Fuhhhh … Sekejap rasanya masa berlalu. Tahu-tahu dah sampai ke penghujung ramadan. Sempat juga meluangkan sedikit masa untuk iftar bersama Anak-anak Yatim Baitul Kasih di D’Arina Skyview, Menara Arina Uniti yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. D’Arina Skyview merupakan penaja rasmi untuk program iftar. Tidak lupa juga kepada Persatuan Pereka Fesyen Muda ( Young Designers Arena ) atau lebih dikenali dengan YODA dan Persatuan Seniman Malaysia.
Seronok betul Fiqqq lihat mereka terima duit raya daripada pihak menganjur semua. Alhamdulillah dan Fiqqq doakan agar ditambahkan rezeki bagi mereka yang menghulurkan sumbangan untuk Anak-Anak Yatim Baitul Kasih. Masing-masingpun lengkap berbaju raya. Comel je Fiqqq tengok. Huhuhu.
Perasaan nak sambut raya waktu iftar membuak-buak sebab D’Arina Skyview menyediakan Pakej Hidangan Rumah Terbuka Aidilfitri. Almaklumlah, bulan ramadan dah sampai ke penghujungnya. Syawal pula kian tiba. Manalah Fiqqq tak teruja. Baiklah. Jom Fiqqq belanja sikit lebih kurang 100 juadah yang ada untuk pakej aidilfitri nanti. Huhu
Banyakkan juadah hari raya. Mana lahhh Fiqqq rasa tak sabar dan teruja nak sambut raya. Memang feel betul nak raya. Ehhh, dah kenapa? Hahaha. Waktu ambil makanan pun boleh tiba-tiba lagi Anuar Zain dan Elina terngiang-ngiang di telinga.
“Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi.
Wajik dan dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman.”
(Serawa durian ni memang mengundang. Gigih amik mangkuk dengan sudu. Dengan penuh harapan. Sekali sampai, sekian habis sudah.)
Kuat betul iman diuji ketika berpuasa dan berbuka dengan makanan yang lazat dan menyelerakan. Hahaha. Mana tidak nya, banyak betul makanan. Ada kambing panggang, mee rebus, mee kari, soto, lemang, ketupat, nasi impit, satay ayam dan daging. Kemudian, ada pula hidangan untuk makan dengan nasi iaitu ayam masak merah, daging masak hitam, ikan dowry fillet sweet sour, sayur sayuran dan banyak lagi …
Memang seronok makan apabila semua ada. Makan perlahan-lahan sebab boleh duduk makan lama-lama sampai kenyang. Andai sudah sampai waktu solat, surau ada disediakan. Luas dan selesa sebab berpendingin hawa. Jadi tidak ada alasan tertinggal solat kerana makan. Tak baik, tak baik. Huhuhu.
Sempat bergambar dengan mereka ni. Mula-mula nak ambil gambar je. Punya petah mereka berkata-kata supaya bergambar sama. Tak padan dengan badan yang kecil. Hahaha. Seronok betul dapat makan sedap-sedap dan aiskrim menjadi keutmaan mereka. Siap bubuh Chocolate Chip lagi.
Nak dijadikan cerita, makan di sini ada kelas tersendiri. Bukan apa. Sebab ada pemandangan Menara KLCC yang tersergam indah dan ruang makan di D’Arina Skyview ni pula terbuka yang berada di Tingkat 20 Menara Uniti. Tempat letak kereta pula senang sebab sudah disediakan di dalam bangunan. Jadi, boleh hubungi nombor seperti berikut untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.
Pakej Aidilfitri D’Arina Skyview (RM45)
Lokasi : Tingkat 20 Menara Arina Uniti,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
Telefon : 03 – 2202 7353
Whatsapp : 017 – 229 4669
Bagi mereka yang beraya di kota raya tetapi inginkan juadah raya yang banyak, boleh tempah untuk makan-makan dan beraya di sini nanti. In Shaa Allah tidak mengecewakan.
Maman Reen says
Rezeki anak-anak yatim di bulan mulia ini.. 😀
Afiq Halid says
Alhamdulillah
Shiqeen Sattar says
Memang best view kat situ kan. Recommended utk majlis waktu mlm view sgt cntik.
Afiq Halid says
Betul. Nampak KLCC yg tersergam indah. Terbaik.
Jamil Hashim says
SINGGAH SYAWAL
http://belogs.blogspot.my/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html