Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Majlis Iftar bersama Amyra Rosli

Majlis Iftar bersama Amyra Rosli

June 22, 2016 by Afiq Halid 8 Comments

Cantiknyaaa!!!
Selalunya, sebelum berbuka di rumah, Fiqqq layan Slot Akasia – Seindah Takdir Cinta yang dibintangi oleh Amyra Rosli, Redza Rosli dan Saharul Ridzwan. Kantoi layan drama. Kahhh!!! Majlis iftar ni, nampak Amyra Rosli depan mata, hilang kata-kata, “Antara Janji dan Bisikan Hati” untuk beriftar bersama. Ecehhh! Ayat drama tu. Macam iftar berdua je pula di Laman Kayangan, Shah Alam. Hahaha. Iftar sekali bersama rakan media yang lain juga tau.

 

Keterujaan Fiqqq melihat kecantikan Amyra Rosli dalam busana terbaharu daripada Wedding.com.my, maka terus menyapa untuk bergambar terlebih dahulu. Hahaha. Cantikkan? Apabila Fiqqq kongsikan di instagram, ada yang menyatakan Amyra Rosli kelihatan seperti princess. Haaaa.
Bergambar satu dua. Walaupun sebenarnya banyak juga. Terima kasih lah pada geng Kelab Blogger Ben Ashaari si Mera Hussain tolong ambilkan gambar untuk dijadikan kenangan terindah. Hehehe. Selesai. Masa menunggu azan pula dan siap-siap untuk berbuka. Makanan di Laman Kayangan ni pun terbaik. Macam-macam ada. Makanan ala barat, selera kampong dan beberapa menu asia. Cuma Fiqqq ambil sikit-sikit terlebih dahulu. Sedap-sedap tau juadah berbuka di sini.
Untuk makluman, Majlis Iftar yang dianjurkan oleh pihak Wedding.com.my ini membawakan Amyra Rosli untuk memperkenalkan busana pengantin terbaharu mereka. Wedding.com.my merupakan syarikat yang menyediakan khidmat alternatif dalam merancang majlis perkahwinan yang ringkas, cantik dan mampu milik. Almaklumlah, sebolehnya kita kena banyak berjimat. Dalam masa yang sama, inginkan majlis perkahwinan yang cantik. Sekali seumur hidupkan. Selagi boleh jimat, maka kita berjimat. Kan … kan … kan ???
Wedding.com.my
Alamat : H-89-1, Block H, 72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : +603-79320050 
 
Fiqqq ucapkan terima kasih kepada pihak Wedding.com.my untuk majlis iftar yang meriah. Busana pengantin dipakai oleh Amyra Rosli yang nampak cantik dan indah. Makanan di Laman Kayangan, Shah Alam juga sungguh menyelerakan sampai makan bertambah-tambah.

Filed Under: Santai

Comments

  1. Mama Kembar 3 says

    June 22, 2016 at 8:11 pm

    Lawa kaler baju amyra tu, sweet

    Reply
  2. Afiq Halid says

    June 23, 2016 at 12:11 am

    Yup. Terpesona lihat

    Reply
  3. Shiqeen Sattar says

    June 23, 2016 at 1:51 am

    Sekali tengok macam Fiqqq pegang tangan Amyra Rosli … hehehe

    Reply
  4. Afiq Halid says

    June 23, 2016 at 7:28 am

    Uishhhh. Bahaya bahaya. Macam je kan? Hahaha

    Reply
  5. farah farhana mohamad sanusi says

    June 23, 2016 at 7:46 am

    Jelesnyeee…nak jumpa jugak 🙁

    Reply
  6. Afiq Halid says

    June 23, 2016 at 12:55 pm

    Hehe. In Shaa Allah nanti dapat jumpa one fine day 😀

    Reply
  7. Maman Reen says

    June 24, 2016 at 10:34 am

    Jelesnya.. Reen pun nak sangat jumpa. Cantik tengok Amyra Rosli..

    Reply
  8. Afiq Halid says

    June 24, 2016 at 11:09 am

    Cantik sangat Amyra Rosli ni bila jumpa depan2. Rezeki ramadan .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim