XCAPE RESORT SUNGAI LEMBING 2 Hari 1 Malam tanpa Internet merupakan percutian terbaik untuk kita luangkan masa dengan orang sekeliling tanpa ‘gadget’. Haaaaa. Almaklumlah. Selalunya, kita habiskan banyak masa dengan melihat skrin telefon pintar. Bercuti dengan member katanya tapi khusyuk update #ootd #travel dan sebagainya. Kan … kan … kan ???
Jadi, Fiqqq turut serta geng KBBA masuk hutan. Hahaha. Jauh juga nak ke lokasi penginapan iaitu XCAPE RESORT @ Sungai Lembing . Lebih kurang 9 kilometer lebih. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai dari tempat letak kereta dengan menaiki 4×4. Lama tak lama juga lah.
Waktu ini, dengan perlahannya telefon kita akan kehilangan connection. Hahahaha. Mohon bertabah. Jadi, nikmatilah keadaan serta pemandangan di sekeliling.
Apabila sampai. Fiqqq teruja habis. Dengan sungainya, pokok-pokok yang tumbuh menghijau dan tenang dan dapat hirup udara yang nyaman walaupun keadaan terik panas petang. Hilang kusut dalam kepala. Hahaha.
Ni tempat lepak-lepak. Berebut weyyy nak ‘cop’ tempat. Hahaha. Serius seronok. Walhal borak kosong macam biasa je. Mungkin, suasana yang menjadikan keadaan itu istimewa. Apapun lega dapat rehat sekejap sementara tunggu kunci untuk masuk bilik.
Chalet di Xcape. Sekali pandang macam biasa je. Tapi, bila kau masuk. Haaaaaaa. Terkejut Fiqqq lihat. Dengan luasnya, nampak sangat selesanya, dan kalau tidur malam mahu terlajak sampai ke siang ni. Hahaha. Fiqqq pula kongsi bilik bertiga sahaja dengan Bamhoq dan juga Razzwey . Memang masing-masing terbongkang lah kaedahnya. Seorang satu tilam. Cuma Fiqqq bawa tilam turun and tidur bawah kipas. Sejuk weyyyhhh malam-malam. Gigih mencari selimut.
Pemandangan dari anjung chalet. Tenangkan? Tak serabut. Apa yang Fiqqq lihat hanya ‘hijau’.
Sepanjang di sini, banyak masa Fiqqq luangkan dengan rakan-rakan blogger KBBA sepenuhnya berkongsi cerita, pelbagai jenaka dan bermacam aktiviti bersama. Lebih kurang macam bonding time . Orang kata udah-udah lah tu tengok telefon. Cakap lah pula dengan orang sebelah. Hahaha. Senang cakap masa yang diluangkan untuk perkara yang bermanfaat dengan orang sekeliling.
Terima kasih kepada XCAPE RESORT @ SUNGAI LEMBING atas percutian yang sangat menarik dan buat Fiqqq nak datang lagi. In Shaa Allah. Sebarang pertanyaan, boleh terus telefon nombor ini:
Ms. Fied Jeffri : +60195249999
Email : fied@xcape.com.my
Web : www.xcape.com.my
Ohhhh. Lupa satu perkara, sebenarnya … Ada beberapa aktiviti yang Fiqqq dan geng KBBA buat tapi di entry akan datang… Boleh? Hahaha. Tunggu tau … Bagi kaki travel, panjat gunung atau bukit atau sukan lasak mesti suka. Hahaha.
Nadia Johari says
bestnya lahai..tenang je
Afiq Halid says
Best kat sini. 😀
Maman Reen says
Berapa kos untuk satu malam Fiq? Termasuk makan minum untuk pagi, tengahari dan malam? Jauh tu perjalanan 40minit untuk sampai ke chalet.
Afiq Halid says
Kalau 2 hari 1 malam = RM 260
3 Kali makan (termasuk BBQ)
Transportation ke xcape resort
Pergi rainbow waterfall
Btw, otw ke xcape sebenarnya x jauh. Cuma jalan agak mencabar yg membuatkan ambil masa sikit. Huhuhu
Shiqeen Sattar says
I miss the place
Afiq Halid says
A place to be remember.