Food

Petua Hilang ‘Panas’ Makan Durian

Semenjak dua menjak ni, kerap kali Abah balik bawa durian berbiji-biji. Memandangkan satu keluarga ‘hantu’ durian, memang tidak lepas peluang lah. Pantang nampak tepi jalan. Pilih yang elok-elok. Beli. Asal terhidang di rumah, habis dimakan. Fiqqq pula selalu cari ‘kucing tido’ ataupun durian sendiri-sendiri. Bahagian yang durian dia ada sebiji je dalam satu lekuk tu. Selalunya, bahagian tu sedap sikit dan ibarat ulas durian yang istimewa kaedahnya. Hahahaha.
Tapi, kalau makan durian terlalu banyak boleh memudaratkan. Lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak tahan panas durian. Mesti demam atau sakit kepala. Jadi, Fiqqq selalu amalkan petua orang dulu-dulu. Caranya dengan minum air dalam ruas kulit durian.
Letak air dalam ruas kulit durian. Baca bismillah dan selawat. Kemudian, minum air tu. Lagipun sedap sebab macam minum air mineral dan ada sedikit rasa durian dan baunya sekali. Nampak macam remehkan? Tapi, selalunya alhamdulillah Fiqqq tidak panas badan atau pening kepala atau demam. Cubalah, mana tahu rasi. Hehehe.
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top