Setelah penat puasa sebulan dalam bulan Ramadan, masa untuk meraikan kemenangan di bulan Syawal yang bakal tiba. Maka, berkumpullah semua sanak saudara di rumah atok untuk masak ramai-ramai. Almaklumlah, masak bukan untuk seorang dua. Masak untuk semua. Haha.
Jadi, menu wajib ada selain daripada ketupat dan sambal kacang ialah Rendang Ayam. Ini perlu masak lebih. Memang tidak cukup seorang dua ketul ayam. Mesti amik lebih. Fiqqq nak kongsi resipi arwah nenek.
Bahan – bahan yang diperlukan : Rendang Ayam
1) Ayam (6 ekor)
2) Bawang merah
3) Bawang putih
4) Serai
5) Cili kisar
6) Kerisik
7) Gula Merah (gula melaka)
8) Santan pekat
9) Asam keping
10) Daun kunyit
11) Kunyit hidup
12) Garam
13) Gula
Jom kita mula masak dengan goreng ayam supaya jadi separuh masak. Jangan sampai masak sangat ya. Nanti kurang sedap. Perlu hati-hati ketika menggoreng ayam. Lebih-lebih lagi masa nak balik-balikkan ayam. Takut berderai.
Selesai goreng ayam tadi, kurangkan sedikit minyak dan boleh tumis bahan-bahan yang dikisar (bawang merah, bawah putih, kunyit hidup dan serai). Selalunya kami akan tumis bahan-bahan ini menggunakan baki minyak menggoreng ayam.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sampai dia naik minyak sikit. Kacau sikit-sikit jer bahan-bahan ni supaya masak rata.
Masukkan kerisik dan kacau sikit.
Fiqqq guna gula melaka sebab rasa dia akan lagi sedap berbanding gula biasa atau gula merah. Gula melaka pula kena pandai cari sebab takut ada yang dah campur dengan gula biasa. Jadi rasa dia lain. Fiqqq punya tip tengok tekstur gula melaka tu cantik dan sedikit lembut. Hancurkan terlebih dahulu ya. Ketuk je guna lesung.
Masukkan santan pekat dan gaul rata. Lepas masukkan santan perlu rajin gaul. Supaya cantik jer warna dia nanti. Apabila dah sebati, masukkan garam secukup rasa.
Jangan terlepas pandang asam keping ya. Hahaha. Selalu bila dah nak masukkan ayam akan tertinggal bahan-bahan yang kecil-kecil ni. Kan … kan … kan !!! Hahaha
Akhir sekali, masukkan watak utama kita iaitu ayam. Gaul rata dengan penuh kasih sayang supaya ayam itu tidak bercerai-berai. Hahaha. Untuk menaikkan aroma masakan, kita taburkan daun kunyit. Gaul sikit-sikit sampai masak betul. Waktu ini memerlukan kesabaran yang tinggi sebab bau rendang ayam akan menggugat iman. Ya Allah … Sabar je lah.
Senang bukan nak buat rendang ayam ni. Fiqqq masak ni pun main campak-campak jer. Tau-tau dah jadi. Resipi untuk sedap ialah berselawat setiap kali nak masukkan bahan-bahan dalam kuali. Masak bulan puasa ni ada cabarannya sebab kita tidak boleh rasa. Jadi, main agak-agak jer.
Harapannya semoga sedaplah ya. Hahaha. Petang nanti nak ‘ngunjung’. Orang jawa panggil ngunjung tu kira tukar-tukar lauk dengan jiran-jiran. Kita bagi sikit lauk kita kat jirang depan, belakang, tepi rumah, senang cerita Fiqqq akan buat dalam 50 bungkus makanan dan edarkan kepada jiran tetangga. Dan … dan … dan … waktu ginilah akan jumpa jiran tetangga and tunjuk muka serta perlu sabar menjawab soalan-soalan yang ditujukan. Agak-agak? Hahaha.
nak tanya, resepi ni tak guna lengkuas ya?
xde rasanya . Hahaha