Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Bubur Lambuk Masjid Dato Dagang @ Klang

Bubur Lambuk Masjid Dato Dagang @ Klang

June 24, 2016 by Afiq Halid 10 Comments

Bubur Lambuk Masjid Dato Dagang

Bubur Lambuk Masjid Dato Dagang Klang
Fuhhhhh !!! Beratur panjang semata-mata untuk ambil bubur lambuk. Setiap tahun macam ini lah yang berlaku di Masjid Dato Dagang, Kampong Jawa selepas solat Asar dalam bulan ramadan. Orang ramai dah mula berpusu-pusu beratur menunggu giliran untuk ambil bubur lambuk. Nasib baik Fiqqq sampai agak awal. Itu pun terpaksa parking jauh. Maklumlah, kalau ada makanan yang sedap dan percuma pula tu mesti ramai orang. Nikmat makan bubur lambuk ini kita hanya boleh rasa waktu berbuka puasa dalam bulan ramadan sahaja.
Bubur Lambuk Masjid Dato Dagang Klang
Teringin juga ingin membantu untuk buat segala persiapan. Alang-alang tolong buat bubur lambuk, boleh Fiqqq dapatkan resipi turun temurun ni. Bukan mudah untuk hasilkan bubur lambuk yang sedap. Memerlukan kasih sayang juga untuk menaikkan rasa ikhlas dalam proses pembikinan. Namun, belum diberi kesempatan kerana urusan harian yang perlu dilaksanakan. In Shaa Allah suatu hari nanti. Hihihi.
Bubur Lambuk Masjid Dato Dagang Klang
Setiap orang akan dapat dua bungkus. Selalu Fiqqq akan pergi dengan Arsyad, adik Fiqqq supaya dapat lebih sikit. Bukan tamak ya ambil banyak-banyak. Ambilkan untuk nenek dan saudara-mara yang tidak berkesempatan untuk datang ambil. Haaaaa.
Fiqqq sangat suka rasa bubur lambuk di sini. Bukan sebab selalu makan tapi rasa bubur lambuk dia sangat sedap. Cukup rasa dan sangat menyelerakan. Mesti nak tambah setiap kali makan. Lagi-lagi makan waktu berbuka puasa. Kadang-kadang simpan sedikit untuk dijadikan moreh. Makan lepas tarawih.
Kalau nak diikutkan, rasa bubur lambuk ini tidak pernah berubah. Sama je daripada dulu sampai sekarang. Memang guna resipi turun temurun orang kata. Tidak lebih dan tidak kurang rasanya. Kalau berkesempatan, datang lah. Ada rezeki, in Shaa Allah dapat sebungkus. Sebab kalau lambat memang akan habis.
Apa pun, terima kasih Fiqqq ucapkan kepada semua yang sudi menyumbang wang ringgit mahupun bahan-bahan masakan. Tidak lupa juga kepada ahli masjid yang bertungkus-lumus setiap hari untuk bagi semua orang makan bubur lambuk yang sedap itu.

Filed Under: Food Tagged With: bubur lambuk masjid dato dagang, bubur lambuk sedap di klang

Comments

  1. Que Achmad says

    June 24, 2016 at 5:27 pm

    subhanallah, sedapnya… esk kat kejiranan kami ada buat bubur lambuk jugak.. abe join sama tau jd tukang tolong, hehehehe

    Reply
  2. lisa says

    June 24, 2016 at 5:32 pm

    tak pernah makan lagi..hehe sebab ritu first try ada bau supkambing.. huhu

    best kan kalau ada buburlmbuk ni buat sama2

    Reply
  3. Afiq Halid says

    June 24, 2016 at 5:36 pm

    Seronok kalau dpt buat sama2 ramai2. Huhu

    Reply
  4. Afiq Halid says

    June 24, 2016 at 5:38 pm

    Ada rezeki rasa yg ni pula nanti. And yes, dapat eratkan silaturrahim dengan yg lain

    Reply
  5. Shiqeen Sattar says

    June 24, 2016 at 5:51 pm

    Sedapnya. Kt kg baru pn ada bubur lambuk plg sedap. Bubur lambuk pak hassan.

    Reply
  6. Afiq Halid says

    June 24, 2016 at 6:09 pm

    Pernah juga rasa yg tu. Cuma jauh. Haha

    Reply
  7. Nooraini Ali. says

    June 24, 2016 at 6:33 pm

    wah beruntungnya sesiapa y menderma dan memberi org makan ketika berbuka.

    Reply
  8. Afiq Halid says

    June 24, 2016 at 6:40 pm

    Betul. Sebab dia dapat pahala berganda.

    Reply
  9. Nur Yusuf says

    June 26, 2016 at 10:11 pm

    dulu kt uitm pun ada bubur lambuk utk student dgn staff. kalau tak sempat amik uitm punya.. amik kt masjid..hehe. yg penting takmau beli kt bazar!!ahahah

    Reply
  10. Afiq Halid says

    June 27, 2016 at 12:49 am

    Yang free tu sedap dan ada berkat org ramai buat sama2. Hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim