Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

October 1, 2016 by Afiq Halid 4 Comments

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing ini sangat memukau mata. Cantikkan? Bagi mereka yang pencinta alam dan suka akan keindahan semula jadi pasti akan terpesona dengan pemandangan yang sangat cantik. Fiqqq tidak lepaskan peluang untuk bergambar lebih sebelum tiba di puncak kerana pemandangan semasa perjalanan mendaki ke atas lebih menyeluruh. Akan nampak puncak bukit dan air terjun. Yang menarikkan seri pemandangan ialah pelangi.

Perjalanan ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!
Fiqqq dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari bergerak selepas sarapan dari Xcape Resort @ Sg Lembing . Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit lebih. Sekiranya berjalan kaki ke sana mungkin akan ambil masa yang sangat lama. Kebanyakkan yang ke sana akan menaiki 4×4. Rasanya tidak pula nampak ada yang berjalan. Jadi, Fiqqq sarankan untuk naik sahaja 4×4. Senang.
Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!

Pastikan semua jenis peralatan dimasukkan dalam ketika menaiki 4×4 semasa perjalanan ke sana. Bukan apa, laluan agak mencabar. Melalui lubang, tanah lembut, selut, lopak air dan sebagainya yang menyebabkan kita tidak senang duduk. Kalau guna telefon pintar untuk mengambil gambar, sila berhati-hati takut boleh terlepas apabila terhentak. Tapi semua telefon sudah kalis air dan kotorkan. Hahaha.

Hiking ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!
Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!

Apabila tiba di sini, Fiqqq perlu persiap diri. Lebih-lebih lagi perlu simpan barangan elektronik seperti telefon dan sebagainya. Redah sungai ni. Air agak deras. Mungkin sebab hujan pada malam sebelum. Nampak macam senangkan? Tapi perlu berhati sebab apa-apa pun boleh berlaku. Maka, tali tu dinasihatkan untuk tidak kita lepaskan.

Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!
Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!

Perjalanan ke Rainbow Waterfall ambil masa sekejap saja sebab hanya 1 000 meter. Tidak jauhkan? Bagi yang sudah biasa dengan aktiviti mendaki mesti tidak ada sebarang masalah. Untuk yang baru nak berjinak mendaki, Fiqqq memang cadangkan tempat ini merupakan tempat yang terbaik sebagai permulaan.

Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!

Selepas beberapa minit perjalanan, sudah mula mendaki di kaki bukit untuk ke atas. Agak licin terutama batu-batu yang ada. Jalan pula agak basah dan berlecak. Jadi pemilihan kasut perlu diambil berat untuk naik ke atas. Tapi waktu turun, Fiqqq pakai selipa sebab tapak kasut tercabut. Haihhhh lahhh. Hahahaha.

Waktu mendaki memang sudah ada rasa tidak sabar untuk tiba di atas. Almaklum, laluan ke atas bersebelahan dengan sungai. Lebih tinggi kita naik, lebih kuat bunyi deras air. Lagi teruja dan bersemangat untuk naik. Sampai satu checkpoint, Fiqqq nampak punca air terjun. Lagi lah teruja. Berkobar-kobar nak percepatkan langkah.

Dah sampai atas. Memang hilang kata-kata. Just take a silent moment for awhile. Menikmati keindahan yang betul-betul indah. Pergi sendiri dan wajib lihat sendiri. Adakalanya Fiqqq tidak tahu bagaimana nak terangkan seronok, teruja, dan macam-macam lah. Hahaha.

Memang seronok …

Apabila sudah puas walaupun tidak puas-puas berada di atas, maka Fiqqq pun turun sebab masa sangat cemburu. Huhuhu. Mana boleh bersekejap-sekejap berada di tempat yang seronok. Kan .. kan … kan ??? Fiqqq memang gunakan masa yang ada untuk lihat keadaan sekeliling dan rasa sendiri berada di situ. Arghhhhhh … Ada masa memang Fiqqq tidak teragak-agak untuk datang lagi.

Jom !!!

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Destinasi menarik di Pahang, Rainbow Waterfall, Sungai Lembing

Comments

  1. Kak Sue says

    October 1, 2016 at 10:17 am

    Nampak seronok sangat nie..tapi Kak Sue takut lah nak seberang pegang tali tu..huhu..

    Reply
  2. Afiq Halid says

    October 1, 2016 at 12:13 pm

    Tak dalam pun sebenarnya kak Sue. Mungkin sebab hujan malam tu air deras sikit.

    Reply

Trackbacks

  1. Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan - Afiq Halid says:
    February 3, 2018 at 9:43 am

    […] Rainbow Waterfall […]

    Reply
  2. Keseronokan di Air Terjun Sungai Pandan Kuantan Pahang - Afiq Halid says:
    March 20, 2018 at 12:12 pm

    […] Alhamdulillah berkesempatan untuk melihat pelangi di sini. Walaupun kecil, ada satu sahaja tapi seronok juga lah. Hahaha. Tiba-tiba teringat kembali keseronokan mandi di Rainbow Waterfall, Sungai Lembing . […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim