Kelihatan mudah tapi beberapa perkara perlu ambil tahu untuk mengekalkan rasa dan kesegaran ulam yang dicampur. Bagi Fiqqq, kalau makan kerabu begini, mesti kita inginkan sayur yang segar, lebih-lebih lagi tauge yang digunakan. Kan … kan … kan?
Jadi, Fiqqq main masak-masak dengan kak Azian Hasan serta berkongsi resipi dan tip penyediaan Kerabu Tauge. Bak kata Kak Yan, “kalau masak gini, kena gaul guna tangan. Baru sedap. Dan … Tengok tangan lah …” Hahaha.
Bahan – bahan :
2 biji – Bawang merah besar (dihiris halus)
1 kuntum – Bunga kantan (Dihiris halus)
2 genggam – Taugeh (Dicelur)
2 genggam – Pucuk paku (Dicelur)
3 sudu makan – Kerisik
1 biji – Limau nipis (diambil jusnya)
Bahan Kisar
6 biji – Cili padi
2 biji – Cili merah
1 sudu teh – Belacan yang sudah dibakar
3 sudu makan – Udang kering (disangai)
½ sudu teh – Garam
1 sudu teh – Gula
1 sudu makan – Jus limau nipis
Cara membuatnya :
1. Masukkan bawang merah, bunga kantan ke dalam mangkuk besar.
2. Tuangkan bahan kisar dan masukkan kerisik. Gaul sebati. Gaul guna tangan lebih senang. Lebih sebati. Pastikan basuh bersih ya tangan itu. Hahaha.
3. Masukkan tauge dan pucuk paku ke dalamnya . Gaul sebati dan perah limau ke atasnya.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
Untuk rasa segar sayur itu masih ada, jangan celur terlalu lama. Terutama sekali tauge sebab cepat layu. Waktu gaul dengan bahan kisar pun perlu ada teknik. Lebih baik menggunakan tangan untuk sebatikan bahan kisar dalam kerabu. Kalau tidak sebati, mesti ada bahagian yang sedap dan bahagian yang hanya rasa sayur semata. Betul tak?
Masak pun senang-senang dengan Kak Yan. Nanti cubalah sendiri. Andai malas masak sayur, buat sahaja kerabu pucuk paku dan tauge ini.
Leave a Reply