Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Rakaman Takbir Hari Raya Aidiladha di IDCC Shah Alam

Rakaman Takbir Hari Raya Aidiladha di IDCC Shah Alam

August 28, 2016 by Afiq Halid 20 Comments

Sayu hati apabila Fiqqq dengar takbir raya yang bergema di IDEAL Convention Centre Shah Alam (IDCC) sepanjang rakaman semalam. Alhamdulillah Fiqqq dan beberapa orang geng KBBA9 berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk menyaksikan rakaman tersebut yang diusahakan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama IDCC Shah Alam.
Takbir raya ini boleh kita saksikan di kaca televisyen pada hari raya Aidiladha nanti. Mungkin akan dijadikan selingan setiap cerita-cerita yang ditontonkan pada semua. Takbir raya ini istimewa sedikit kerana menggabungkan lebih daripada 60 orang artis lelaki yang terdiri daripada dua genre yang berbeza iaitu Rock dan popular semasa. Antaranya ialah Aris Ariwatan, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Amenk Ababil, Ezam EYE, Raymie Febians, Aweera, Ihab Ismail, Fee Haiqal, Firman Qody dan ramai lagi.
Walaupun slot rakaman takbir di televisyen nanti mungkin tidak lama namun tidak sama dengan waktu sesi rakaman. Perlu banyak usaha dan kerja kuat dalam menjayakan sesuatu sesi rakaman. Boleh lihat daripada set yang disiapkan serta kru yang bertugas. Perlukan perancangan yang sangat teliti agar tidak berlaku sebarang kesilapan sewaktu disiarkan.
Bukan mudah dalam menjayakan program seperti ini. Lebih-lebih lagi Noraniza Idris mengumpulkan lebih daripada 60 orang artis dalam satu masa untuk rakaman takbir raya. Kenapa pilih otai-otai Rock? Fiqqq dimaklumkan bahawa Noraniza Idris ingin memartabatkan mereka dengan melibatkan dalam rakaman yang berunsurkan keagamaan dan lebih kepada kebudayaan. Almaklumlah, kita sendiri mungkin akan ada sedikit rasa bahawa orang yang Rock ini mesti ada masalah sosial. Walhal itu semua persepsi negatif kita terhadap mereka. Ada diantara mereka banyak menyumbang dan memainkan peranan penting untuk industri, bangsa dan agama.
Tahniah Noraniza Idris kerana berjaya melaksanakan sesi rakaman takbir raya ini. Fiqqq juga ingin mengucapkan semoga berjaya dengan usaha murni dalam membuat persediaan Siri Jelajah untuk tahun keempat yang akan bermula September ini. Noraniza Idris berharap agar dapat membimbing artis pelapisnya untuk menyambung usaha perjuangannya dalam seni dan budaya. In shaa Allah, segala usaha untuk menuju ke arah kebaikan akan sentiasa dipermudahkan. Amin.

IDCC sebagai Set Pengambaraan …

IDCC ini terletak di Seksyen 15, Shah Alam merupakan sebuah bangunan yang mempunyai 7 tingkat dan pelbagai fasiliti di dalamnya. Set sesi pengambaran ini berlangsung di tingkat paling atas dan merupakan sebuah Pusat Konvensyen bukan sahaja terbesar di Shah Alam malah merupakan sebuah Dewan Banquet yang terbesar di Malaysia. Haaaaa. Tercatak dalam ‘Malaysia Book of Records‘ tau pada tahun 2015.
Ruang yang besar ini sesuai untuk dijadikan tempat persidangan, pameran, majlis perkahwinan, majlis korporat dan lain-lain. Tempat letak kereta pula sangat banyak kerana boleh memuatkan sebanyak 2200 kereta dalam satu masa.
Sebarang pertanyaan boleh layari www.idcc.com.my atau hubungi +603 50313333. Kalau ingin guna dewan yang besar dan cantik ini, mohon buat tempahan awal. Almaklumlah, tempat yang cantik akan sentiasa penuh dengan majlis. Kan … kan … kan …

Filed Under: Santai

Comments

  1. Shiqeen Sattar says

    August 28, 2016 at 10:49 am

    Tak sabar nk lihat hasil rakaman di TV nanti. IDCC memang best untuk photoshoot. Byk angle menarik

    Reply
  2. Bonda Zahra says

    August 28, 2016 at 10:50 am

    Besnya afiq

    Reply
  3. Afiq Halid says

    August 28, 2016 at 11:01 am

    Waktu rakaman kita nampak the whole process. Siaran kita lihat hasilnya. Haha. And yes, IDCC cantik dan terbaik.

    Reply
  4. Afiq Halid says

    August 28, 2016 at 11:02 am

    Seronok plus sayu hati dengar takbir bergema.

    Reply
  5. Hanim Hashim says

    August 28, 2016 at 11:22 am

    Alhamdulillah rakaman berjalan lancar. Nicr sharing afiq 🙂

    Reply
  6. Kak Sue says

    August 28, 2016 at 11:52 am

    Bestnya Afiq..rugi Kak Sue tak join.. 😉

    Reply
  7. Ben Ashaari says

    August 28, 2016 at 12:01 pm

    Best !! Peluang gini mmg patut dimanfaatkan sepenuhnya..

    Reply
  8. mas saari says

    August 28, 2016 at 3:48 pm

    seronoknya dapat peluang camni.. tak sabar nak tunggu takbir raya!

    Reply
  9. Julia Johari says

    August 28, 2016 at 4:23 pm

    A big clap to noraniza idris dan group kbba…well done

    Reply
  10. Mama Kembar 3 says

    August 28, 2016 at 4:32 pm

    Tak sabaq nak tgk kat TV nnt.

    Reply
  11. YB Shehan says

    August 28, 2016 at 5:38 pm

    Menarik.. nt nk tgk kt tv..

    Reply
  12. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:00 am

    In Shaa Allah. Nanti ada rezeki, boleh kita join sama. 😀

    Reply
  13. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:01 am

    In Shaa Allah. Banyak perkara boleh kita belajar dan contohi disebalik tabir rakaman takbir ni. 🙂

    Reply
  14. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:01 am

    Sayu dengar takbir bergema dalam dewan.

    Reply
  15. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:02 am

    Banyak boleh kita perjuangkan untuk mengekalkan budaya dan nilai murni yang baik2.

    Reply
  16. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:02 am

    Betul. In Shaa Allah semua yang baik2 nanti. 😀

    Reply
  17. Afiq Halid says

    August 29, 2016 at 1:02 am

    Boleh2. In Shaa Allah.

    Reply
  18. ZULHILMI TEMPOYAK says

    August 30, 2016 at 2:00 am

    ptt ada dgq2 masa lalu haritu

    Reply
  19. Afiq Halid says

    September 1, 2016 at 8:41 am

    Alhamdulillah. Harap semua dipermudahkan sampai waktu siaran nanti. Amin

    Reply
  20. Afiq Halid says

    September 1, 2016 at 8:42 am

    Beberapa kali juga 'take' . Sure dengar. Huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim