Jom beraya !!! Hahaha … Fiqqq pantang diajak jalan makan-makan. Seboleh ingin sampai awal dan balik lewat sikit supaya dapat makan lebih. Banyak betul jemputan rumah terbuka. Cuma, kali ini lari sedikit daripada ketupat, rendang, sambal kacang dan lemang. Fiqqq join kempen ‘Makan-Makan Raya’ yang dianjurkan oleh U Mobile kerjasama dengan geng Ketchup.
Untuk ‘Makan-Makan Raya’ ini, Fiqqq dan geng KBBA dihidangkan beberapa makanan yang istimewa dan mempunyai keunikan tersendiri daripada beberapa kafe yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Jadi, kafe yang Fiqqq dapat pergi ialah … Caffe Bene dan Yoshinoya & Hanamaru.
Caffe Bene
Keistimewaan kafe ini ialah gelato dan waffle yang sangat sedap. Kemanisan dan rasa asli dalam setiap bahan dalam gelato boleh dirasai ikut pilihan yang dihidangkan. Tidak cukup dengan satu scoop, Fiqqq tambah lagi beberapa scoop. Bagi penggemar waffle pula, perlu datang sini dan cuba. Pasti akan berikan satu rasa yang jadikan kita datang semula. Hahaha.
Fiqqq suka gelato coklat. Rasa coklat yang sangat sedap. Ada rasa sedikit pahit ibarat makan dark chocolate. Kepada peminat coklat, wajib cuba.
Tidak lupa juga dengan keistimewaan minuman di sini. Lebih-lebih lagi air kopi yang dibuat dengan penuh ketelitian daripada penghasilan biji kopi sehingga dalam cawan yang terhidang untuk diminum. Ada macam-macam rasa yang boleh kita cuba. Ohhhh! Kalau ingin sejukkan tekak, boleh cuba beberapa bingsu yang ada di sini. Dan pastikan bukan datang sekali. Hihihi.
Yoshinoya Hanamaru
Yoshinoya Hanamaru menyediakan beberapa makanan Jepun seperti Udon dan yang lazat dan sihat. Bahan-bahan yang digunakan pula merupakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan terbaik. Walau bagaimanapun, masakan Jepun ini di’Malaysia’kan sedikit untuk menepati citarasa kita. Almaklumlah, macam Fiqqq ni orang jawa dan kalau makan perlu ada rasa pedas. Jika tidak, pasti susah sikit nak telan. Hahaha.
Mungkin Fiqqq akan datang lagi untuk rasa menu lain pula. Puas hati dan kenyang makan. Hahaha. Lagipun dekat sikit sebab kedai ini di Aeon Mall, Shah Alam. Boleh makan puas-puas. Andai teringin, boleh pergi lagi sekali. Amboi, berapa kali nak pergi Fiqqq?
Kempen ‘Makan-Makan Raya’
Kempen ini bersempena U Mobile ingin menghargai pelanggan supaya mereka dapat menikmati keistimewaan di enam F&B yang beri kerjasama iaitu Caffe Bene, Fish & Co, Yoshinoya Hanamaru, Sangkaya, dan Sweet Hut dengan menggunakan aplikasi MyUMobile.
Kempen bermula daripada 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016. Apa yang perlu anda lakukan adalah bayar bil atau Topup dengan menggunakan aplikasi MyUMobile dan nanti boleh tebus tawaran hebat serta berpeluang untuk memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Penang. Menarik bukan?
Jom lah sertai sementara masa masih ada. Terima kasih U Mobile, Ketchup dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari.
Shiqeen Sattar says
Alahai sedappnya aiskrim
Normi Nieza says
sdapnya tgk gelato tu..:)
Afiq Halid says
Aiskrim dia memang terbaik. Lagi2 kalau dapat makan waktu cuaca panas. Fuhhh
Afiq Halid says
Kena cuba gelato tu. Memang terbaik 😀
Rozita Abdul Rahman says
alahai gambar pertama je tengok dah terliur…
Afiq Halid says
Baru tgk. Kalau rasa, mesti nak tambah. Huhu