2016 at 4:21 pm

    sedapnye snow ice tu! yang durian tu paling tak sanggup tgk. sedih rasa hati..huwaaaa

    Reply
  8. razzwey razz says

    June 11, 2016 at 5:20 pm

    Lepas ni order sorang satu bingsu… Takmo share! Hahahahaa

    Reply
  9. Afiq Halid says

    June 11, 2016 at 7:11 pm

    Yesss. Tak boleh share. Bikin gaduh. Hahahaha

    Reply
  10. Afiq Halid says

    June 11, 2016 at 7:12 pm

    Itu lah bingsu yg paling sedap. Hehehe

    Reply
  11. Ishak Ismail says

    June 11, 2016 at 7:21 pm

    Perghhh bingsu durian tu… Thorbaek!!!

    Reply
  12. Afiq Halid says

    June 11, 2016 at 8:12 pm

    Kena repeat and makan tu jer. Haha

    Reply
  13. Nadiah says

    June 12, 2016 at 6:44 pm

    Tergodanya lahai…. Cik abang pula jenis tak suka hadap jem…. Bila la dapat merasa ni ha….

    Reply
  14. Afiq Halid says

    June 12, 2016 at 8:03 pm

    Situ agak sesak sikit. Tapi once dpt rasa bingsu ni. Confirm berbaloi. Huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim