Food

Resipi Ayam Percik : Orang bujang pun boleh buat …

Astaghfirullah … Hahaha …
Menu kali ini memang menggugat iman betul. Macam mana nak diet sebab asal masak dengan Kak Azian je mesti sedap-sedap belaka. Senang nak buat pula tu. Kali ini kami buat Ayam Percik. Orang bujang macam Fiqqq ini pun boleh buat tau. Apa lagi yang sudah biasa masak.

Bahan-bahannya:

1 ekor – Ayam (dipotong 4)
2 sudu makan – Minyak masak
3 sudu makan – Cili kering (kisar)
1 kilo – Santan
1 helai – Daun kunyit (dihiris halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

3 labu – Bawang merah
3 ulas – Bawang putih
1 inci – Halia
1 inci – Lengkuas
3 batang – Serai
1 ½ inci – Kunyit hidup

Caranya:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik wangi.
2. Masukkan cili kering dan masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, santan, daun kunyit, garam dan gula.
4. Masak dengan api yang sederhana sehingga ayam separuh masak. Kena pandai agak. Jangan sampai termasak betul pula ya. Huhuhu.
5. Angkat ayam dari periuk dan letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar ke dalam ketuhar selama 10-15 minit.
6. Biarkan lebihan kuah tadi di atas api yang perlahan dimasak sehingga menjadi cukup pekat.
7. Keluarkan ayam dari ketuhar dan tuangkan kuah ke atasnya
8. Bakar lagi selama 5-10 minit.
Senang kan? Nama pun “Masak Senang-senang Je”. Hehehe. Bahan-bahan pun senang carikan? Jadi tidak ada alasan untuk tidak mencuba. Selamat mencuba.
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top