Selalunya, selepas jam 10.00 malam Fiqqq mula kelaparan. Tak boleh tahan. Entah macam mana nak dietpun tak tahu. Hahaha. Maka, langkah panjang pergi hidupkan enjin kereta dan jalan. Jauh juga pusing. Sampailah ternampak satu kedai baru. Stall biasa je di bahu jalan.
Segera buat pesanan. Beli yang special. Waktu menunggu masak, Fiqqq duduk tepi sambil main telefon bimbit. Tiba-tiba, nampak api marak. Terkejut juga lah ingat dapur terbakar. Rupa-rupanya abang roti john bakar keju atas dapur. Terbaik!!!!
Menarikkan? Buat drama betul abang roti john ni siap ada bakar-bakar api menjulang tinggi. Hahaha. Tujuan roti john ini dibakar dengan api untuk mencairkan keju yang ditabur atas telur.
Keju yang digunakan pula keju Mozarela. Benda yang buat Fiqqq terliur dan tak sabar untuk makan apabila nampak keju itu cair dan sebati dengan telur. Kalau buat di rumah, mesti Fiqqq sudah ambil sudu dan amik sikit untuk ratah. Hahaha.
Untuk inti ada dua je, daging lembu dan daging ayam hancur. Kalau inginkan rasa kedua-duanya pun boleh. Banyak betul Fiqqq punya request. Inti dimasak siap dan disapu atas telur. Lain sikit daripada peniaga Roti John yang lain. Kemudian, dibubuh mayonis, sos cheddar, dan sos cili. Kemain menyelerakan sungguh. Penuh. Banyak. Puas makan.
Setiba di rumah, kelam kabut nak makan. Apa pun, perlu mulakan dengan bismillah. Hehehe. Nikmat makan roti john kali ini lain. Dengan keju yang meleleh, sos cheddar yang banyak ditambah pula rasa mayonis yang ada. Setiap gigitan akan rasa nikmat makan semua bahan bercampur dengan kesedapan daging lembu dan daging ayam yang dicincang halus. Terbaik.
Sebelum terlupa, Fiqqq kongsikan lokasi. Cuba seacrh Jalan Delima 14A Klang, Selangor. Area dalam Bandar Parkland. Macam nak pergi lagi je. Hahaha. Selamat mencuba ya!!!
Weyh nampak sedap! Bawak aku! Hahahah
Weyh nampak sedap! Bawak aku! Hahahah
Banyaknya cheese letak! Kat mana ni? Dapat makan ni.. Nyum!
Jom Mera!!! Ada rezeki, aku bawa mai sini.
Area Bandar Parkland. Menghala ke Banting dari Bukit Tinggi, Klang. Puas makan sebab cheese dia memang banyak dan meleleh time makan. Huhu