Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Korea Samyang Ramen Pedas ‘Gilerrrrrr’? Tapi aku makan macam …

Korea Samyang Ramen Pedas ‘Gilerrrrrr’? Tapi aku makan macam …

July 24, 2016 by Afiq Halid 14 Comments

Ramai yang cuba dan bagi feedback bahawa Korea Samyang Ramen ini pedas ‘gilerrrrrrr’ dan sedap. Jadi, Fiqqq pun cuba supaya tidak terlepas peluang untuk rasa walaupun sedikit kelewatan. Bukan apa, cuma tidak berapa berkenan untuk makan mee segera. Oleh kerana kes viral dan orang semua macam ‘Korea Samyang Ramen challenge‘, pergi lah juga menggigihkan diri untuk beli. Hahaha.
Tapi, pedas sangatkah???
Ini pendapat Fiqqq setelah beberapa cuba makan Korea Samyang Ramen ni. Makanan ini sedap dan pedas. Nak dikatakan pedas ‘gilerrrrrr’ tu mungkin tidak bagi Fiqqq. Mungkin sebab Fiqqq jenis makan makanan yang pedas atau mulut sudah biasa dengan pedas. Maka, pedas samyang ni cuma pedas biasa. Tapi, yang membuatkan Fiqqq makan berulang kali sebab sedap. Serius sedap. Cukup dengan rasa pedasnya, mee dia sedap tidak seperti mee segera di Malaysia dan yang paling penting satu bungkus tu banyak dan puas makan serta kenyang.
Nak dijadikan cerita …
Apabila dah berkumpul dengan sedara-mara di rumah atok, seperti biasa akan layan movie baru dan borak sampai lebam. Hahaha. Lebih kurang 1 pagi macam tu, kelaparan. Nasib baik beli samyang. Maka, kami pun mula sepahkan dapur rumah atok. Hahaha.
Selepas masak, sesi makan samyangpun bermula. Hahaha. Waktu ni paling seronok sebab mana yang tidak tahan pedas menggelupur cari air, cari benda sejuk untuk dikemam supaya dapat hilangkan pedas. Mungkin sebab Fiqqq cakap pedas biasa (ikut tekak Fiqqq la).
Jom layan sekejap … 😀
Apa pun, kepada semua yang suka makan pedas wajib cuba makan Korea Samyang Ramen ni sebab sedap. Dan … dan … dan … kalau boleh makan jangan selang minum air sebab akan jadi lagi pedas. Fiqqq makan tanpa selang air. Walaupun makan lambat tapi masih boleh tahan sebab tidaklah pedas sangat. Tapi, bagi yang tidak makan pedas, sediakan roti atau makanan serta minuman yang boleh hilangkan pedas. Lagipun pedas tidak lama, lepas makan, kumur-kumur mulut, dah hilang rasa pedas.
Selamat mencuba bagi yang belum mencuba 😀

Filed Under: Food

Comments

  1. Normi Nieza says

    July 24, 2016 at 12:22 pm

    xmmpu nak mkn afiq..mkn skit trus surrender..:)

    Reply
  2. Afiq Halid says

    July 24, 2016 at 12:31 pm

    Nanti rasalah. Sebab sedap. Sikit pun jadi. Yang lain, bagi pada Fiqqq pun xpe . Hehehe 😀

    Reply
  3. cik haniza says

    July 24, 2016 at 4:10 pm

    i gigih makan sesudu je.. pastu lari cari air 2 botol besar duk togoknya..

    Reply
  4. Maman Reen says

    July 24, 2016 at 4:54 pm

    Hahahaa in sya Allah nanti Reen cuba juga!

    Reply
  5. Afiq Halid says

    July 24, 2016 at 5:27 pm

    Mesti rasa tak cukup ea minum air sebotol tu kan … Hahaha

    Reply
  6. Afiq Halid says

    July 24, 2016 at 5:27 pm

    Sila cuba. Sedappp 🙂

    Reply
  7. farah farhana mohamad sanusi says

    July 24, 2016 at 9:29 pm

    teringin sangat nak cuba tapi farah tak makan pedas. sat lagi meletup mulut haha.. tengok orang makan je la

    Reply
  8. Shark Kay says

    July 24, 2016 at 10:53 pm

    aku mmg serender makan samyang ni.
    tapi serender pn 5 bungkus habis.
    hahaha.
    pedas dia sdap

    Reply
  9. Afiq Halid says

    July 25, 2016 at 10:45 am

    Huhu. Rugi tau kalau tak rasa sikit. Sebab sedapppp!!!

    Reply
  10. Afiq Halid says

    July 25, 2016 at 10:46 am

    Yup. Pedas dan sedap. Rugi tu if tak habiskan . Hehe

    Reply
  11. Amanda Suria says

    July 25, 2016 at 4:18 pm

    Terus terasa pedas kat bibir…

    Reply
  12. Anis Diyana says

    July 26, 2016 at 9:13 am

    nampak menggiurkan ramen tu tapi tak berani nak cuba hahaha

    Reply
  13. Afiq Halid says

    July 26, 2016 at 10:47 am

    Kena cuba, baru besttt. Hehehe

    Reply
  14. Afiq Halid says

    July 26, 2016 at 10:48 am

    Nanti cuba lah tau. Haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim