Kafe The Chef : Buffet Ramadan RM39.90
Kafe The Chef : Buffet Ramadan RM39.90. Mencari lokasi yang sesuai dan mempunyai makanan yang sedap merupakan sesuatu yang susah Fiqqq nak buat kadang-kadang sebab agak memilih makanan. Bukan memilih sangat pun tapi cari mana yang murah, banyak dan sedap. Zaman kegawatan ekonomi ni perlu jimat berbelanja. Kan … kan … kan???
Fiqqq nak kongsikan beberapa pengalaman semasa berbuka di Kafe The Chef yang terletak di Kota Kemuning. Masa tu pergi dengan beberapa geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Memang puas hati. Hanya RM 39.90 (dewasa) dan RM 19.90 (kanak-kanak) boleh makan lebih daripada 60 jenis juadah makanan. Murah dan banyakkan?
Haaaa. Tengok kambing ni. Digolek dan dibakar dengan baik. Pelbagai rempah ratus digunakan bagi menaikkan lagi rasa ummpphhhh. Paling suka waktu Fiqqq tengok dia potong daging kambing ni. Dengan berjusnya, lembutnya dan bila air kambing menitis terkena arang mula lah bau kambing ni naik. Makan pula dengan sos mint atau lada hitam. Penggemar kambing akan ulang pinggan di bahagian ini. Huhuhu.
Selain daripada kambing bakar, The Chef fokus kepada menu istimewa yang dipanggil Mongolian Barbeque. Menu ini memang sedap. Kena pandai pilih sebab kita kena pilih apa yang kita nak makan. Pilih sos ikut selera tekak masing-masing dan bagi pada tukang masak. Menjadikan Fiqqq kena bawa bersabar ialah menunggu mereka masak. Bukan lama pun cuma terliur tengok waktu makanan itu dimasak. Dengan bau yang menyelerekan. Makanan segar dan aroma sos menusuk hidung. Perghhh!!!
Banyakkan yang boleh kita pilih? Fiqqq pilih sos Mongolian hari tu. Rasa dia macam masak kicap sikit tapi memang sedap. Tukang masak dipun bukan calang-calang orang. Setiap bahan dimasak dengan baik. Tidak terlalu masak dan tidak terlalu mentah. Memang sedap. Nak tambah kena tengok saiz perut juga sebab ada banyak lagi juadah yang perlu Fiqqq cuba. 60 juadah gaissss. 60!!!
Waktu Fiqqq tengok lauk-lauk di sini memang teruja, bertabah pun ada. Banyak. Semua sedap-sedap. Cukup rasa, cukup rempah ratusnya, dan cukup buat kita kenyang waktu berbuka puasa nanti. Kejap, Fiqqq belum habis kongsikan gambar lagi. Ada lagi sikit.
Bahagian kuih-kuih juga tidak kurang sedapnya. Fiqqq paling suka kuih bakar, red velvet dan pastri. Sangat sangat lah sedap. Memang Fiqqq amik banyak yang tu. Mana boleh makan sikit-sikit kan? Hahaha. Lagi-lagi apabila nampak tong air yang sejuk. Memang istighfar banyak-banyak. Ada ABC juga tau. Buat sendiri ikut citarasa sendiri. Letak ikut suka. Haaaa.
Dan Fiqqq sempat rasa Air Pandan Tiga Layer. Sedap dan menyegarkan. Kalau datang sini, boleh cuba tau nanti. Lepas tu kan, waktu ambil makanan tu kadang-kadang memang tidak boleh kawal nafsu. Main ambil je. Sampai penuh satu meja.
Alhamdulillah rezeki berbuka di Kafe The Chef memang seronok. Seronok dengan makanan. Terima kasih kepada Chef Azman Aziman dan Kak Ezlin atas menu juadah berbuka yang sangat sedap. Orang Shah Alam, Klang dan Kota Kemuning tidak perlu pening-pening mencari lokasi berbuka lagi. Datang je sini.
Kafe The Chef
Lokasi : Kota Kemuning (bersebelahan Gamuda Walk)
Masa : 6.00 petang – 10.00 malam (berbuka)
Tel : 03-55253707 l 012-3171707
Facebook : Kafe The Chef
Instagram : thechef.shahalam
Shiqeen Sattar says
Wahh nampak sedap bangattt
Afiq Halid says
Ya memang sedap dan berbaloi. 😁
lyana ishak says
adeh .. mmg tergugat iman kalo selalu singgah sini sebelum waktu berbukak . hehe .. nice review afiq .. well done ! ^_^
Afiq Halid says
Jangan serik singgah sini ya 😁🙈
syima yusuf says
Sedapnyaaa. Harga berpatutan pula tu
Afiq Halid says
Betul. Memang puas makan.