Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Resipi Pajeri Nanas : Lebih pekat, lagi sedap …

Resipi Pajeri Nanas : Lebih pekat, lagi sedap …

September 28, 2016 by Afiq Halid Leave a Comment

Kuah Pajeri Nanas ini kalau lebih pekat, lagi sedap rasa dia. Kan … kan … kan ??? Antara resipi yang cukup terkenal dalam menjadi hidangan untuk tetamu majlis perkahwinan. Betul tak? Ke Fiqqq salah? Ke macam mana? Hahaha. Mungkin sebab setiap kali Fiqqq pergi majlis atau mana-mana jemputan, mesti ada menu Pajeri Nanas ni. Apa pun, selepas Fiqqq belajar masak dengan Kak Yan, terus pandai. Hahahaha.

Bahan-bahan:

1 biji – Nanas saiz kecil (dikupas, dibuang matanya serta empulur dan dipotong serong)
1 batang – Kulit kayu manis
2/3 kuntum – Bunga lawang
2 biji – Bawang merah besar (dihiris halus)
3 ulas – Bawang putih (dihiris halus)
1 1/2 inci – Halia
4 sudu makan – Minyak masak
500 gram – Santan pekat
3 sudu besar – Rempah kari daging
2 sudu besar – Rempah cili
2 sudu besar – Gula merah
2 sudu makan – Asam jawa dicampur dengan 5 sudu air
80 gram – Udang kering (disangai dan tumbuk halus)
3 sudu makan – Kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit air panas

Cara membuat:

1. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang.
3. Apabila sudah naik bau wangi, masukkan sedikit air panas.
4. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan air asam jawa. Kalau Fiqqq, buat lebih sikit air asam jawa untuk minum. Huhuhu.
5. Masak sehingga rempah kari keluar minyak.
6. Masukkan udang kering dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan bahan utama kita iaitu nanas.
7. Masukkan santan, gula merah dan kerisik. Apabila nanas sudah lembut, masukkan garam secukup rasa. Jangan masin sangat. Hilang manis nanasnya nanti.
Boleh lah Fiqqq buat apabila ada nanas. Masak pajeri nanas. Asyik ibu je yang masak. Kali ini Fiqqq nak cuba resipi ini untuk seisi keluarga nanti. Kalau rajin. Hahahaha. Tapi, bahan-bahan senang nak cari maka boleh rajinkan diri.

Filed Under: Food

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim