Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Bazaar Klang : Pesta Beli Belah Sambut Raya

Bazaar Klang : Pesta Beli Belah Sambut Raya

July 3, 2016 by Afiq Halid 4 Comments

Bazaar Klang

Setiap tahun Bazaar Klang ini akan menjadi tumpuan orang ramai sekitar Klang untuk membeli-belah buat persiapan sambut aidilfitri. Kalau nak diikutkan, bukan orang Klang sahaja yang akan serbu bazaar ini malah orang dari Shah Alam dan ada juga dari Kuala Lumpur. Jadi, memang akan sesak dan padat dengan manusia. Mengeluh Fiqqq yang datang sekadar untuk mencuci mata. Hahaha.
Bazaar Klang

Pilihan barang keperluan di hari raya

Apa yang seronok sangat di Bazaar Klang ini? Banyak barang yang anda semua boleh beli dengan harga yang sangat murah. Harga ‘pecah’ katanya. Macam-macam ada. Pelbagai jenis pakaian, warna dan rekaan. Baju, seluar, baju melayu, baju kurung, tudung, pin tudung, topi, kasut, dan banyak lagi.
Bazaar Klang
Bazaar Klang

 

Bazaar Klang

 

Bazaar Klang

 

Bazaar Klang

 

Bazaar Klang

Pelbagai jenis kuih raya

Bukan pakaian sahaja yang boleh beli di sini malah kuih raya serta dodol juga ada. Dodol pula boleh dapat yang baru lepas masak. Panas-panas. Dalam banyak-banyak kedai kuih raya, pilih lah ikut selera tekak masing-masing ya. Mereka ada menyediakan bekas untuk rasa kuih raya sebelum beli. Hahaha.
Bazaar Klang

 

Bazaar Klang
Bazaar Klang
Kalau datang sini hanya sekadar cuci mata mesti akan berubah niat untuk membeli tak satu barang mesti dua. Mana tidaknya, harga murah. Pasti tergoda untuk beli. Lagi-lagi barang yang tiba-tiba terkenan di hati. Kalau tak beli pula boleh terbawa dalam mimpi derrr. Hahahaha.
Bazaar Klang
Ini tempat golongan ibu akan berlonggok ramai-ramai. Ada satu masa nanti, mereka akan lelong bunga-bunga yang ada. Kalau tidak silap mereka gubah khas untuk tema raya. Macam-macam jenis dan gubahan bunga yang ada. Golongan ibu ni memang akan rambang mata. Mesti beli satu. tak pun dua. Almaklumlah, nak tambah seri di rumah untuk sambut raya. Betul tak?
Bazaar Klang

 

Bazaar Klang
Kalau nak diikutkan, parking kereta sedikit azab. Ada yang terpaksa berjalan jauh sedikit. Namun, orang tetap ramai. Belum waktu malam raya!!! Akan jadi lagi ramai. Kenapa? Sebab waktu itu akan berlangsungnya lelongan barang-barang yang diniagakan. Lebih-lebih lagi yang jual kuih raya.  Fiqqq pernah sekali datang pukul 2.00 pagi tahun lepas kalau tidak silap. Orang ramai sungguh.
Fiqqq nak cakap yang nanti waktu di bazaar, awasilah barang-barang peribadi seperti beg duit, telefon bimbit dan semua lah. Lagi-lagi yang bawa anak kecil. Pastikan mereka sentiasa ada di sini. Lebih baik pegang tangan mereka. Jangan sampai terleka. Adalah lebih baik berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu yang tidak diduga.
Dan … dan … dan … Santai-santai je waktu membeli-belah. Kalau datang ke bazaar lepas tu merungut ramai orang, lebih baik tak payah datang. Nama pun tempat ramai orang. Haishhhh. Fiqqq terdengar satu rungutan walaupun mata melilau melihat kasut-kasut di hadapan mata. Hahaha.

Filed Under: Santai Tagged With: Bazaar di Klang, Kelab Blogger Ben Ashaari, tempat shopping raya di Klang

Comments

  1. Shiqeen Sattar says

    July 4, 2016 at 4:36 am

    Memang akan tergoda beli la kalo lagu ni.. xyah duk berangan mai sini nak cuci mata hahahaha

    Reply
  2. Afiq Halid says

    July 4, 2016 at 6:18 am

    Kena try. Lebih2 lagi malam raya. Memang lelong habis diorg buat. Haha

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says

    July 4, 2016 at 8:42 am

    Uish ramainya org! Akak memang tak pi lah kalau ramai camtu, tak suka bersesak sesak huhuhu

    Reply
  4. Afiq Halid says

    July 5, 2016 at 2:30 pm

    Memang ramai kak. If x suka bersesak, better jgn pergi. Once dah termasuk. Memang sampai nak keluar balik sesak. Hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim