Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Aku Budak Baru !

Aku Budak Baru !

June 15, 2016 by Afiq Halid 23 Comments

Ada apa dengan budak baru? Seketul manusia yang dipanggil Fiqqq dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. 
Fuhhhhh!!! Serius masa permulaan untuk letak nama dalam senarai untuk join KBBA, Fiqqq berpeluh, takut, teruja, risau dan rasa kerdil. Senang cerita, semualah. Macam nak interviu pula. Hahaha. Manakan tidak. Fiqqq bukanlah jenis ada ramai kenalan. Penulisan dalam blog pon tak ada yang baca. Mungkin seketul dua. Sebab baru sangat. Itu pun setelah cubaan beberapa kali. Hahaha.
7 Mac 2016, 10:22 AM
“Assalamualaikum. Ben Ashaari, saya Afiq dan nak join KBBA. 
Saya baru dlm dunia blogger dan nak cari ilmu sebanyak yang mungkin.”
Inilah dia mesej yang Fiqqq hantar ketika itu. Seram sejuk nak menaip. Haaaa. Fiqqq tidak meletakkan harapan terlalu tinggi sebab sedar diri. Untuk join satu kelab yang ada nama dan orang kenal dalam industri penulisan blog bukan mudah. Hmmm. Tiba-tiba, mesej masuk. Tidakkkk! Inilah peluang. Jangan lepaskan! Sebab ada beberapa ujian. Haaaa. Baguskan? 
Apabila diletakkan dalam satu tempat. Waktu ni belum masuk lagi tau. Fiqqq dapat lihat ramai orang yang hebat. Daripada penulisan yang meyakinkan dan ada diantara mereka sudah lama dalam bidang penulisan blog. Tapi, takkan Fiqqq nak putus harap? Cuba dulu. Apabila berada dalam keadaan ini, Fiqqq kena bijak. Macam mana nak jadikan diri ada kelebihan yang orang lain tak de. Hmmm. Jadi diri sendiri. 
Bila diri kerdil ini diterima dalam KBBA, Fiqqq cuba serap segala ilmu yang ada. Apa yang dikongsikan dan segala teguran. Fiqqq cuba ubah dalam penulisan supaya bertambah baik. Bukan senang nak meyakinkan orang. Lebih-lebih lagi, mereka yang membaca mungkin bukan daripada kenalan. Fiqqq tidak kejar nama mahupun glamour. Cukup sekadar penulisan Fiqqq, mampu beri impak kepada masyarakat.
Lagipun sekarang ni kan, senang cerita, perlu ada pakej. Perlu ada rupa, kebolehan menulis dengan baik, komitmen yang tinggi dan sebagainya. Tapi kan. Diri ini tak banyak kelebihan. Masih baru. Mentah. Penulisan pun ala kadar. Rupa lagi lah tak ada dan tidak pandai untuk bergaya. Mana yang ada. Tapi … Adakah mampu untuk Fiqqq ikut jejak langkah mereka yang dah berjaya dalam KBBA? Mampu tak berjaya seperti mereka? 
Terima kasih Razzwey sentiasa beri tunjuk ajar dan kata-kata semangat untuk maju dalam penulisan blog. Tidak lupa juga pada guru, pendidik yang banyak menegur, mengajar dan menasihati serta pengasas KBBA iaitu Ben Ashaari kerana beri peluang pada Fiqqq untuk join KBBA. 
Dan … dan … dan … mereka semua …

Filed Under: Santai

Comments

  1. razzwey razz says

    June 15, 2016 at 2:25 pm

    Alololoooo…. Sentimental sungguh entry ini…

    Reply
  2. Afiq Halid says

    June 15, 2016 at 2:48 pm

    Entry untuk peringatan. Andai berjaya di masa akan dtg, Afiq kena ingat org yg sentiasa ada untuk beri bantuan.

    Reply
  3. Faizal Fredley says

    June 15, 2016 at 11:42 pm

    nak join kbba jugak…mcm mana yer?

    Reply
  4. Shiqeen Sattar says

    June 15, 2016 at 11:45 pm

    nasib baik sedar diri takde rupa… Bab berposing tu x berapa setuju sangatttt huh

    Reply
  5. maryam siddiqah says

    June 16, 2016 at 12:03 am

    Mohon tunjuk ajar jugak dari afiq.. watcha

    Reply
  6. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 1:22 am

    Nanti PM ya. Hahaha.

    Reply
  7. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 1:22 am

    Haha. Biasa2 je. Cuba tuk jadi luar biasa later.

    Reply
  8. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 1:23 am

    Moh lah kita belajar sesama drpd yg berpengalaman… Woot woot

    Reply
  9. careno says

    June 16, 2016 at 5:35 am

    Afiq cpt pickup… Penulisan dah makin Best, santai dan menarik…

    Reply
  10. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 6:11 am

    Alhamdulillah. Thank you abg Lan sebab bagi byk tips. Akan cuba perbaiki lagi.

    Reply
  11. Shark Kay says

    June 16, 2016 at 10:05 am

    oooooo..
    ini yang nama afiq tue,
    belum lagi bersua muka kita bro.

    Reply
  12. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 11:29 am

    Yup. In Shaa Allah ada rezeki nanti. Bersua lah kita. Haha

    Reply
  13. Ishak Ismail says

    June 16, 2016 at 12:16 pm

    bamhoq x der dlm gambar.. uwaaaa!!!

    Reply
  14. Ishak Ismail says

    June 16, 2016 at 12:17 pm

    best dah baca blog afiq skrg lps besarkan gambar…

    Reply
  15. Aretikz says

    June 16, 2016 at 3:42 pm

    Belajar dari otai Ben kan.. aku pun masih belajar2 lagi ni.. hehe.. banyak yang aku merapu dalam blog.. sob sob..

    Reply
  16. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 5:52 pm

    Terima kasih bamhoq byk bagi dorongan. 😁😁😁

    Reply
  17. Afiq Halid says

    June 16, 2016 at 5:54 pm

    In Shaa Allah. Nak kumpul ilmu byk2

    Reply
  18. Saidila Abdul Rahman says

    June 17, 2016 at 2:06 am

    belajar jer tak kira dengan sapa2…kecuali jangan dengan mak esah…untung raji dah ada peminat setia….fighting

    Reply
  19. Maman Reen says

    June 18, 2016 at 9:45 am

    Assalamua'laikum dan Salam Ramadan..! Reen jalan-jalan sambil komen dan follow.. Follow back..? 🙂

    Reply
  20. Lisa Nurulain says

    June 18, 2016 at 11:24 am

    hye budak baru ..ngeh ngeh ngehhh tk sempat nak buli lagi ni.. boleh repeat tak ?

    Reply
  21. Afiq Halid says

    June 18, 2016 at 11:46 am

    In Shaa Allah. Ilmu dtg drpd semua senior2 dalam KBBA. Terima kasih atas sokongan, kak Dila.

    Reply
  22. Afiq Halid says

    June 18, 2016 at 11:47 am

    Hye Lisa. Tak boleh tak boleh. Buli time dah expired. Hehehe

    Reply
  23. raihanah says

    June 21, 2016 at 8:57 am

    assalamualaikum. semoga terus sukses

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim